Ibu-ibu bapak-bapak dan orang awam, pls be alert...kalau nampak sebuah van putih yang mencurigakan sila hubungi polis..Van ini dipercayai digunakan oleh 2 orang lelaki untuk menculik kanak-kanak,sama seperti kes culik Sharlinie dulu..Semalam seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah diculik ketika berjalan kaki pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan..Tetapi budak ni berjaya lepaskan diri setelah meronta-ronta dan pintu van terbuka, dia terjun.Syukur...Tempat penjahat ni selalu berlegar dekat area Ampang dan Cheras..
Risaunya...anak-anak pergi balik sekolah pun dah tak selamat dah..Saya selalu cakap kat ibu saya, jangan lepas anak saya sorang-sorang walaupun depan rumah.Sekarang ni depan rumah sendiri pun dah tak selamat kecuali lah berpagar,berkunci..Saya tan nak fikir buruk,terlalu risau tak tentu pasal,tapi lbh baik kita fikir buruk dulu supaya kita lebih alert dan berhati-hati..Sentiasa beringat tak kira masa..Bayangkan anak yg kita kandung,bela dgn penuh kasih dan mendatangkan kebahagiaan dalam hidup kita, diculik dan hilang tanpa khabar macam tu je..Subhanallah...kenapa la makin ramai penjahat di dunia ni?Hairan,mereka ni tiada perasaan belaas kasihan ke?atau hati mereka tertutup untuk membuat kebaikan??
Ya Allah,lindungilah anak-anakku dan semua anak-anak kecil di dunia ini daripda menjadi mangsa kejahatan manusia zalim..Ya Allah, kau peliharalah keselamatan mereka sepanjang kami mencari rezeki..Amin....
No comments:
Post a Comment