Yang gojes gojes je

Wednesday, September 19, 2012

jin??

Assalamualaikum


Semalam aku dah amik exam untuk confirm jawatan,alhamdulillah selesai..lega rasanya.lulus ke tak tunggu jela result.balik dari sapura tu, aku terus g umah ustaz rashid darul syifa ambik nombor giliran.aku dapat no 6, dalam 3.30 waktu rawatan tapi 2.30 aku dah tunggu sana dah..niat jumpa ustaz sebenarnya nak suruh tgk pasal rumah.lately aku rasa semacam, gerak geri rasa diperhatikan..kadang2 tak semena-mena bulu tengkuk aku meremang..tapi aku tahankan je sebab mungkin perasaan aku je kan..but rasa diperhatikan tu memang sentiasa..kat bilik air dan kat dapur esp..adui meremang bulu roma aku tengah menaip nih tau!korang takut tak??kekekeke..ok teruskan cerita.kemuncaknya malam ahad tu, zara tido umh onni dia..so ipan tinggal sorang.aku dgn hubby duduk atas sofa tgk tv..ipan main sorang2..sekali aku nampak dia main dengan 'seseorang' kat ruang antara meja makan ke dapur..lampu dapur masa tu gelap aku tutup..ipan main cak-cak, mengekek2 gelak tapi dia tak masuk dapur..dia main kat lorong ke dapur tu je..aku terus ckp kat hubby 'abang, ipan main dgn sapa tu?huhuhuhu..terus hubby panggil ipan ke depan.ok, hubby diam tak ckp apa.sebab dia tak pernah rasa pelik..aku je yg rasa..bab bau busuk dlm rumah 2 kali dah aku bau, last jumaat lepas bau wangi lbh kurang 5 ptg aku pi tanya hubby apa bau wangi sgt tu??bau tu mcm bau bunga, bedak..bukan bau yg biasa kita bau..dah nampak ipan dok main tu, aku tak nak tunggu lama la sebab aku pun perasan lain dah kat dalam umah tu, tak macam sebelum ni.jumpa ustaz, dia mintak g kat darul syifa semenyih jumpa ustaz razak ahad ni, ustaz tu kena dtg rumah dulu.so hal pasal rumah belum settel la kan...jom aku cite bab kedua.

Aku mintak ustaz tolong tengokkan aku, maksudnya tolong ubatkan sakit aku..aku pernah cita kan,aku skt pinggang yg teruk..sejak beberapa bulan ni mmg aku kerap sakit,tak sihat,kerap migrain.aku ckp dgn ustaz, aku ada baca buku, petanda jin ada dalam badan kita, itulah antara tanda2nya..aku dah g hospital,x ray tapi doc kata aku sihat,takde sakit apa,tulang pun dlm keadaan baik..ustaz mintak aku duduk bawah menjulur kaki...dan bermulalah sesi rawatan..ustaz mula tepuk belakang aku,masa tu aku dah mula rasa semacam..badan aku rasa dingin, dlm perut aku macam ada puting beliung,berombak naik sampai dada, nafas aku makin laju..masa tu aku dh ckp dlm hati betul sangkaaan aku...ada sesuatu dalam tubuh badan aku..tapi aku tak leka,ustaz baca ayat kursi,aku pun ikut baca dalam hati dan berdoa supaya Allah lindungi aku dari syaitan dan iblis yg terkutuk...bila dada berombak tu, rasa mcm nak marah, nak menjerit tapi mujur aku kuat dan boleh lawan perasaan tu..ustaz cakap 'keluar dari tubuh raihana' beberapa kali...ustaz stop dan tanya kenapa aku menagis?sebab muka aku merah, mata aku bergenang air mata..bukan aku menangis..tak tau la kenapa..aku pun cakap la apa yg aku rasa, nak termuntah semua ada..lepas tu ustaz teruskan rawatan kali kedua..sekali lagi ustaz cakap 'engkau keluar dari tubuh raihana' beberapa kali..lepas tu ustaz picit lutut aku dan tanya aku sakit tak...aku tak sakit...lepas tu ustaz stop.

ustaz tanya aku, ada tak lebam2 kat badan??ye, peha aku memang selalu menjadi mangsa gigitan, lebam pun selalu..aku kira dah bertahun kot..sampai hubby pun cakap asal badan aku asyik lebam je??aku ckp la kena gigit hantu air..kihkihkih..ustaz tanya ada nampak kesan gigit, macam kesan gigi tak??alamak!!seramnya haku....huhuhuhu...tapi aku tak perasan ada bekas gigi sebab aku tak pernah belek pun..ustaz ckp lps ni kalau ada lebam lagi, cari bekas gigi lps tu amik bawang merah belah dua dan gosok2 pada lebam tu, sedut bisa keluar katanya...aku rasa bisa jin tu la yg buatkan badan aku lemah dan sakit..ok takpe..lepas tu ustaz teruskan rawatan ketiga kali ni aku duduk dan dia pegang kepala aku..tapi tkde rasa mcm rawatan 1st tu lagi dah..maybe jin tu dah keluar..ustaz bg aku air untuk minum dan mandi, termasuk anak2 aku..dia pesan nanti bawak suami dtg, bwk garam sekali...kenapa yer??aku rasa maybe kitorang satu rumah dia nak check sekali..kesian anak2 aku..huhuhuhu...lagi satu,dia tanya aku tido selalu tak terkejut tersentak???ya mmg selalu aku tekejut dan bila tgk jam antara pkl 3 pagi ke 3.30 pagi je..tau tak masa tu la hantu byk keluar dan masa tu la makhluk halus ni boleh merasuk kita.

