Hari ni aku drive pergi keje sebab hubby aku kursus sampai malam.nasib baik kursus kat kl je..aku paksa la dia balik tido umah walaupun penginapan disediakan kat hotel tu.kekekeke.bestnya cuti sekolah jalan tak jem.aku gerak dari rumah ibu pun 6.45, sampai opis 7.10.kalau time tak cuti sekolah pukul 8 la aku sampai.kenapa la cuti sekolah tak sebulan??muahahahaha
Aku nak cerita pasal makan.Semalam balik keje aku terus masuk dapur memasak.hubby aku request nak makan ikan bakar cicah air asam.nak bakar guna arang kem salam kang tak pasal2 terbakar pulak apartment tu.jadi alternatif lain aku bakar je la dalam oven.nasib baik oven aku tu pelbagai guna.aku bakar 2 ekor ikan, satu siakap dan satu lagi cencaru.sebab aku tak makan nasi byk,aku meratah je la yg lebih..pastu aku goreng taugeh campur udang je.sedap wooo...esp air asam tu memang marbeles la!*puji diri sendiri kah kah kah
Act hubby aku ni makan dia takdela cerewet sangat.masak sambal ikan bilis pun dah cukup.tapi dia mesti nak ada sayur..tu yg aku menyampah sbb aku tak makan sayur sangat..kah kah kah..lepas kenyang makan tu, aku bergegas pulak buat bread puding.aku amik resipi dari mamatiamia..simple je buat bread pudding ni..sedap pulak tu *sekali lagi aku puji diri sendiri kekekeke
ni lauk dinner semalam.ikan cencaru takde dalam gambar sbb tgh bakar..kikiki..air asam tu aku guna belacan diimport khas dari beseri perlis..aku dgn ibu aku mmg guna belacan dari sana je..jiran mak mertua aku yg buat..kesedapan tiada tandingan..sape nak order bleh roger aku..eh?ada hati nak jadi tauke belacan lak..kah kah kah
ni la bread pudding tu..aku tak letak kismis sebab lupa beli..bila dah bakar,yg belah tepi roti tu jadik keras dan rangup.sangat la sedap..aku tambah satu sudu besar gula,bagi manis sikit baru sedap..ni 1st time aku buat, rupa mcm tak menarik sangat.kali kedua buat nanti mesti nampak lagi best mcm mamatiamia buat..kekekeke
lepas dah makan bread pudding tu sampai licin,aku tanya hubby nak karipap dgn donut tak aku nak goreng..hubby aku ckp tak pyh dia dah kenyang gile...tolonglah jgn gemukkan dia lagi.hahahahaah!!hubby ckp bertambah gemuk la dia kalo hari2 aku masak macam-macam..kakakaka..
rajinnya.. :))
ReplyDeleteaku mmg rajin.ko je yg tak tau :p
ReplyDelete