Yang gojes gojes je

Monday, December 26, 2011

Family mertua Part 1

Hari jumaat malam minggu lepas family mertua datang rumah.Dorang dari Perlis menghantar pengantin ke Pantai Remis lepas tu terus ke KL.Malam dorang sampai tu me masak mihun ladna je..habis licin pinggan, tak cukup untuk mak mertua..hehehe..pastu hubby g tapau lak mee goreng kat mak.huhu!Kena masak kuah banyak lagi la sebab dia pekat,Ingat dah penuh kuali cukup untuk dorang.

Sabtu keje pulak tapi g kejap je lepas tu balik rumah bawak family mertua pergi tengok rumah kitorang.bertuah sebab pemaju bukak kunci so dapatlah dorang melawat dalam rumah.lepas tu singgah umah my mom, makan tengah hari kat sana.Lepas tu balik rumah rehat2, petang g umah makcik pulak,adik bongsu MIL.Makan petang kat sana,lepak2 lps maghrib kitorang gerak ke I-city lak..

Hazab betul nak ke sana, dengan jem berjam-jam sebab ramai g sambut krismas kat sana kot.haha!Adik-adik ipar je masuk rumah salji tuh.Dorang selamba je pakai sandal, lepas tu masuk kejap keluar balik sebab masing2 dah beku.hahahaha!tu la saya tak masuk lagi situ..tobat nak masuk lagi.bukan best pun.dah ler mahal, tak terurus pulak tu.baik g genting bayar 35 main mcm2 kat luar tuh.

Esok pulak kitorang g the mines je sebab masa dah suntuk,dorang nak gerak blk perlis dah mlm tu sebab abah ada meeting guru-guru besar.Asyraf pun keje jugak.Kitorang naik bot kat tasik tu.lagi best drp i-city.sory nak pergi sana lagi dah.hehehe..

Petang lak me tungkus lumus kat dapur.Sempat la siapkan ayam masak lemak cili padi, rendang daging, sayur campur, telur dadar dengan ikan goreng.heheheh..nebes je tgk dorang makan,entah sedap ke tidak.huhu!tanya hubby nasib baik dia kata ok...:)

Jom tgk sket gambar yg ada.tak transfer ke lappy lagi.gambo hp jek yg ada.


bergambar sebelum tunggu bot sampai.jejaka2 yg ramai tu adik2 ipar saya.hensem2 kan?termasuk la suami saya.ahaks


ni lepas naik bot, g makan claypot dekat foodcourt.anak jupun tu makan byk sungguh!


bersaantai di atas bot


org nak amik gambo dia,dia sibuk lak nak cabut bola kat pokok krismas tuh.


peace yo!


gemok kan saya?haha


bot benti kat pit stop so bleh bg ikan dengan angsa makan.yg tembun belah kanan tu adik ipar saya yg bongsu,nak masuk form 1.

~
~
~
~
~
sambung lagi nanti ek :p

4 comments: