Yang gojes gojes je

Monday, October 31, 2011

Lunch hari kedua untuk orang diet :p

Assalammualaikum..:)


Hari ni hari kedua saya diet tau..means hari kedua jugak la hidup tanpa nasi.cayokk!Untuk lunch tengah hari ni saya hanya makan buah ciku dan buah jambu yg dibeli kat pasar tani je..Singgit sebungkus.Agak2 la byk mana je kan..Dengan air tembikai susu..terbeli ais la pulak..takpe panas..heheheh

Tahan je nafsu tengok makanan sedap2 kat pasar tani tu..Mujur iman agak kuat..chewahh..:p

Hopefully dpt bertahan tak makan nasi atau karbohidrat yg banyak selama sebulan.Kalau berjaya insyaAllah berat saya akan turun 5kg....dah pernah buat dulu-dulu tak makan nasi..memang kuwus...heeeeee :p

Azam perlu diteruskan..sakit hati melihat diri sendiri yg sudah berisi-risi bagai dipam-pam!huwwaaaaa!!*meroyan mcm la gemuk sangat :)

Semoga saya berjaya mengharungi diet dengan cemerlang seterusnya dapat menyarung kembali kebaya lama!tak la lama sgt.kebaya sebelum preggy kat irfan.nmpk sgt cepat betul badan naik kan?Itu la padahnya kalau asyik makan tanpa henti.Well..gud luck for me! ;)


Thank you for reading this entry!

Sunday, October 30, 2011

Lunch saya hari ini

Assalammualaikum


Susulan entry diet, lunch hour ni saya minum milo kosong (without sugar) dan 4 keping biskut jagung sahaja...serta beberapa hiris epal hijau (tibai orang punya hikhik)..jadi itu sahaja menu saya utk tengah hari ini ya..Percaya tak?Nampak, saya betul-betul nak kurus kan?buwweeekk :p

Dari semalam saya plan nak lunch kat kantin atas tau, very admire her ayam goreng kunyit and nasi goreng belacan.Very mery delicious *tahan napsu makan tahannnnnnn

Tapi semua rasa itu telah tiada apabila BMI saya overweight *sebenarnya tak over pun saya silap kira tinggi je..kih3..

Tapi diet tetap diteruskan jugak la sebab semangat nak selim sedang berkobar-kobar..errmm apa jadi ye bila perkataan *berkobar-kobar* itu hilang??? :p

Jadi menu utk mkn malam saya pun rasanya masih sama cuma mungkin makan la 2 keping roti penuh serat tu..nanti lapar pulak kan.pastu minum susu,makan salad ke..haissshh tak lama lagi jadik omputih plak aku makan salad hari-hari.

Saya dah plan nak mintak hadiah kat hubby kalau saya kurus balik..korang rasa hadiah apa yg sesuai ye??? :)



Thanks sudi baca dan komen.Sayang korang! ;)

10 kesilapan program diet

Assalammualaikum..

Entry kedua tentang tips kesihatan ialah mengenai kesilapan yg sering dilakukan apabila berdiet.Mari kita lihat pernahkah kita melakukan kesilapan ini lalu program diet kita tidak menjadi..Perut lapar, badan tak kurus-kurus jugak..Jom tengok apa dia!




1Terlampau ghairah mengira kalori.
2 Tidak minum air yang mencukupi.
3 Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.
4 Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.
5 Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.
6 Tidak merancang dengan betul program .
7 Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program anda.
8 Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.
9 Mengabaikan sarapan pagi.
10 Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program .



Untuk dapatkan lebih byk tips boleh layari http://www.gedix.com/


p/s : mentang2 tuan punya blog ghairah nk diet,entry pun sume psl kesihatan.layan jelah ye!hahahahaha :p



Thanks baca!

Tips bibir cantik

Assalammualaikum..


Wanita mana yg tidak sukakan  kecantikan.Jadi mulai sekarang saya akan berkongsi tips menjaga kecantikan dari hujung rambut hingga hujung jari kaki.keh3

Segala info adalah melalui bahan bacaan, google dan juga pengalaman sendiri.

Untuk entry pertama tentang kecantikan, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendapatkan bibir yg cantik dan menggiurkan seperti Angelina Jolie...wah!

Antara tips yg anda boleh cuba tanpa memerlukan kos yang tinggi dan mudah untuk dibuat ialah:-




Tips yang pertama ialah  Sapukan dua titik asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.

Tips yang keduanya ialah Sapukan getah pokok sena yang bewarna merah ke tempat yang pecah dalam masa dua hari luka pasti sembuh.

Tips yang ke tiga ialah sapukan pati susu pada bibir setiap hari insyallah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan.

Tips yang ke-empat pula ialah bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia terseebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan



Semua tips ni saya belum pernah cuba lagi tau..ehehehehehe

Selain dari tips di atas, anda juga boleh cuba (ni saya pernah buat) sapukan planta/butter di bibir anda sebelum tidur dan biarkan hingga kering keesokan paginya barulah basuh ye..kalau rajin siang2 pun boleh buat.Hasilnya bibir akan cerah dan lembap cantik..Memang sgt berkesan tapi kena konsisten dan take time la..mana ada benda cepat kan.

Saya pernah amalkan sapu planta di bibir ye,diberi jaminan berkesan!!Sekarang ni nak kena buat balik la...heheheheh



p/s : nak cuba sapu halia pulak :)



Thanks baca!

Overweight!!!! :(

Tau tak, kite kira BMI tau tadi..sekali overweight daaaa....26 BMI saya..melepasi 25 untuk kategori overweight..Macam tak caye je..Sebab kite bukan gemuk pun...Berisi sikit jek....huwwwaaaaaa!!!

