Nak share experience masa lahirkan Zara 16 Mei 2009, Baru je kuar hospital lepas bersalin,Zara kena juandis pulak sampai kena tahan kat wad selama 3 hari..Sepanjang teman Zara kat wad,dah lali tengok doktor cucuk tangan cucuk kaki amik darah dia pagi dan petang,Sampai lebam tangan si kecil yg baru berusia 5 hari tu..Air mata ni tak usah cakap lah byk mana mengalir esp bila juandis dia makin tinggi dan kemungkinan kena tukar darah.
Tahu la kalau dah tukar darah akan effect perkembangan dia.Sebagai seorang ibu yg baru aje menimang anak sulung,saya tak tipu saya hampir meroyan.Saya salahkan semua orang!Saya sygkan baby yg saya kandung selama 9 bulan tu lebih dari diri saya sendiri.Kalau boleh tukar nyawa pun saya sanggup!
Bila Zara dah sihat dah boleh keluar hospital, sekali lagi dimasukkan ke hospital selama 3 hari masa usianya 10 hari, sebab demam yang tinggi.Saya teman jugak kat wad.Sakit hati,marah,geram,benci bercampur baur bila dgr dia meraung2 masa doktor dgn nurse cucuk amik darah,sampaikan saya tak sanggup nak tgk,hanya duduk di atas katil dan menangis!Rasa macam akan kehilangan dia.apa jadi kalau dia tak normal lagi dah dan macam2 la pikiran buruk ni..dalam pantang tu mcm org gila dah.ditambah suami pulak tak ada,duduk jauh.pantang pulak kat rumah MIL.Segalanya berbeza.
Sumpah saya macam nak gila je rasa.menangis siang malam.Takde siapa pun yg boleh pujuk saya.Masa tu perasaan marah dan benci pada semua orang.Sampaikan muka hubby pun tak nak tgk dah.
Alhamdulillah lepas lalui pengalaman tu Zara membesar dgn sihat dan cerdik..Saya tak dpt bayangkan perasaan anak kawan saya tu mcm mana.Simpati kita pun tak dpt menandingi perasaannya kan??Apatah lagi masih dalam pantang.
Bila baca blog mummy Alanna pulak, tak pernah la tak menangis..Rasa mcm diri kita yang hilang anak.Betapa sayangnya kita pada insan bergelar anak kan??Saya sentiasa berdoa supaya Allah menjauhi segala penyakit dan memelihara kesihatan anak-anak saya dan keluarga saya.
Saya tidak mahu kehilangan mereka dan tidak mahu berfikir jika saya kehilangan mereka....
Zara 6 hari,sbg meraikan dia kuar spital mama pakaikan dia gaun dgn cekak.tak mcm baby baru lahir kan??hehehe
-
-
-
-
-
-
-
p/s:marah bila dgr baby kena bunuh,kene buang!
aku belom smp lg perasaan cmtu...bila la nk rasa da baby kan..
ReplyDeleteUIKS,BUKAN KO PREGGY KER?RITU KAN DAH MUNTAH2..BLOM LG EK?
ReplyDeletepengalaman mengandung / bersalin sebanyak 5 kali cukup bererti dalam hidup ini..
ReplyDeletebyk dugaan yg ditempuhi..smoga kita semua tabah mengharunginya
kak Qhaifa..hebat la boleh mengandung sampai 5 kali.saya tak larat dah 2 ni pun.sakit tu sampai skrg igt lagi.huhu.tapi sakit mcm mana pun kita tetap boleh mengandung byk kali kan?hebatnya seorang wanita...
ReplyDelete