Yang gojes gojes je

Monday, March 19, 2012

membaking

Assalammualaikum


Semalam tetibe lak hubby aku kena wakil pengarah dia pergi dinner sempena pembukaan dewan dengan Sultan Selangor..siap dia amik aku awal lagi semalam sebab nak kena ada kat concorde shah alam by 8pm.aku tanya tempat sorang aje ke?sebab aku nak follow laa...kakakaka...sebenarnya plan aku nak buat pavlova yang tak jadi-jadi lagi tu..terus tak jadi buat sebab hubby takde nk tlg jaga budak2 ni daripada mengacau mamanya kat dapur..so aku decide buat chocolate muffin jelah simple and easy to do..lepas je hubby aku keluar aku start dah mulakan kerja..anak-anak tak bagi mandi lagi sebab nanti makan muffin hbs comot nak kena mandi sekali lagi..serius mmg tak boleh membaking kalau takde org monitor si kenit berdua tu..sibuk nya la hai nak menolong..tolong tgk takpe jugak..ni idak..tlg mengacau ada la..habis tumpah tepung dibuatnya.aku tak menang tangan dok cairkan coklat atas dapur sambil ulang alik amik irfan panjat meja makan..aku bg turun tolak kerusi msuk dalam dia tarik panjat balik..lasaknya aku tak tau nak gambarkan macam mana..tapi takpe la orang cakap budak2 lasak n nakal ni otak bijak,cerdik dan cergas..ameeennn..

Dapur yg sebelum tu bersih, pinggan mangkuk dalam sinki pun clear jadik tunggang langgang lepas aku membaking tu..kah kah kah..aku tak sempat amik gambar byk pun sebab kelam kabut.baru aku nak pegang tab aku, irfan dah panjat meja.baru aku nak snap,irfan dah tuang air dalam botol...gggrrrrrrr....



balik keje aku goreng karipap dgn donut dulu sebab lapar tak mkn tengah hari..aku beli kat opis ni..mmg sedap esp donut tu.rangup!



muffin aku dah siap..tunggu habis bakar je..si zaraa dah menunggu nak makan..dia tak hbs2 ckp nak makan kek..jadi aku pun tunaikan la hasrat anak.wlpun mungkin kek aku tak sesedap di secret recipe, tapi rasa puas sebab buat dgn tgn sendiri ;)



tadaaa....muffin chocolate dah siap!aku taburkan je warna warni aidilfitri tu ikut suka asalkan ada kaler-kaler, budak2 ni suka la korek2 warna warni aidilfitri tu..eh dah aku pg nama benda tu warna warni aidilfitri eh?lantaklah kikiki...resipi ni simple je, tapi sdp dan rangup.kalau tambah chocolate chip baru la lagi sedap..hubby suruh aku try lak resipi muffin yg complicated sikit..dia bg aku semangat suruh buat muffin mcm famous amous punya ceh

 ~
~
~
itu la saja cerita semalam...hari ni aku nak buat masak lemak udang dgn kacang panggang..semua bahan aku dah beli kat pasar tani tadi...hehehe

gambar:google



No comments:

Post a Comment