Terus rasa takde mood+hilang selera terhadap makanan..Seumur hidup tak pernah BMI terover mcm ni..Maintain normal je bawah 25 tau...sob sob sob :(

Terus saya sms hubby mulai hari ni saya nak diet dan amalkan pemakanan sihat,Mulai mlm ni saya takkan masak nasi lagi dah..menu hanya lah oat atau cornflakes atau pun dah lapar sgt makan la 2 keping roti penuh serat tu dan buah-buahan seperti oren.

Jadi hubby kena la sokong saya dan tak suruh masak sedap-sedap..Nak sedap makan time hari keje kat opis jelah..Selain daripada tu hari cuti je saya msk utk dia..Malam2 tak bole makan berat2 dah..

Lepas tu hari-hari balik keje saya kena buat aerobik kat rumah and weekend saya kena g joging..Serius, nafsu utk makan sedap2 telah tertutup..*caye tak?pls la caye..

Saya bertekad akan dapatkan berat badan ideal saya iaitu 54kg dalam masa sebulan sahaja..means hanya 6kg je saya kena kurangkan..korang rasa bole tak???mesti boleh la sebab pernah buat...kih3...cayok cayok!!!!

cuba korang kira korang punya lak..senang je click http://www.nhlbisupport.com/bmi/bminojs.htm and dia akan kirakan terus utk korang!


Bergegar!

Assalammualaikum

Malu sebenarnya nak cerita tapi nak cerita gak ni..(poyo sungguh)..Petang semalam kan kite buat aerobik, exercise bagai..2 tahun kot tak buat macam tu.Semalam tetiba semangat kuat dtg nak kuruskan badan ke bentuk yg asal balik.hahahaha tah hape-hape.

Buat la sit up..6 kali je mampu kau..kah3..yelah mula-mula mmg camtu kan?kuikuikui..Lepas tu beraerobik la kat rumah.baru 15 minit memercik mercik peluh.Nampak sangat selama ni buat saving peluh-peluh tu.

Lepas tu buat lompat2 jumping jet eh?betul ke tak aku eja ni..tu hubby suruh.Buat la dgn penuh perasaan dan semangat.1 Malaysia!!!teitibe!kah3..

Hubby bole lak gelak2..dia ckp tu dia bergegar rumah gergasi melompat..kuang ajaq kan??pedih ni pedih hati!takpe, bg masa 2 bulan je comfirm kurus mcm dulu blk.Bukan susah pun nak turunkan 6kg je lagi dpt la berat asal balik..*gile berlagak+ego punya ayat.

Saya : Abg, mana ada adik gemuk sangat kan?badan still ok je, ada je lekuk..wah!

Hubby : Memang la tak gemuk tembam sikit jer..tu perut tu byk lemak terlebih.

Saya : SENTAP!!!!!


Jadi bermulalah episod menguruskan badan dan membuat senaman..Minggu ni jugak akan bermula aktiviti joging kami berdua.Ingat aku sorang je gemuk???hahahahaha!!!

Mulai sekarang say no pada nasi!rasa-rasa je sambil suap anak bole...hehehehehe

Semangat ni semangat!!(sambil angkat tgn ke atas ala-ala jerit merdeka)




satu,dua,satu dua tiga yeah!!



p/s : korang bg la semangat tau..nak sgt pakai baju size S balik :p



Thank you for reading this entry!

Friday, October 28, 2011

Bubur baby memang sedap

Assalammualaikum.


Siapa suka makan bubur angkat tangan!!hihihihi...Bubur nasi memang sedap kan..Ada orang suka makan bubur nasi baby punya..Padahal bukan letak bahan perasa pun kan..Macam saya, kalau suap bubur nasi kat anak, mesti suap mulut sendiri jugak.Sebab tu kalau masak bubur utk kids mesti buat lebih.Hubby pun sama suka je nak menyendeng bubur budak-budak ni.So mesti masak 2 pot..Resipinya mudah sangat.main campak-campak je...hehehehe



Bubur nasi ni mudah je.masukkan carrot, ubi kentang, ayam, dan brokoli yg dicincang kecil-kecil..Kalau suka tambah la bahan perisa sikit bagi sedap..resipi ni hanya buat time cuti je.Zara and Ipan suka sangat makan.termasuk mamanya.heheheh.Letak udang,isi ikan dan ikan bilis pun boleh..pelbagaikan variasinya :)
-
-
-
-
-
-
Thanks sudi baca!





Saturday

Assalammualaikum


Happy weekend everyone..hari ni pagi-pagi lagi MizzYana dah bangun ye..hajat mahu tidur sampai pukul 11 tak kesampaian sebab Irfan boy dah bangun awal..sebab dia yak yak..hehehe hehehe

Hari ni duduk rumah sajalah...hubby kerja pulak ada program Hari Kanak-kanak di Shah Alam.2 minggu berturut-turut dah dia keje dan balik lambat.Jadi sebagai memujuk isterinya yg kesepian ni *hamik kau ayat tak bole blah keh3 raya haji nanti hubby nak bwk kami g jalan-jalan kat Bukit Tinggi..yeay!!!

