Yang gojes gojes je

Wednesday, October 26, 2011

Medical card untuk Irfan

Assalammualaikum


Alhamdulillah, agak lama tertangguh nak dapatkan insuran+medical card untuk Irfan Boy, hari ni dah settle semuanya..Tu pun terjumpa wakil Prudential BSN tengah buat sales kat ofis ni, terus ajak dia dtg ofis explain pasal insurans dan medical card ni dan terus sign!!hehehe

Sebelum ni ada insurans saja,medical card takde..Kami sekeluarga amik insurans dengan Etiqa..tapi bila dengar pasal kelewatan nak claim bil-bil hospital, mcm rasa nak amik insurans tempat lain sama.Lagipun anak kecik-kecik ni, kita tak tau dan bimbang kalau dia sakit and warded..Jadi daripada kita membazir duit untuk benda yg tak sepatutnya (nak harap simpan harrraammm...hahahah) lebih baik la melabur je kat insurans kan..

Kali ni i memang amik medical card sekali sebab senang, kalau pergi hospital just tunjuk kad shj then hospital akan deal dengan syarikat insurans..Kalau warded kita hanya perlu bayar deposit hospital je.kos lain2 ditanggung pihak insurans..Saya g spital kerajaan free je sbb gov servant kan..Tapi nak bersedia..in case la..tau la gov hospital ni kadang2 menyakitkan hati,lambat dan macam2 la..So i ada 2 pilihan,kalau terdesak kita g jela private hospital..Yang terdekat panel ialah KPJ Kajang..dekat jela dengan rumah kan..

Banyak sikit la nak byr every month, RM150..kalau takde medical card RM100 aje..ikut hati nak amik kat zara sekali..tapi mcm tak mampu pulak kan..huhuhuh..takpe la janji semua dah ada insurans masing-masing..Kalau ada rezeki in the future, nak jugak amik medical card utk Zara dan diri saya sendiri..Sebagai persediaan kata orang kan..kira ni cover sampai umur ipan 25 tahun la..

Ipan boy sangat bertuah la yer..yg lain insurans bulanan tak sampai seratus pun,medical card pun takde..cian kak long..hihihih..takpe kalau ada duit lebih mama amik kat kak long sekali yer...wah byk la gitu insurans kakak ye..buleh mama tumpang sekali..kih3...



Mood : Happy sebab dah buat benda yg baik utk masa depan anak-anak ;)



Thanks sudi baca!

No comments:

Post a Comment