Yang gojes gojes je

Monday, October 3, 2011

...Selagi mereka ada...

Bila ibu bapa kita sakit,masuk hospital dan sewaktu dengannya,sebagai anak pasti kita rasa susah hati dan kalau boleh ingin menjaga dan menemani mereka apatah lagi jika hanya kita sahaja anak yang boleh diharapkan..Kesian pada beberapa orang rakan yang serba salah dan susah hati untuk mengambil cuti kerana emak/bapak sedang sakit..Kerana terdapat sesetengah bos yang tidak memahami masalah dan susah untuk approvekan cuti kita.Itu belum lagi ditambah dengan mulut-mulut sekeliling yang seakan tidak puas hati bila tengok kita bercuti seolah2 kita goyang kaki...

Dalam hal ini sesiapa saja pasti rasa serba salah..nak cuti juga bimbang diambil tindakan (jika kerja swasta) sebab ada orang tua yg on off sakit.jadi anak pun terpaksa kerap-kerap cuti balik ke kampung jenguk mak abah..Pada pendapat saya la...jika saya menghadapi masalah sama pun pasti rasa serba salah.Kerja itu penting untuk nafkah keluarga terutamanya untuk anak-anak kita.Jadi jika mak abah kita sakit cuti sahajalah walaupun pada hari kemudian akan dibebel oleh bos yg tak phm (satu hari nti dorang sakit anak dorang tak jenguk padan muka)..

ambil pendekatan begini aje,setiap perbuatan yg baik pasti akan dibalas dengan kebaikan..sama ada cepat atau lambat..mungkin hari ni kita dimarahi bos malah mungkin jugak dibuang kerja tetapi insyaAllah di akhirat kelak kita mampu tersenyum dek berkat doa ibu bapa kita dan berkat kita penat ke hulu ke hilir menguruskan ibu bapa kita yang sakit..

Di dunia ni apa sahaja kebaikan kita buat lebih baik disimpan sendiri sahaja,orang hanya menilai dari luaran tetapi dalaman hanya kita dan Allah sahaja yg mengetahui..Begitu juga kalau kita sembahyang,kita berpuasa tak perlu mengumumkan yg hari ini kita puasa,hari  ini kita solat.Kurang pahala pulak nanti...errrmmmm

Kita bersedekah,sedekah sahaja,tak perlu membuat announcement pada semua kawan2 di muka buku,twitter dan sbgnya.setiap hari kita puasa,solat pun tak perlu lah setiap hari kita umumkan yer..Begitu juga setiap kebaikan kita pada ibu bapa adakah kita perlu jelaskan secara 'terpeinci' lalu orang luar akan mentafsir oh ini anak yg baik...tak perlu la semua itu..ingat,Allah yg tahu sudah cukup.

Berbalik pada fokus utama, memang sukar membahagikan masa jika terjadi masalah di atas.Saya pun agak sibuk sejak ayah masuk hospital dan berulang alik sampai cuti pun dah habis..Tapi bila saya fikir, tak apalah..selagi mereka masih ada, kita buat apa saja la yg terbaik namun kita juga tidak sempurna dan kadang2 bisa mengguris hati mak abah..Apa pun berbalik kepada qada' dan qadar.

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada ibu saya Roslaini Elias dan ayah saya Abd Rahim Bidin jika selama ini saya telah mengguris hati kamu berdua..Setiap hari saya cuba menjadi anak yg baik dan memperbaiki setiap kesilapan saya sama ada disedari atau tidak...huhuhuhu tetibe lak entry syahdu :p

**Ingat,ibu bapa tidak boleh ditukar ganti..suami/isteri boleh..hikhikhik



 ini ibu saya..Roslaini Binti Elias..Saya anak sulung dalam keluarga.ceh mcm nak introduce diri laks

 ini ayah saya Abd Rahim Bin Bidin..Ayah saya kacukan melayu dan cina tetapi entah kenapa kulit ayah saya tak ikut nenek langsung..kekekekek..hurrmmm ayah hobinya berjemur tengah panas..kuikuikui

ini lah satu-satunya ibu dan ayah saya..dah tua..ayah dah 52 tahun..ibu 47 tahun..Semakin hari saya tengok kehidupan kami sekeluarga semakin baik dan mesra..alhamdulillah..


p/s:Allah sentiasa memberkati orang-orang yg sabar menerima dugaannya :)



Thank you for reading this entry!



2 comments:

  1. aku dulu pun, masa mak aku kena strok, laju ja cuti abis, tapi nak buat macam mana, sapa lagi nak diharapkan kalau bukan anak2, nasib baik bos aku baik sgt.. kalau nak pikir kata orang, mmg tak terpikir, tapi kita takkan mati kalo depa dok umpat kita pun, biaq depa merasa nanti. yang penting kita jaga keluarga kita... semoga ayah hang sihat macam biasa nanti.ameennn

    ReplyDelete
  2. aku suka ayat hang kita takkan mati kalau depa umpat kita pun.heheheh..

    ReplyDelete