Baru hari ni dpt bukak blog kat opis.semalam semua kena block..potong stim betul..dah la keje semua settle,menganga je aku kat opis,internet lak tak bole bukak sampai ke email jkr.ni baru boleh ni..baru la bole start berblogging..kikiki
Ok, aku nk cite pasal sambungan siri bercakap dengan jin muehehehe (pacat ko kena bayar royalti kat aku kalo nak bukukan kisah serammmmm aku nieh kah kah kah)..sabtu lepas aku pergi darus syifa' semenyih..tapi lupa bawak garam ngeg ngeh ngeh..so hal rumah aku masih blom settle..khamis ni baru nak pergi balik dgn hubby aku..tapi alhamdulillah la semalam dah kurang rasa meremang,seram dan rasa ada orang usya aku..maybe aku amalkan ayat2 ruqyah dan lain2 ayat yg ustazah tu ajar tiap kali lepas solat kot, maka hantu, iblis, setan dan yg sekumpulan dengannya pun lari keluar..pagi semalam pkl 5.30 pg aku dgr org bersiul kat luar tingkap rumah..aku rasa la hantu tu
Ustazah tu berubatkan aku, disebabkan kami sama2 pompuan maka senang la ustazah tu pegang badan aku.dia picit kat tempat yg aku selalu sakit.masa dia pegang urut dari perut ke dada aku, 3 kali aku bernafas laju kemain tinggi dada, nampaknya benda tu datang balik.aku ingatkan ustaz rashid tu buang, benda tu tak ikut aku lagi dah.rupanya tidak..takpa..aku pasrah..aku maklum bukan senang benda tu nak tinggalkan badan aku yg dah lama dia menumpang.usaha,doa dan tawakal jela yg aku mampu..byk jugak aku tanya dan belajar dari ustazah tu..paling aku terharu ustazah tu cakap, Allah uji adik sebab dia sayang adik, Allah nak adik jadi lebih baik, lebih beriman pada Dia..huhuhuhu...aku bersyukur sebenarnya..kalau dulu aku hanya buat yg wajib spt solat dan baca quran tu pun kalau tak busy.tapi sekarang tiap2 hari aku berwirid,berzikir,amalkan ayat2 ruqyah yg asas serta selang dua hari aku akan baca yasin lps solat kalau tak dapat hari2..aku nampak dari situ apa hikmah semua ni.
Bila dah ada experience mcm ni, aku mudah rasa sama ada bnda tu ada atau tak..entahlah, maybe Allah beri aku instinct kot..bila kat rumah aku mmg ada rasa pelik tu tapi aku dah boleh buat tak tahu, dalam hati aku cakap takpe la, aku tau 'ko' ada tapi jgn kacau aku ok..aku macam jadi dah biasa pulak..ohhh tidak.......kuang3..aku bole cam bila aku rasa tak sedap badan maknanya benda tu datang..bila aku ok, benda tu keluar amik angin kejap..boleh tak gitu?hahahaha..tapi betul,aku mudah 'rasa' sekarang ni.
So sekarang ni aku boleh rasa, apa yg aku amalkan tu nampak kesan jugak di samping aku tak lupa minum air ubat tiap hari.dan sekurang2nya sebulan sekali aku kena jumpa balik ustaz rashid tu.amalan mmg tak boleh tinggal langsung.insyaAllah.pasal rumah, nanti kena tabur garam 3 petang berturut2..kalau masih rasa semacam baru la ustaz dari darus syifa tu dtg rumah..menurutnya, ramai orang yg duduk kat semenyih dan rinching dtg jumpa dia semua pasal gangguan dalam rumah.rumah aku ok sebenarnya takde apa..cuma ada yg mengikut masa kami balik malam..menurut seorang perawat lagi (bukan darus syifa') taman yg aku duduk tu memang keras, dulu ada tapak kuil hindu kat situ.area umah belakang.nasib baik bukan umah aku.huhuhuhu..tapi takpela..tiap masalah ada penyelesaiannya kan.kalau tak jadi gini, aku bukan percaya sgt benda2 mcm ni.bila kena batang hidung sendiri, kat diri sendiri, baru lah aku rasa..apa pun aku bersyukur atas ujian ni, sebab aku nampak hikmah nya.terima kasih Ya Allah kerana menyayangi dan menguji aku, supaya aku lebih dekat pada Mu...
Ok, tutup cerita nanti aku sambung lagi apa jadi lepas tabur garam 3 petang tu yer...hihihi..well, aku dah ada jiran..lega sangat2!bila ada orang sebelah dan belakang, kurang sikit perasaan takut tu.hubby aku dah macam2 menyembang dgn jiran tu, aku blom lgi pernah jumpa or bercakap dgn bini dia..hehehe..nanti lah kalo terserempak..so far blom nampak lagi.
Hubby bagi aku berita best,hari sabtu ni lepas aku balik keje dia ajak pergi nursery, nak beli rumput carpet dan lain2 barang untuk landskap rumah.yeay!gumbira tak terkata..lps ni cantiklah sikit laman tu, ni tidak, buruk benar nampak rupa tanah dan pasir..hehehe..projek ni DIY la apa lagi..jimatkan kos.mujur hubby aku pandai buat segala benda.senang keje takyah upah orang..disebabkan bajet untuk landskap ni, maka aku tak boleh la melawat ke ikea bulan ni seperti selalu...sob sob sob..ada je barang nak beli lagi..tapi takpa kita buat slow2 ikut bajet..ada buat.takde dok senyap.hehehe.sekian cite panjang lebar aku.maaf kalau ada yg bosan membaca blog ni.nama pun diari hati..segala rasa dari hati la ku hamburkan kat sini.ampun!heheh!
beb, kuil belakang rumah hang tu, silap2 area umah aku...ohh tidakkk...
ReplyDelete