Yang gojes gojes je

Sunday, September 9, 2012

tentang anak-anak

Assalamualaikum


  
chicken porridge+potato+brocoli+carrot adalah favourite anak-anakku...time cuti je boleh masak..hari keje onni dia buat bubur ayam jugak...diorang makan je nasi, tapi kalau bubur mcm ni,bermangkuk2 boleh habis pagi sampai malam.kalau mamanya ni cuti 3 hari ada kat rumah, memang nampak sangat irfan tu menggemuk..skang pun tembam je pipi tu..lately dia kurang makan..nak kena beli vitamin balik ni.as a mom, bila kita penat masak dan bila anak makan habis, sangat puas rasanya...but the other side, pernah ku nak suapkan irfan but he refuses to eat, ku jadi sedih..boleh??teruk betul mama dia ni kan..hehehe..kena banyak sgt sabar dgn anak, tu diorang masih kecik, bila besar nanti lagi byk cabaran yg perlu kita hadapi.doaku setiap hari bukan saja nak anak2 jadi anak yg baik,yg soleh, tapi doa supaya diri sendiri jadi yg terbaik buat anak-anak,disayangi dan dihormati anak-anak.amin..

ni kenapa baby chair sampai ke living room ni??hehehe..actually irfan didenda oleh mamanya.as i said early, sometimes quite hard nak suapkan dia makan..he plays a lot, lari sana sini, kita pulak kena kejar di ke sana sini.bila dah masuk mulut dia boleh muntahkan balik..dah kena lap lantai yg kotor..itu lantai takpe..kena carpet berbulu gebu tu?alahai...geram jugak, tapi fikirkan balik, dia hanyalah anak kecil..tak mengerti apa-apa.tak faham lagi mamanya tak suka kotor,tak suka sepah,tak faham mamanya penat.lepas tu mood kembali ok, ucapkan alhamdulillah sebab diberi Allah anugerah tak ternilai yg bukan semua dapat memilikinya...irfan didenda duduk dalam kerusi dan diikat selama sejam!lama tak?hehehe..suapkan dia makan sampai habis (papa suap).lepas tu sempat mama vacum rumah, papa tolong mop satu rumah (thx a lot papa really appreciate ur cooperation in housework) irfan stay duduk dalam tu tengok kartun.bising jugak dia nak bangun tapi kami biarkan je.sebagai denda sebab tak nak makan mama suap..hihihi..kalau lepaskan dia, kerja rumah bole jadi tunggang langgang sebab dia sangat rajin nak tolong.sometimes ku biarkan je dia buat apa dia nak buat kecuali hal yg mengotorkan dan membahayakan.

ni minah motor versi cute tau..hahahaha..tengok la tu, dia pakai sendiri helmet,sarung tangan papa dia.lepas tu naik kete menan adik dia kat rumah onni.bab merapu boleh tahan jugak si kakak ni.dia bijak bercakap, kadang2 kita boleh rasa eh biar betul dia yg keluarkan kata-kata yg mengagumkan kita orang tua ni..she's only 3 yrs old.cuma satu je dia masih pakai pampers.on saturday u cuba ajar dia tak pakai pampers.alhamdulillah dia boleh.malam je kantoi kencing dlm seluar dalam.hahahah..cuma bila nak yak yak, dia tak nak buang dalam toilet.dia nak pakai pampers.kalau tak, dia tak nak berak.so misi satu hari dikatakan agak berjaya..on sunday gagal meneruskan misi mengajar dia sebab sibuk (tok ngah dia meninggal dunia).dan isnin, mama dah kerja pula...weekend ni ku dah pesan kat papa dia..kan cuti 3 hari.papa dia plus satu hari lagi on friday..ku suruh hubby ajar dia lagi.sebab ku ke pangkor kan.insyaAllah anak mama mesti boleh.mama balik ahad nanti nak dgr papa cakap kak long dah tak pakai pampers kecuali time tido je yer....


ahaa...zaraa dan irfan ni suka lepak tgk kartun atas coffe table yer...dia tak reti nak duduk atas sofa yg empuk tuh..kadang2 berdiri,duduk,menonggeng dan macam2 gaya.bukan tak marah dia suruh duduk atas sofa. risau kaca meja tu retak nanti.tapi budak kan..apa yg kita laranglah dia suka buat..esp memanjat grill pintu dan tingkap!itu yg kekadang rasa nak pengsan tgk, sebab kita takut dia jatuh..panjat pulak sampai ke atas..yg irfan malam td, hilang.selak langsir, ada di sebalik tu rupanya, memanjat sampai ke atas paling tinggi..kita selak langsir, dia sengih2 nampak gigi.nak marah pun tak jadi.sudahnya mama dan papanya gelak.heheheehe..anak-anak..tolonglah jgn panjat grill..mama bukan bole pantau tiap saat.tak larat la mama macam tu...takut je dia jatuh..kalau tgk tinggi tu, memang boleh patah kaki tangan.tu belum bab suka main fius...yg ni irfan, cukup suka main plug bukak tutup.pandai pulak cari benda nak korek fius tuh.ku tamparkan je tangan dia tu kuat2 biar dia tau kita marah dia main benda macam tu..tapi,,,esok buat balik..aiyoo.......ku cakap kat hubby, 2 orang ni macam ada 5 orang anak..bising rumah.hahaahaha..alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal hendaknya...kalau  kita nak anak-anak kita baik, kita dulu kena perbaiki diri kita..pandanglah setiap perkara yg ada di sekeliling kita dengan positif..jangan kedekut dgn ibu bapa, beri apa yg kita mampu, bukan saja wang ringgit..kasih sayang, perhatian,pertolongan di kala memerlukan.nak pupuk jiwa kita supaya peka dgn perasaan orang lain bukan mudah..tapi perbaikilah diri hari demi hari.bangun tidur berazamlah aku mahu jadi anak/isteri/suami/sahabat/pekerja yg lebih baik hari ini.kalau bukan kita yg ubah diri sendiri, siapa lagi??setiap orang ada masa silam,ada kesilapan.jadikan itu semua pedoman untuk kita jadi manusia yg lebih baik, hamba Allah yg lebih beriman.insyaAllah, kita perlu yakin dan serahkan semau urusan kita kepada Allah, pentadbir sekalian alam.kita sudah usaha yg termampu, selebihnya terima lah qada' dan qadar dari Tuhan.insyaAllah.

 






No comments:

Post a Comment