Yang gojes gojes je

Monday, March 26, 2012

4th anniversary

Diam tak diam, 29hb ni masuk 4 tahun dah perkahwinan aku..alhamdulillah...bagi aku usia perkahwinan ni masih baru sangat lagi..macam kerja kerajaan la..kalau 4,5 tahun keje tu jgn cakap dah lama kerja..masih baru masih hijau..lainlah 15 tahun ke atas, itu baru boleh berbangga cakap dah lama aku keje, dah lama aku kawen! :p

Syukur alhamdulillah dikurniakan 2 orang anak..yg sulung nak masuk 3 tahun bulan 5 nanti..tu aku kawen awal tu, umur 23 tahun..kekadang ada gak rasa menyesal kenapa aku kawen lambat!hahahaha..seronoknya alam perkahwinan, ditambah dgn 2 orang anak.hanya yg melaluinya sahaja yg faham..perceraian???jauhkanlah sekali!sedih tgk kawan2 yg bercerai-berai!kadang-kadang mereka ni lebih mengikut hawa nafsu dan ego masing-masing!setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.kita yg perlu bijak menghadapinya.jgn terlampau ego dan rasa diri bagus maka senang dan bangga pula bagitahu satu dunia "ye aku dah bercerai sebab pasangan +*$#^!!

Rumah tangga mana tidak dilanda badai..itu lumrah alam rumah tangga.tak ada masalah, tak manis la kehidupan,takde pergaduhan, takde la kita semakin memahamj pasangan kita..biar apa dugaan (kecuali pasangan curang dan tak nak berubah,kaki pukul,kaki botol dsb) kalau kita bijak menanganinya pasti rumah tangga dapat diselamatkan!kalau boleh katakanlah tidak pada 'perceraian'!kesian pada anak-anak..bila mereka besar nanti dan tak nak jaga ayah.mak dia sebab ayah/mak dia tinggalkan dia sewaktu kecil, nak salahkan siapa??siapa puncanya??tanya lah diri sendiri :) bagi aku, waktu enjoy2 dah lama habis, sekarang adalah waktu untuk berubah menjadi ibu bapa,anak,isteri dan hambanya yang sempurna sahaja..sempena ulang tahun perkahwinan ni, tiada apa yang aku harapkan kecuali semoga Allah mengekalkan kebahagiaan, menjauhi segala anasir-anasir negatif yang boleh memusnahkan rumah tangga kami dan doaku semoga suami terus menjadi ketua keluarga yg bertanggungjawab,beriman dan boleh membimbing kami anak beranak ke jalan Allah...ameennnnn..

Sambutan?nan hado la..tapi aku dah tempah red velvet cake.ahaks..nak jugak kan!tak de hadiah takpe janji kek tu wajib ada!hahahaha...

Aku tau cam poyo lak aku buat pre-post pasal anniversary ni..eh pre-wedding tau la aku..kakakkaka....nanti baru aku selitkan gambar kek kalau rajin kecuali aku dapat hadiah best, aku akan buat new entry part II punya!hahahaha *verangan nak dpt hadiah sila tersedar dari mimpi ;p



29 Mac 2008 kami diijabkabulkan..hampir tak kenal ini suami aku..kenapa kurus ek??buaahahahaah larikkkk!!!

No comments:

Post a Comment