Assalammualaikum..
Alhamdulillah jumaat dah hari ni..nak try siapkan keje hari ni jugak sebab nak OT sampai malam memandangkan hubby ada meeting dekat serendah n bawak kete, dah tentu ler jem nak sampai JKR nih.Amik kesempatan siapkan keje la..Nama je buat OT tapi malas la nak claim2 kecuali dtg weekend.Kalau keje siap, esok tak payah datang la..Sebab plan nak bawak Zaraa tgk Alvin and the chipmunks.Tak pernah lagi bawak dia masuk panggung.Harus la kena tambah lagi satu seat kan.huhu!
Sejak Zaraa besar, kalau kitorang makan luar mesti dah kena order untuk 3 orang.Dulu dia share2 je makanan me n hubby.Sekarang confirm kene order air untuk dia.Selalunya bagi dia minum air masak je takpun ais kosong sebab takmo bagi dia minum manis2.Tapi dia pandai demand dia minum air kita lak.sudahnya kita yg minum air masak tu.haha!
Malam tadi pukul 9 kitorang makan dekat Wan Mad tomyam and western food.Ni tempat feveret kitorang la,dekat je dgn rumah.Nasi putih kena order 3 pinggan dah.Zaraa makan banyak sekarang ni.Kalau share nasi dengan mama, mama tak kenyang.kekekekekke
Order kerapu masam manis, tak puas lak makan.Zaraa je meratah ikan banyak mana dah..huhuhuhu..ipan boy pulak kalau makan luar mulut bising selagi tak suap dia.habis dia telan dia bising lagi nak nasik.makan memang kelam kabut la sekarang.takde feel dah.
Makan KFC pun macam tu jugak, kena order dekat Zaraa jugak.Dulu amik yang 3 ketul ayam tu, seketul bagi dia.Sekarang tak cukup.kena order lebih.makan apa-apa jelah sekarang ni memang kena order untuk 3 orang.nanti ipan boy besar , kena order untuk 4 orang pulak.hmmmm kene jimat2 tak bole selalu makan luar lah camni..hehehehe
Esok malam family mertua sampai KL.2 bijik kete dengan maksu sekali.hopefully rumah yang sempit tu selesa la untuk dorang.pandai2 la yer tido bergelimpangan.hahahaha..errmmm saya ada nak jual la perabot dekat rumah tu.ada yg tak nak pakai dah.Nak buang je ikut hati tapi tgk elok je lagi sayang pulak.umh dah byk brg sgt,klu rumah besar takpe.nak pindah tahun depan pun saya nak jual byk brg2 dekat rumah tu.Antaranya kabinet dapur tinggi,kabinet dapur rendah 2 pintu, kabinet dapur masak 2 pintu, rak tv, meja makan 4 kerusi, dengan coffe table kaca.siapa berminat boleh booking dulu ye.hehehehe
thanks baca!
No comments:
Post a Comment