Sebut sahaja bab berjalan saya memang la teruja tahap cipan!Cuma nasib saya je dapat suami tak suka berjalan-jalan..jadi tak de siapa nak berkongsi hobi suka berjalan sekaligus menghabiskan duit ni...sob sob sob

Jadi hari ni tak perlu la memasak kecuali porridge (sebut je la bubur kan) untuk anak-anak saja..Saya dah breakfast dengan maggi kari je tadi.sungguh tak menyihatkan menu saya di pagi hari kan.Nak buat macam mana otak kata jangan hati pula kata ya....:p

Akhir kata dari saya, selamat berhujung minggu untuk semua ya...*bagus betul susunan ayat :p


Thanks sudi baca!






Manusia semakin kejam!

Untuk dikongsi bersama...awasi anak-anak kita..Manusia semakin kejam!
Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.

Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh. Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.

Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001. Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.

Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003 Canny Ong lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.

Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.

Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004. Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.

Pada pendapat saya, hal sebegini harus dipandang berat. Ibu bapa, adik beradik dan masyarakat harus bersama-sama bersatu dan mengawasi antara satu sama lain. Hukuman bagi kes rogol atau cabul mahupun gangguan seksual harus digubal supaya hukuman yang lebih berat kepada mereka yang didapati bersalah.

Cubit la pipi...


 

Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah. Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang sepadan dengan anda:

"..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu.."
( HR Muttafaqun 'Alaih )

p/s : Cubit mesra pipi si isteri, dapat pahala. Cubit mesra pipi si suami, dapat pahala. Berpahala, membawa ke SYURGA..

Thursday, October 27, 2011

Budak 14 tahun 4 kali gugur anak!

Terkejut baca Kosmo, seorang remaja melahirkan bayi tak cukup bulan tetapi ibu bapaknya tak tau anak tu mengandung...baby tu mati semasa dilahirkan sebab tak cukup bulan..Bila bawak ke hospital rupanya dah 4 kali remaja ni pernah gugurkan anak..Subhanallah...hairan ye kenapa mak ayah dia tak tau??


Usia sangat2 la muda dah buat benda-benda macam ni.Berani sungguh..tak tau nak cakap apa.Cuma pelik la kenapa family tak tau menahu anak mengandung..jadi sebagai ibu bapa di zaman moden yg serba mencabar ni kita kena ambil tahu pasal anak.mana dia pergi,dengan siapa dia berkawan..jadikan anak tu mcm kawan kita sendiri,tak ada rahsia..dan yg penting kasih sayang di dalam rumah itu sendiri.Kesian kat budak ni..Apa la nasib dia nanti yer?Bila dah tua nanti mesti menyesal dengan apa yg dia dah buat.Mohon dijauhkan perkara sebegitu dalam hidup kita.Amin...

Wednesday, October 26, 2011

Deepavali kat cumi ciki

Semalam cuti Deepavali..tak pergi mana pun.rileks je masak-masak kat rumah..petang tu baru la keluar pergi Carrefour bawak gugurl main kat cumi ciki ke namanya mende tu...Kesian dia terperap je dalam rumah apartment..Gelisah je mama tengok..hehehe

Dah main tak nak keluar pulak, sampai kena masuk dukung dia bawak keluar..nasib baik adik tak join.esok2, me n hubby pulak kena masuk dua-dua bawak keluar bebudak berdua ni.haisshhh..takpela yg penting gugurl happy..adik?adik tengok je..kecik lagi.hehe


iklan gigi


cumi ciki in da houseezzz!!
-
-
-
-
-
-
thanx baca blog ni :)

Medical card untuk Irfan

Assalammualaikum


Alhamdulillah, agak lama tertangguh nak dapatkan insuran+medical card untuk Irfan Boy, hari ni dah settle semuanya..Tu pun terjumpa wakil Prudential BSN tengah buat sales kat ofis ni, terus ajak dia dtg ofis explain pasal insurans dan medical card ni dan terus sign!!hehehe

Sebelum ni ada insurans saja,medical card takde..Kami sekeluarga amik insurans dengan Etiqa..tapi bila dengar pasal kelewatan nak claim bil-bil hospital, mcm rasa nak amik insurans tempat lain sama.Lagipun anak kecik-kecik ni, kita tak tau dan bimbang kalau dia sakit and warded..Jadi daripada kita membazir duit untuk benda yg tak sepatutnya (nak harap simpan harrraammm...hahahah) lebih baik la melabur je kat insurans kan..

Kali ni i memang amik medical card sekali sebab senang, kalau pergi hospital just tunjuk kad shj then hospital akan deal dengan syarikat insurans..Kalau warded kita hanya perlu bayar deposit hospital je.kos lain2 ditanggung pihak insurans..Saya g spital kerajaan free je sbb gov servant kan..Tapi nak bersedia..in case la..tau la gov hospital ni kadang2 menyakitkan hati,lambat dan macam2 la..So i ada 2 pilihan,kalau terdesak kita g jela private hospital..Yang terdekat panel ialah KPJ Kajang..dekat jela dengan rumah kan..

Banyak sikit la nak byr every month, RM150..kalau takde medical card RM100 aje..ikut hati nak amik kat zara sekali..tapi mcm tak mampu pulak kan..huhuhuh..takpe la janji semua dah ada insurans masing-masing..Kalau ada rezeki in the future, nak jugak amik medical card utk Zara dan diri saya sendiri..Sebagai persediaan kata orang kan..kira ni cover sampai umur ipan 25 tahun la..

Ipan boy sangat bertuah la yer..yg lain insurans bulanan tak sampai seratus pun,medical card pun takde..cian kak long..hihihih..takpe kalau ada duit lebih mama amik kat kak long sekali yer...wah byk la gitu insurans kakak ye..buleh mama tumpang sekali..kih3...



Mood : Happy sebab dah buat benda yg baik utk masa depan anak-anak ;)



Thanks sudi baca!

