Assalamualaikum
Kalau kita nak jadi manusia yg baik dari segi rohani dan jasmani orang kata, banyak2 kan membaca buku bermanfaat, rancangan tv bermanfaat dan berguru dengan mereka yang tinggi ilmu agamanya..kalu kita suka tengok rancangan hiburan, baca blog dan majalah hiburan saja, apa yg kita dapat??perlu bijak seimbangkan antara dunia dan akhirat.
Bercakap pasal rezeki di tempat kerja, ramai yg ambil mudah.kita bekerja selama 8 hingga 9 jam, adakah berbaloi gaji kita dibayar sebanyak itu?sebaliknya adakah kita bekerja selama 3 jam tetapi dibayar gaji seperti bekerja selama 8 jam??fikir-fikirkan...adakah selama ini kita jujur dengan diri sendiri?datang bekerja lebih masa, sedangkan kerja itu boleh disiapkan pada hari bekerja biasa tanpa perlu melakukan overtime??dan adakah waktu bekerja lebih masa kita betul2 bekerja atau sibuk melayari internet???Kita ada masa sebanyak 8 jam di pejabat..adakalanya kerja kita disiapkan cepat, maka tidak lah dikatakan salah kalau mahu melayari internet..tapi kebanyakan dari kita, kerja terbengkalai sebab sibuk melayari internet,melepak di pantry minum dan bersembang, mengumpat orang pula tu, masyaAllah!
Cuba lihat dan renung diri kita, adakah kita pernah mengambil hak yg nyata bukan milik kita??alat tulis, kertas, dakwat printer malah air coway yg disediakan di pejabat itu adakah hak milik kita??kemudahan itu disediakan untuk digunakan dalam waktu pejabat sahaja..tapi tegakah kita, sanggup membawa botol yg banyak dari rumah semata-mata air coway di pejabat untuk dibawa balik minum di rumah??kita bagi anak kita minum, cucu kita minum dan sesiapa sahaja..tak sedarkah bahawa anda sedang beri makanan HARAM kepada anak-anak anda??ingatlah bahawa segala harta benda di pejabat adalah milik kerajaan, dibeli hasil cukai daripada rakyat di Malaysia...cuba tanya diri sendiri, mampukah anda nak minta seluruh rakyat Malaysia menghalalkan air, makanan, alat tulis, kertas dan lain2 barang yg anda ambil untuk kegunaan peribadi??mampukah sebelum anda meninggal dunia nak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia??fikir-fikirkan..kita mungkin nampak hal ini kecil dan remeh.tapi tanpa kita sedar kita sedang menghimpun dosa2 yg mungkin akan ditanggung oleh keturunan kita..anak yg degil, malas belajar, mengandung luar nikah dan macam2 hal lagi, adakah memang itu takdir Tuhan atau kita ada dan pernah mengambil sesuatu yg bukan hak kita??fikir-fikirkan tuan puan!!
Cuba kita lihat ibu bapa yg anak2 mereka berjaya, pandai,masuk ke universiti, kerja yg bagus, akhlak yg baik dan terpuji, taat kepada perintah Allah bagaimana ya??cuba kita selidiki latar belakang keluarga mereka...ya, ibu bapa memberi mereka makan dan didikan dari sumber halal, dari hasil titik peluh tangan mereka sendiri..tapi kita???tidak segan silu pula mengambil hak yg nyata bukan milik kita!sebab itu hati kita kotor dan busuk!pergi ke pejabat untuk mencari rezeki yg halal, tapi kita sibuk ke hulu hilir mengumpat, menjaja cerita orang, memburukkan orang kerana hanya nampak diir kita sahaja yg baik.duduk minum di pantry sambil cicah biskut dalam air teh, sambil mengumpat orang itu ini.makan biskut, makan daging saudara sendiri...ramai dari kita solat cukup tapi hati tak bersih.sebab hati tak bersih la kita suka mengumpat, buat cerita tak betul pasal orang lain yg kita tak suka atau benci ataupun iri hati mungkin?
Mari kita tilik diri kita, adakah 8 jam waktu di pejabat kita benar2 bekerja??ingatlah, sekali kita bercakap buruk tentang rakan kita, Allah akan membalas setiap perbuatan kita, sama ada berlaku pada diri kita sendiri ataupun anak2 kita.tetapkan niat setiap kali bangun pagi, pergi bekerja untuk rezeki yg halal lagi berkat, bukan mencari rezeki yg haram!
No comments:
Post a Comment