Assalammualaikum
Saya tertarik dengan satu berita yang saya baca dalam suratkhabar Kosmo! tentang kes penceraian di negeri Perlis!Sebab kampung ibu saya kat Perlis...Hubby pun Perlis jugak.Saudara mara pun ramai kat Perlis.Perlis negeri kecil, rakyat pun sikit kalau nak dibandingkan dengan negeri lain.Tapi awas, Rakyatnya sikit, kadar penceraiannya tinggi!!
Sebanyak 450 kes penceraian telah direkodkan di Perlis sepanjang sepuluh bulan pertama tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri, Jafperi Othman berkata, lebih merisaukan kebanyakan kes berkenaan melibatkan pasangan yang usia perkahwinannya di bawah sepuluh tahun.
Omaigod sepuluh tahun???
Menurutnya, kelompok umur yang paling banyak dalam kes penceraian iaitu di bawah 40 tahun.
Katanya, tujuh punca utama menyebabkan berlaku penceraian telah dikenalpasti pihaknya.
Antaranya, kurang pengetahuan ilmu agama dan rumah tangga, perkahwinan pada usia muda dan suami mengabaikan tanggungjawab.
Selain itu, campur tangan pihak ketiga, suami berpoligami, masalah komunikasi dan ekonomi juga menjadi faktor.Menurut Jafperi, bilangan kes penceraian yang berlaku pada tahun lalu iaitu sebanyak 522 kes dengan kaum Melayu adalah yang paling banyak.
Sedih..kaum melayu paling banyak bercerai?Sedangkan sebagai umat Islam kita tahu perkara halal yang dibenci Allah ialah penceraian.Jadi mengapa atau kenapa perlu bercerai?
Pasal kahwin usia muda tu, saya rasa memang banyak kes terutama dalam kawasan Felda.Saya tengok sendiri, kanak-kanak dan remaja di Felda mudah sangat terjerumus dalam kes begini.Daripada budaya bercouple kemudian sehingga berzina, mengandung luar nikah dan terpaksa kahwin sedangkan usia begitu patut berada di sekolah menuntut ilmu.
Ada yang lepas kahwin tapi suami takde tanggungjawab, tak bagi nafkah dekat anak bini, tak balik jenguk anak bini.Perkahwinan 'mee segera' beginilah yang menjadikan kes perceraian di negeri ini agak tinggi.
Sedih tengok kanak-kanak ni dah pamdai berdating pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang depan orang ramai.Lepas peluk2 pinggang peluk apa pula?Fikirlah sendiri.
Dalam hal ni ibu bapa harus pantau aktiviti anak-anak, jangan biar bebas keluar sana sini,bebas bawak motor ke pekan sedangkan baru darjah 6!ni yg saya tgk dgn mata kepala sendiri situasi kat sana.Ibu bapa memainkan peranan penting.ingat ibu-ibu bapa-bapa sekalian!!
p/s : teringat kawan sepermainan yg jumpa setahun sekali balik raya umah wan di felda, semuanya kawin muda lepas tu bercerai berai!
rmai org kate, kawen mude2, rmai cerai,, nape ek,, maybe lum bersdia memikul tgungjwb kot,. ekonomi pon masih lum kukuh maybe.. fikiran pun xberapa matang,, hee.. juz pdgn.. :)
ReplyDeletedepends yang.akak kawen muda jugak,23.yg pntg kene ada keje tetap,ekonomi agak kukuh untuk tampung keluarga dan yg pntg bersedia 100%.
ReplyDeleterisau akuu...dua2 orang perlis neh..kakakkaa..
ReplyDeletesimpang jauh2..jangan terjadi pada diriku..