Terliur bila teringat, jadi petang ni nak masak!

Assalammualaikum

Dah berapa hari dah saya teringin dan teringat-ingat menu ayam masak lemak cili padi stail negeri sembilan...1st time makan cc saya buat, mai aihhh sedap sangat..siap meratah-ratah lagi kuah, hingga menjilat jari...slurrppppp!So tadi dah dapatkan menu, kejap lagi nak pergi pasar tani kat opis, then balik rumah masak!Harap-harap menjadi dan sedap mcm cc mas buat la..kalau tak jadi nak suruh cc mas masak lagi bawak opis..boleh???hihihihi


google je..nanti kite masak kite upload gambar tau.tu pun kalau nampak menyelerakan la..hehehe hehehe
-
-
-
-
-
Thanks baca!

Tahun akhir yang mencabar

Tahun akhir pengajian ijazah saya ni, memang sangat-sangat mencabar.Walaupun belum mula kuliah lagi, saya rasakan tahun ini adalah tahun paling struggle la untuk saya..Ingatkan saya akan amik 5 subjek je,rupanya ada 6 subjek lagi.Itu pun lepas uum call saya tanya nak amik semua atau nak jadikan 2 semester,means amik 3 subjek utk tiap sem..Saya dah malas nak tangguh-tangguh, so saya ckp je nak amik 6 subjek terus!mati aku!heheheheh

Actually di awal pengajian masa 1st year mmg saya ada amik 6 subjek pun tapi masa tu subjek pun senang-senang je..Yang ni..semua subjek yg susah-susah aje ye..tak taula mcm mana saya nak study nanti ni...memang kena focus betul2, tak boleh ponteng kelas dan score utk carry marks sungguh-sungguh ni..

Harap-harap sgt semua berjalan lancar..saya tak kisah nak konvo tu,cuma saya nak tunggu full transkrip keluar then saya nak mintak kerja semula..i mean nak isi semula spa untuk gred 41.Tapi tu la kan,sekarang ni kerajaan dah bekukan pengambilan staff baru..saya mintak pun bukan boleh dapat cepat pun,nak lompat dari gred 17 ke gred 41..harus jugak la bertahan 4,5 tahun dengan position sekarang.Tapi takkan nak tunggu selama tu kan?rugi rugi rugi..tak lama lagi anak-anak pun nak sekolah ( i mean bila zara dah umur 4 thn hehe) so mesti nak hantar tadika kan..makin besar makin banyak belanja diperlukan..gaji sekarang ni memang takkan cukup la..

Kekadang terfikir nak cari kerja lain,gaji yg lebih masyuk..tapi takkan nak benti kut?bukan senang nak dpt keje gomen kan..kalau ada rezeki kat badan berkanun, memang i join jelah..sama jugak kan..boleh amik pencen..

Hubby selalu tanya, nak keje apa lps habis degree ni?dia suruh apply PTD, tapi rasa tak berminat..nak apply cikgu pun, tak berminat jugak sebab takut kena posting jauh2..hehehehe..Dalam otak ni tak tau nak keje apa pun lagi.boleh?hahahaha

Nak sambung master then apply jadi lecturer..huuurrmmm ada jugak piki.tapi nak sambung lagi 2 tahun tu la yg rasa berat..sebab duit pun tak berapa nak ada.taun depan jugak rumah nak siap.harus la berhabis habisan untuk rumah baru kan..mana lagi nak cekau duit?hati mmg lah nak sambung master terus..kawan2 seperjuangan pun pakat nak sambung dah ha..jeles tau!huhu :p

InsyaAllah, ada rezeki tu ada la.Malas nak fikir sangat.Biar masa dan rezeki yg menentukan..Yang penting 6 subjek ini harus ku lalui dengan penuh kekuatan dan keazaman....(terbayang2 pakai jubah konvo n bergambar dgn hubby dan anak-anak..bahagianya...:))



Thank you for reading this entry!

Makan banyak!

Assalammualaikum

Hari ni cuti Deepavali,saya duduk rumah je rehat puas-puas..lagipun badan still tak sedap,tekak sakit.tido je petang ni..hehehe..nama pun cuti, saya memasak ketong ketong bunyik senduk...gaya mcm org tak puas hati.hahahahah!!

Menu hari ni ayam masak merah dengan lobak,sayur campur dan cendawan,udang goreng kunyit dengan bubur nasi (utk anak2 tapi mak n bapak budak mkn lebih)

Sedar tak sedar 4 kali sy makan nasik!OMG!!!hubby cakap pipi saya dah bulat sekarang,yes,badan dah naik ni akibat makan tanpa rasa bersalah!Saya akui saya memang berisi sekarang ni.selera makan betul.Sampaikan saya dah comel sekarang...huhuhuhuhu sedey :(

Mulai malam ini say no to rice ok!saya mahu diet!!!!


Thanks baca!

Tuesday, October 25, 2011

Mango Chilli

Assalammualaikum..tak jawab dosa..:p


Lagi update pasal makan..korang layan jelah ye..nak buat macam mana, saya memang suka makan...huhu!:p

Ni makan kat Mango Chilli Wangsa Walk..kat sini semua masakan Thailand ye..Antara menu yg dicuba termasuk somtam,kari daging dan tomyam.Secara keseluruhannya, makanan kat sini tak sedap mana pun..lagi sedap makan kat kedai tomyam tepi rumah ataupun lg sedap masak sendiri kat rumah.ok lah tengok gambar jom*2 keping je pun amik.hehe


Nasi goreng patayya..Nasi tawar.tak sedap langsung!somtam..bolehla....

ini pulut mangga..pulut dengan santan very the sedap..mangga pulak kureng..dapat harum manis sedap ni..nyum3 *terbayang nak makan dah ;p

-
-
-
-
-
-
-
-
Thank you for reading this entry!







