Yang gojes gojes je

Tuesday, March 13, 2012

Jika kita kehilangan anak...

Sedih betul bila dikenangkan dengan pemergian adik Dirang yg dibunuh dengan kejam hanya disebabkan dendam..kenapala tergamak manusia buat macam tu dekat budak berusia 5 tahun?my hubby said, org yg buat mcm tu bukan manusia yg normal, dia ada masalah mental/emosi..manusia normal mana mungkin sanggup cekik sampai mati dan bakar budak berusia 5 tahun?Kisah ni sebenarnya adalah pengajaran untuk kita semua esp ibu bapa..jangan biarkan anak kita seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa,apatah lagi disuruh pergi ke kedai seorang diri!Memang kita marah dengan kebodohan dan kelalaian ibunya yg membiarkan anak kecil tu pergi ke kedai seorang diri sejak berusia 3 tahun, apatah lagi dia mengaku yg dia leka berfacebook!!!apa pun, semoga ibunya mendapat pengajaran dan juga kita semua..di saat ini, hentikanlah melemparkan kata-kata makian kpd ibunya..dia juga tidak mahu anaknya mati dalam keadaan begini.

bercakap pasal anak hilang ni, anak saya Zaraa tu pernah jugak hilang dekat Jusco, tengah beli brg dapur masa tu.masa tu saya ingat hubby tgk kan dia, hubby pulak ingat saya tgkkan Zaraa..lebih kurang 3 minit dia hilang..si zaraa ni pulak bukan jenis budak yg ikut ibu dia ke mana pun.dia lebih suka merayap sana sini.masa saya panggil dia tak de, saya tnya hubby mana zaraa?hubby ckp tak tau, ingat ada dgn saya..sambil dukung irfan berlari2 saya celah2 rak makanan tu satu2..nak menangis pun ada masa tu tau..berdebar jantung ni toksah ckp la..orang yg ada situ dah tgk saya lain macam, saya tak peduli kalau terpaksa menjerit atau meraung kat situ.nasib baik la hubby jumpa dia.alhamdulillah..so saya marah hubby dan juga diri sendiri sebab cuai..sejak tu, kalau bwk jenjalan mata saya ni tak pernah lps tgk dia kalau bg dia jalan ataupun saya pegang tgn dia wlpun dia meronta2 sampai sakit tgn dia.biarkan dia skt sekarang drp mama yg sakit kerana kehilangan dia sob sob sob.sekarang kalau bwk gi shopping complex say lbh sng letak dia dlm stroller dgn adik dia..sanggup saya kuarkan modal beli stroller baru yg untuk kembar punya tu.klu tak duduk dlm stroller pun saya letak dia dlm troli..harap2 lps ni kita semua lebih berhati2, wlpun di depan rumah sendiri, tak menjamin keselamatan anak kita..jiran sendiri pun saya tak percaya..susah nak percaya orang sekarang ni..hurrmmmm....apa pun semoga manusia kejam tu mendapat balsan setimpal atas perbuatannya.


my lilttle princess..harap bila dia dah besar sikit, dia tak lari0lari lg bila bwk jalan dan tau makna bahaya dgn org yg tak dikenali..berkali2 saya pesan kalau mama,papa,atok,onni takde jgn keluar dari rumah sorang2 (kat umh atok dia)..pesan saya lagi,kalau org yg selain kami berempat jgn ikut,jgn senyum dan cepat2 cari kami..wlpun dia tak paham, tapi harap2 dia phm jugak la..huhuhuh...Ya Allah, lindungilah ankku dan kanak2 lain drp manusia kejam..amennnnn

1 comment:

  1. betoi weh, lani takleh percaya kat sapa2 pun..biar lah kita ketatkan penjagaan anak kita tu, biaq dok main dalam umah

    ReplyDelete