kata ustaz,bnda tu dah lama ikut aku, tapi dia tak tahu berapa lama.dia tak byk ckp pun psl bnda apa yg ikut aku dan aku pun tak tanya.selama ni aku takde la rasa takut2 ke apa kan..maybe sebab aku tak tinggal solat,baca jugak quran kalau tak busy,maybe 'benda' tu tak boleh nak buat aku lagi teruk kot.dia cuma menumpang badan aku, bagi aku sakit,lemah,letih je.semalam ms tunggu turn pun sakit gila pinggang aku duduk..lepas keluar dr bilik ustaz tu dgn adik aku, hilang pulak rasa sakit tu..insyaAllah aku yakin benda tu dah keluar, ustaz mesti akan buat smpai keluar..cuma takut datang balik je...katanya kalau kita pernah kena, badan kita memang mudah dimasuki makhluk halus seumpama jin, sebab dah ada ruang dalam badan kita untuk jin tu masuk...kira ni kalu kedua la aku kena..masa baru kawen dulu kena jugak.berubat kt perlis alhamdulillah sihat lepas tu..yg ni pulak tak tau la sejak bila mengikut aku.huhuhuh..aku ni comel sgt kot sebab tu jin suka ikut??kah kah kah.

kita kena percaya la bnda ni memang ada..dia pun makhluk tuhan juga..selama ni aku ingat aku solat,baca quran,berzikir, takde la bnda halus yg nak ganggu kita..tapi tak...hubby kebetulan lak hari ni jugak nak kursus kat melaka sampai ahad..bila tah aku nak bawak dia jumpa ustaz tu..so aku tido umah  aku..jgn hrp aku nk blk umah selagi tak tahu apa kebenda ada dalam umah tu kan.huwwaaaa...hubby lepas aku cita semua tu, dia byk diam je..baru dia nak percaya apa yg aku cakap selama ni..selalu aku mengadu tp dia buat tak tau je..sekali aku tgk dia yg lbh takut dari aku kah kah kah!!

Sabtu ni aku nak pg darul syifa semenyih dgn mak aku, jumpa ustaz razak tu.oh, malam tadi aku dgn hubby gilir2 baca ayautl qursi 300 kali, ustaz kata insyaAllah apa je bnda dlm umah kita akan keluar dari rumah kalau kita baca 300 kali non stop dan boleh bergilir2 kalau penat..3 jam lbh kitorang nak habiskan baca tau..lps tu terus tido sampai pagi sebab penat sangat....huhuhuu..hrp2 keluar la bnda tu kan..tp bila dah jadi mcm ni, perasaan cuak tu mesti ada dan sukar nak hilang..act aku tak suka ada perasaan takut dlm rumah sendiri..takpe la, kita berusaha dulu kan..insyaAllah lama2 perasaan tu akan hilang.

7 comments:

  1. beb, umah aku aritu pun..tapi pokcik aku p berubat tu kata, benda tu nak bergurau gurau dengan aku...sebab time fendy takder baru dia start operasi.. dapat la air untuk mandi satu keluarga and spray satu umah...

    ReplyDelete
  2. Tu la...takut la..huhuhuh..kalo tak berubat tak aman rasanya sebab dok rasa 'dia' dok ada ja kan..hrp2 lps ni ok la..tapi pagi ni aku kat opis tak bgn dr tmpt duduk buat keje dr pg tadi,blom sakit pinggang lagi..alhamdulillah..hrp2 lps ni aku tak sakit dah.huhu

    ReplyDelete
  3. mmg sebelum ni sahlah ada benda dalam badan hang...pi buang2 bagi abis semua2 tu

    ReplyDelete
  4. jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.. huhu..

    yana.. aku cilok cita hang bleh..?? tapi nama2 org tu aku edit la.. aku nak letak lam forum seram.. hehe

    ReplyDelete
  5. Pacat:hampeh!kena byr royalti laaa..hahahah..eh blom habis lg siri bercakap dgn jin ni.nti aku sambung.keh3

    ReplyDelete
  6. kalau ada org beli aku bg share 50-50.. ekekeke

    ReplyDelete
  7. boleh tahu tak jadual operasi ust rashid darul syifa dekat cheras itu ada bila

    ReplyDelete