Dim Sum

Assalammualaikum


Pernah makan Dim Sum tak? Dulu masa i kerja kat RTM selalu jugak la makan..sebab banyak job kat hotel, so makan free je..makan la banyak mana kau nak...kekekekek..Dah lama tak makan, semalam masa lunch kat Papparich dengan opismate, ternampak la pulak mende ni..Apa lagi wajib order!Lagi sekali makan free..tq cc...hehehehe

3 bijik dim sum ni berharga RM5.30..ok la kan?Ada 3 perasa.Yang ni chicken rasanya.Nak cuba boleh ke Papparich..sedap juga....:)
-
-
-
-
-
Thanks baca!


Monday, October 24, 2011

Berjimba-jimba dengan kereta baru

Assalammualaikum


Semalam lunch kat luar.Makan kat Papparich*gile berlagak mentang-mentang baru dapat gaji.Ermm tujuan utama ialah kerana ingin meronda-ronda dengan kereta baru...Vios TRD...Kami pergi tiga orang je..diketuai oleh mak hayam segar dari ladang..keh3...

So..kitorang makan....*pls jangan telan air liur :p


Fish n chips..Harga:RM14.90..Komen : sedap gak la yg penting byk dan kenyang 


Chicken Chop..Harga :RM14.90..Komen :Bolehla yg penting kenyang.ada nasi tu...


abaikan si pelahap itu..nasi ayam dia mmg sedap.harga RM9.90 


ni paling banyak makan.keh3


           Semua makanan di atas ditaja sepenuhnya oleh...




 Mak hayam paling vogue a.k.a empunya Vios..keh2 mesti korang ingat kereta i kan?alaaa...mana la i mampu nak beli vios tu...yeay berjaya nak eksyen kat korang!huahuahua!! :p

Lepas makan singgah Tutti Frutti pulak tapau frozen yogurt buat makan dalam kereta*mana la badan tak naik.haisshhh...

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Puan Hasmas kerana belanja kami makan tengahari di Papparich dan membawa kami bersiar-siar menaiki kereta baru Puan :)


Thanks sudi baca!

Sunday, October 23, 2011

Ehem-ehem

Assalammualaikum..


Saja nak tunjuk gambar ni tau..eksyen sket nih..godek-godek album terjumpa pulak..So nak gak inteprem dalam blog..*sekali lagi dengan gaya berlagak tak ingat*

Tadaaaa...........





Tahun 2007 punya pic kau..kenal tak yang tinggi-tinggi hensem-hemsem tu??Bagus pun kenal..Korang nampak tak i yg mana satu??ni i tak puas hati.Siapa la busuk hati dengki khianat ptui ptuiiiiii yg amik gambar i sebelah badan je nih??hahahahaha!!!!Whatever!!Gambar ni masa i keje kat Radio 24 Bernama.En Angkawasan eh silap Angkasawan,telah dtg ke radio dan diinterbiu..Apa lagi sume pakat jakun gila nak bergambar dgn angkasawan negara.I ada sekeping pic amik guna hp nokia express music tetapi hp itu telah dicurik oleh seorang budak kecik yg keje kat situ.haissshhh!aku masih tak dpt menghalalkan lagi ye budak kecik!!

So i takde la simpanan gambar yg sangat sangat sangat sungguh padan kami berdua berdiri di sebelah-sebelah.ahaks..kuikuikui...jadi gambar ini saje lah yang ada..Actually this is second time i met him..Dia pernah dtg Angkasapuri and masa tu i interbiu dia jugak dan bergambar dgn dia dan juga Mejar Dr. Faiz..Sayangnya.............benci nak cakaplah..ermmm hilang juga gambar tu..sob sob sob :(
~
~
~
~
~
Thanks baca!

Menikmati aroma teh...

Assalammualaikum..


Setelah 3 kotak teh yang dibeli masa holiday kat Cameron Highlands 4 months ago habis, now boleh tersenyum kepuasan sebab dapat minum teh from Bharat Tea Plantation Cameron Highlands lagi..yipppieee!!

Opismate i holiday kat sana last week, so i kirim kat dia beli teh perisa strawberry dengan orange kalau pergi melawat tea farm kat sana..Kenapa teh from Bharat??

Yes,rasanya membuatkan diri sangat cool, rileks dan layan..tak sama dengan teh perisa strawberry jenama lipton yang agak pahit ye..

Kalau Cameron tu dekat, memang tetiap bulan i sanggup pergi semata-mata untuk minum teh!abaikan mak budak yang ketagih minum teh ni yer.ahaks

Ok, mari menikmati segelas teh panas perisa orange yang harum semerbak sambil buat kerja di ofis!eerrrrr dan sambil update blog.nggeeeeee :p


konon-konon sedang menikmati tea di tea farm cameron dalam keadaan cucaca sejuk padahal berpanas econ tak sejuk di ofis!
~
~
~
~
~
~
~
Thanks baca!

Saturday, October 22, 2011

Weekend

Assalammualaikum


Petang tadi bawak kids pegi taman tasik permaisuri..gugurl dah bising nak pegi taman main buaian.mana tidak,papa asyik tipu je kata nak pi taman kalau gugurl tak nak balik umh sebab nak tido umah onni..Budak ni dah besar tau,dah pandai tuntut janji...uisshhh,pandai dah sekarang, "mama nak makan mekdi" "mama jom jalan-jalan"*dah berjalan harus la kopak duit kan.


macam anak patung pulak nampak si gugurl ni

main jongkang jongkit pulak


tak nak masuk kereta,tak nak balik.nak main lagi.kem salam!sok pulak dtg ye..*tipu lagi hahahah

-
-
-
-
-
-
Thanks baca!




