Yang gojes gojes je

Tuesday, December 13, 2011

Jangan guna minyak masak lebih dari sekali

Assalammualaikum
 
 
Korang kalau masak kan, contohnya goreng nugget la.Lepas goreng nugget tu, korang simpan minyak tu untuk digunakan lagi sekali atau dua kali (goreng benda yang sama) atau korang buang je minyak tu terus?
 
Be carefull ye...lepas ni jangan simpan.Lepas guna terus buang.Walaupun korang akan kerap beli minyak masak tapi demi untuk kesihatan kena berkorban sedikit.Kenapa yer?Ini sebabnya..
 
 
gambar disponsor oleh bapak gugel

 
Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
 
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan  menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
 
Saya pun sama la kalau goreng nugget, keropok, saya akan simpan minyak tu untuk goreng lagi keesokan harinya atau bila-bila la.Sebab ingat minyak tu bersih je.Lepas ni confirm lepas guna terus buang!huhu!
 
 
Thanks baca!
 
sumber:mstar
 
 
 


No comments:

Post a Comment