Dah lama simpan perasaan tak puas hati+geram ni..Biasanya kawan2 seperjuangan kat opis la tempat meluah perasaan begitu juga sebaliknya..Begini agaknya fenomena di dalam khidmat awam.Atau di sini sahajakah??
Begini,seorang kawan dalam pemerhatian pegawai sebab selalu cuti dan MC..fine..Yang menjadi tanda tanya...mengapakah seorang yg bernama Abu (bukan nama sebenar) yang setiap hari, diulangi setiap hari ponteng kerja dan melepak dan buat kerja hanya dalam 2 hingga 3 jam sahaja dan kadang-kadang langsung tak buat kerja, tak pula dalam pemerhatian??
Adakah disebabkan kawan saya tu budak baru confim dan si Abu lak yang patutnya pencen je (senior lah tu) jadi terdapat diskriminasi??Sekurangnya kawan saya tu guna cuti rehat tak pun ada sijil mc bukan ponteng keje kan.
Kenapa saya bengang??sebab si Abu yg suka memonteng keje, maka tiada siapa yang akan semak kerja-kerja saya hingga kadang-kadang kes kecemasan saya terpaksa mintak tolong ketua lain untuk semak semua kerja-kerja saya yg patut disemak oleh si Abu..disebabkan fail kerja dia atas meja si Abu yg dah 4 hari saya letak kadang-kadang baru disemak, menjadikan orang2 lain lambat mendapat bayaran (tu blom kuiri lagi).
Bila audit datang pulak dan check baucer2 saya pun ada masalah jugak sebab tarikh yg tidak sama.nak cite korang tak phm.tapi itulah disebabkan benda yg patut disemak hari yg sama tapi minggu depan baru nak semak (nasib baik tak bulan depan semak) menimbulkan masalah pada saya sendiri.
Tapi siapa saya untuk mempertikaikan??Dan hari ni si Abu tiada di opis sebab ke *** hantar borang kenaikan pangkat...eh???Kerja memonteng tapi nak naik pangkat??Cuba fikir adakah itu adil??
Saya bukan nak bela sesiapa tapi apa yg saya nampak depan mata itulah hakikatnya..Di sini jika kau takde pangkat, kau terima jelah apa yang orang beri apa yg orang kata.
kadang-kadang saya bosan dengan situasi di sini tapi itulah kata orang kebenaran itu pahit untuk ditelan.nak tak nak kau kena terima sebab kau makan gaji dan takde pangkat tinggi untuk dibanggakan...
**Bercita-cita nak jadik bos dan amik tindakan kat staff yg ponteng keje..wahahaahahahah!!! :p
Thank you for reading this entry!!
No comments:
Post a Comment