Pedas baik punya!

Assalammualaikum..

Saye ni suka sangat makan ayam penyet.Biasanya makan kat Ayam Penyet A.P tuh..dulu ada kat JJ BMC.Tapi tutup pulak.tak laku agaknya.Lepas tu kitorang selalu pi kat Bandar Seri Permaisuri plak.

My cousin ckp,ayam penyet kat Wong Solo lagi dap dap daripada kat A.P...So teringin lak nak rasa.Bangi tu ha...tak ke jauhnya nak pegi dari rumah ni semata-mata ayam nyet nyet?Petang tadi lepas beli brg customer,meronda2 la kat Bandar Seri Permaisuri nak cari makan untuk dinner.Sekali ternampak restoran Wong Solo...Apa lagi..kita terjah!!

Betul la,memang lebih dap dap daripada kat A.P..dia punya sambal belacan tu yg tak tahan..memang meleleh!Siapa yang tak makan pedas tak payah try..meleleh ayaq mata nanti..Sebb tu juga kalau uolss tgk set-set makanan dia air mineral je sume..sebab mmg pedas tak ingat!Yang best makan sambil bersila.Macam jepun pulak.Utk yg ada anak kecik tu senang la,buleh makan dengan amannya tanpa gangguan anak.Biar je diorang main-main kat bawah.

Jom tengok gambar yg sempat disnap menggunakan kamera hp cap ayam..hehehe hehehe :p





Sedap weh ayam dia.cuma agak kecik la..tak kenyang makan bg saye yg kuat makan nih.heheh

bila dah makan bawah maka meja makan menjadi tempat duduk menggantikan kerusi.

Dan juga......
-
-
-
-
-
-
-

Menjadi tempat untuk memanjat

-
-
-
-
-
-
-
Thank you for reading this entry!


Friday, October 21, 2011

Perbezaan??

Rozita Che Wan


Diana Amir




sumber: izyan

WORDLESS SATURDAY

 Sumber: izyan

Kenapa blog?

Assalammualaikum....

Kawan-kawan yg takde blog tanya saya,best ke ada blog ni.rajinnnya ko tulis blog bla bla bla...Apa kepuasan yg anda dapat dengan berblog?

Tujuan saya berblog sebab saya rasa blog adalah medium paling sesuai untuk saya melahirkan pendapat dan meluahkan rasa hati..Pada mulanya tercipta blog ni,bukan tujuan untuk melibatkan diri dalam dunia blog secara serius atau nak kejar populariti atau pun duit drp nuffnang..hehehe hehehe

Saja suka-suka je pun,seronok kan tulis blog ni.macam kita tulis diari.kita lepaskan perasaan kita di dalam blog kita sendiri.Untung kalau tulisan kita diminati ramai pulak followers,ramai kawan.tu yg syok tu...

Di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kat blogger otai, Abg Ben atau lebih glemer dgn nama Ben Ashaari kerana telah promote kedua-dua blog saya di dalam blog beliau..Oleh kerana itu saya dah dapat kawan baru..hihihhiih..mekasih.....




Thank you for reading this entry!











Sebab tu malas nak tengok

Sebab tu malas nak view blog-blog yang jual kain,tudung dan baju ni..Bila dah scroll down, harus nak membeli jugak..

Sebab tu malas nak tengok.Tapi kekadang tertengok jugak.Bila dah tertengok, terbeli pulak..Adoi...harus kena marah dgn en suami nih..huhuhu

Apa pun, saye dah grab mende ni...


comel kan?saye nak buat kurung moden..hehehe..blog ni bos kat opis saya punya ye..mai la singgah2 blog beliau http://domecotton.blogspot.com/
-
-
-
-
-
p/s:kain dah beli tudung dah beli baju dah beli habis lah gaji






Thursday, October 20, 2011

Meleleh air liur dengan cinnamon

Assalammualaikum...


Bila sudah suka akan sesuatu tuh, kita mesti nak dapatkan jugak kan...Actually i dah addicted to Cinnamon kat Auntie Anne's..Sedap bangat!kelembutan roti dan kemanisannya perghhhhh air liur meleleh tepi bibir dah nasib baik org tak nampak.ahakss

Makan pulak panas-panas, nak pulak skang tengah musim hujan, sejuk-sejuk, memang layan oi makan cinnamon ni..blk kije petang kang harus singgah JJ Balakong, nak beli mende ni..kat kl paling dekat dgn opis pun kat Times Square jek ada..jauhnya alahai nak pergi semata-mata mengidam cinnamon mon mon..slurrpppp *telan air liur :p

Cuba perhati dengan penuh perasaan,korang akan rasa macam nak gigit dan kunyah cinnamon yg sedap ni.nyum nyum nyum cinnamon wait for me haaa.jgn kau habis sudah!


Aimee Mullins cantik dan jelita tetapi.....








-
-
-
-
-
p/s:kecacatan bukan penghalang utk berjaya dan menjalani hidup seperti manusia normal :)
sumber:izyan.com


Gempar!!Makanan Iblis di pasaraya

-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
p/s: Sila mengeja dengan betul yer...hahahahaha
sumber:izyan.com

Enaknya brownies Famous Amos!!

