Eh banyak lak entry aku update hari ni yer..byk benda nak cerita kot..hehehe..tadi hubby aku call, hari sabtu ni ada family day opis dia bertempat di Taman Metropolitan Kepong..aku tak pernah dgr pun tempat ni so aku google la nak tgk rupa dia..sebelum ni hubby aku ckp dorang nak buat kat Gambang Water Park..tapi jauh kot..lepas tu nak cut cost buat jelah kat Kepong.hahahaha...ada cabutan bertuah dan macam-macam lagi..pagi tu ada senamrobik..aku tak dpt bygkan cmne la nak bersenam robik..sapa la yg nak pantau 2 orang kanak-kanak cergas tu.Apa pun aku harap hari tu adalah hari bertuah buat kami sekeluarga..mana tau boleh menang hadiah pertama cabutan bertuah??dapat aircond sebijik ke lega aku..kah kah kah
Takde yang special pun pasal taman ni..tempat open senang nak beriadah aje la..
ni kena pantau zaraa dgn irfan betul2..tak nak terleka sebab ipan sgt suka air..dia akan terjun je..bimbang juga sebab ada kes baru-baru ni kat taman tasik titiwangsa kan..minta dijauhkan!
mesti seronok bebudak tu dpt lari puas-puas..ari minggu lepas plan nak bwk g dataran main lari-lari kat padang tu tapi ada sambutan hari polis, jem merata tempat.last2 dok dalam kereta je 2 jam lps tu balik minum kat mamak depan rumah je..ceh
taman metropolitan tu cantik..basar jgk tasik kt situ..kt situ ramai org suka main layang2...tp siapa2 yg de anak2 tu sila pantau pergerakkan anak2 anda
ReplyDeleteiye ke?tu la saya tgk gambar ada tasik..kena pantau anak kecik betul2 takut terleka..mintak dijauhkan la...
Delete