Lihat

Pegang

Gigit

Telan

Yummmyyyyyy!!!

ihsan google


Sedapnya weh brownies kat Famous Amos tu....1st time i try..salu beli cookies aje..1 slice RM3.50...sangat sedap dan rangup.thumbs up!!Ermm mana lagi brownies yang sedap-sedap selain Famous Amos dan Secret Recipe??? *prangai gian nak makan datang dah! :p

In home Learning Part II

Assalammualaikum..

As i promised, smbung balik cite pasal pembelajaran dgn menggunakan teknik dan produk daripada Grolier..Keberkesanannya???Yup memang berkesan..Yg penting kalau  uolss amik pakej ni uolss sendiri kena rajin ajar anak dan buat aktiviti sama-sama dgn anak,kalau tak rugi jela duit yg anda laburkan tuh..

I tak berapa rajin sgt,mula2 tu je..Dalam2 tak rajin Zara dah khatam buku ke 3..Dia pun fasih bercakap,orang selalu tanya umur dia berapa,bila ckp 2 thn setengah org tak percaya..ingat dia dah 4 tahun..petah berbicara..harap2 jadi pemidato di sekolah.mama juga yg bangga..ahaks..

Yang penting anda kena memahami dulu bagaimana teknik untuk guide anak-anak..spokeperson dari Grolier akan guide anda bgamana menggunakan teknik yg betul.



Grolier has 2 tested & reliable English Language Learning programs structured to enrich your child's English in a short period of time.



Your child can benefit from 2 of Grolier's amazing products designed to heighten their creative and critical thinking skills.  

Children are always hungry for knowledge. That's why Grolier has 2 enticing programs professionally designed to feed their curiosity about the world around them.




untuk maklumat lajut boleh layari http://www.grolier-asia.com/
-
-
-
-
picture from website Grolier-asia

Wednesday, October 19, 2011

In-home learning expert

 Dah lama nak tulis pasal benda ni..Hari ni baru teragak..Pernah dengar Grolier?Ni sikit info...



Grolier Inc. originated with the Grolier Society founded in 1895 by a group of Boston scholars. Named after Jean Grolier, – a designer and collector of French Renaissance books – the Society produced deluxe editions and memoirs in elegant bindings and sold them on a subscription basis. The society was incorporated as a business organisation under the name, The Grolier Society Inc., in 1936 and finally changed its name to Grolier Incorporated in 1960.

We publish encyclopedias, children's books, reference sets, educational materials, and also multimedia products. Our best-known titles include Encyclopedia Americana and the New Book of Knowledge – a children's encyclopedia. Our multimedia products consist of the Guinness Multimedia Disc of Records and the Grolier Multimedia Encyclopedia.

While we published the popular 30-volume Encyclopedia Americana, our best seller was the 20-volume Book of Knowledge, which gained wide acceptance as a basic reference material for children in elementary school. Other Grolier products included the 50-volume set of the World's Greatest Classics, the 20-volume Encyclopedia International, the 20-volume American Peoples Encyclopedia, the 10-volume Grolier Universal Encyclopedia, the 10-volume Book of Art, the Book of Popular Science, the Encyclopedia Canadiana, and several other encyclopedias, yearbooks, and reference materials in French, Spanish, and Japanese.

In 1969, these products were sold in 40 foreign countries where most of the revenues came from door-to-door sales through 7,000 salesmen who were based on commission. By the late 1980s we were already a leading worldwide publisher and distributer of encyclopedias, children's books, reference sets, and educational materials.
Today, we are a leading provider of high-quality educational materials that provide parents and teachers with the tools they need to enlighten and support the educational development and well-being of all children. We have kept to our core mission to be the ‘In-Home Learning Expert’ by providing products that touched the lives of millions of people around the world, helping children to read and learn. Right from the beginning, we have been determined to make sure that our products and services provide all the quality and satisfaction that parents need.

So dah paham kan..

Saya pun gunakan produk daripada Grolier ni..untuk anak-anak..Terhasut pulak bila dah kena jampi dengan salesgirl dia tu.hahahaha..lebh kurang 7 bulan dah kot saya beli produk ni..harga pakej yang saya amik masa tu Grolier buat diskaun..sy amik yg pertengahan je sebab tak mampu nak bayar sampai dekat 3 ribu..So saya amik pakej tak silap 2200k kot..tapi ni bayar bulan2 tau..bulanan rm83 aje..sesaja nak cuba..lagipun sama jugak kalau beli buku,CD sampai budak2 ni besar silap2 kos lagi tinggi kan.semua produk ni boleh guna sampai dorang sekolah rendah.

Pakej yg saya amik Magic English,Logico dan I Wonder Why..semua ni termasuk buku,CD,dan permainan untuk pembelajaran bayi dan kanak-kanak..ada la dpt beberapa buku parenting tips secara percuma yang kalau cari kat MPH berharga RM99..Siap dapat rak buku sekali..Brg2 ni semua dihantar dengan menggunakan van ke rumah atau pun opis kita..Letak belakang bonet kereta memang penuh la.

Ok apa kebrkesanan dan macam mana menggunakan produk ni??nanti saya sambung cite la..penat dah taip panjang-panjang ni...hehehehheh..nanti yer....:)


Awas kelibat van putih

Ibu-ibu bapak-bapak dan orang awam, pls be alert...kalau nampak sebuah van putih yang mencurigakan sila hubungi polis..Van ini dipercayai digunakan oleh 2 orang lelaki untuk menculik kanak-kanak,sama seperti kes culik Sharlinie dulu..Semalam seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah diculik ketika berjalan kaki pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan..Tetapi budak ni berjaya lepaskan diri setelah meronta-ronta dan pintu van terbuka, dia terjun.Syukur...Tempat penjahat ni selalu berlegar dekat area Ampang dan Cheras..


Risaunya...anak-anak pergi balik sekolah pun dah tak selamat dah..Saya selalu cakap kat ibu saya, jangan lepas anak saya sorang-sorang walaupun depan rumah.Sekarang ni depan rumah sendiri pun dah tak selamat kecuali lah berpagar,berkunci..Saya tan nak fikir buruk,terlalu risau tak tentu pasal,tapi lbh baik kita fikir buruk dulu supaya kita lebih alert dan berhati-hati..Sentiasa beringat tak kira masa..Bayangkan anak yg kita kandung,bela dgn penuh kasih dan mendatangkan kebahagiaan dalam hidup kita, diculik dan hilang tanpa khabar macam tu je..Subhanallah...kenapa la makin ramai penjahat di dunia ni?Hairan,mereka ni tiada perasaan belaas kasihan ke?atau hati mereka tertutup untuk membuat kebaikan??

Ya Allah,lindungilah anak-anakku dan semua anak-anak kecil di dunia ini daripda menjadi mangsa kejahatan manusia zalim..Ya Allah, kau peliharalah keselamatan mereka sepanjang kami mencari rezeki..Amin....

Zara pulak berjangkit HFMD

Assalammualaikum...


Irfan boy tak elok lagi,kaka pulak naik rashes disebabkan HFMD tuh..alahai..hari ni kena bawak g specialist terus.tak puas hati kalau tak dapat full explanation..doktor ckp HFMD,tapi kalau bukan macam mana kan??Ya Allah sembuhkanlah sakit anak-anakku..Amin....

Mengidam bukan sebab mengandung,tapi sebab...

Assalammualaikum...


Semalam lepas balik keje kitorang g jusco balakong,tekak i tetibe teringin nak makan steamboat kat Johnny's..nak g kat danau kota macam jauh je kan..So dengan tak mandi terus tukar baju,air liur dah bertali-tali dok piki betapa sedapnya kuah tomyam steambot itu.mengada.

Sekali pergi la..order mcm biasa la Set B, tambah nasi 3 mangkuk, tambah lagi satu nasi ayan blackpepper..baru makan sikit je tetibe dah tak lalu,takde selera.kalau tidak licin dah makan.makan sikit dah stop..sebabnya tetibe tekak rasa sakit,hidung tersumbat.Yes!saya akan demam tak lama lagi..Sebab tu lah tetibe teringin makan steamboat,sebab tekak nak sakit rupanya.hahahhaa..*abaikan jika cite ni tak best :p

i just love to eat the stemboat here!yummyliciousss!!


google jek.tak dan amik gambar sebab lapar sgt.hehehehehe
-
-
-
-
Sambung cite,lepas makan stemboat,i singgah Auntie Anne's pulak teringin nak makan (asyik teringin je memanjang) pretzels..semalam hujan lebat,sejuk tu yg rasa nak makan je tu..hehehe hehehe



sedap tau yang ni.makan panas2 memang umphhhhh..eh kat kl mana ada Auntie Anne's eh??kuikukui


beli yang ni jugak semalam..ni almond kut..



p/s:bila nafsu makan memuncak janji nak berjimat hilang entah ke mana :)



Nightmare!

Biasanya kalau keluar rumah mesti kena pakai compact powder, calit-calit lipsetik tak pun lipgeloss kat bibir.Blusher memang wajib pakai kalau keluar jalan-jalan.Tak dapat bayangkan kalau pegi Jaco (Jusco) tanpa secalit bedak!Hasilnya.....



Masalah kulit saya ialah...
-
-
-
1) Mata sembap akibat tak cukup tido sejak ada anak
2) Wajah yang kusam kerana tak pakai SKII *motip?
3) Bibir yg nampak pucat bukan akibat merokok.keh3

p/s:Bila tak make up nampak muda pulak *perasannya kau! :p

p/s lagi:Bila nak dapat pakai SKII ni????huhuhuh





Tudung takde ke?

Assalammualaikum..

Yang bertanya pada saya takde koleksi tudung baru ke??Jawapannya belum buat masa ini..D'Anggun Online Boutiqe terbengkalai buat sementara waktu yer..harap maaf...heheheh

Saya takde masa sekarang,sebab bila amik stok banyak, maka hari-hari saya akan sibuk dengan kerja-kerja mengsnap gambar dan mengupload gambar sehingga anak-anak dan suami diabaikan *kasihan mereka sob sob

Kelas saya pun akan bermula, bertambahlah sibuk saya dan dah tentulah lagi takde masa *alasan budak malas

Nantilah yer,insyaAllah nanti (tak tau bila) suami saya cakap thn depan nak bagi saya modal besar untuk berniaga tudung secara online (hakikatnya yg tak online yg byk beli.hehehe)

Dan tunggu la saya terer sket bab2 nak mengcantikkan blog utk bisnes ni..kecantikkan blog pun perlu juga kalau nak attract orang ramai singgah di blog kita kan..byk lagi yg saya kena belajar selok belok perniagaan ni.InsyaAllah habis study bulan 2 next yr saya akan bergiat aktif la..dan anak-anak pun dah besar sikit so that senang la saye nak menguruskan bisnes tudung secara online..*dengan yakin diri dan eksyen



p/s:saya mengalu2kan kata2 semangat dari anda..hahahahaa :p


Thank you for reading this entry!!