Kalau dengar lagu Kisah Dongeng by Stacy, secara otomatik mesti teringat dekat Zaraa lepas tu saye akan tergelak sorang-sorang bila ingatkan balik gaya dia menyanyi tang chorus dengan penuh perasaan.Siap amik pegang torchligth kecik tu jadikan konon-konon microfon la.
Nyanyi penuh perasaan sampai berkerut2 kening, muncung2 mulut.Dia takde la hafal penuh lagu tu.tang lirik "mencintai aku dengan ceadanya" tu penuh, lirik lepas tu lompat-lompat je suka hati dia.lirik "sedu hiba" tu adala dia sebut.Pantang dengar lagu kemain lagi nyanyi.papa dia selalu tengking sebab bising gila.Suara dah la nyaring.Dalam kete pun nyanyi jugak time org bercakap.Dah kene tengking lagi dengan papa.huhu!
Semalam masa lunch kat ayam penyet, saya punya marah la dgn dia sebab merayau2 dalam restoran.Papa pulak g basuh tangan.Saya panggil, marah, jegil mata, ckp nak rotan dia buat dunno je.Dalam hati ni kan siap kau kak long mama dpt japgi mama cubit2 tangan tu.geram ni gerammm..
Lepas tu dia boleh buat aksi badut sarkas.Jalan tertunduk2 mcm org tengah skodeng sambil jeling kat saya lepas tu sengih2.Dengan mimik muka dia tu, sebijik cam badut tgh buat show nak bg budak2 gelak.Serius rasa marah td terus hilang sekali gelak sorang2 tahan geli hati.Pandai pulak budak ni buat lawak nak bagi kita tak marah dia.Banyak akal dia tau.Sampai ke rumah ingat balik aksi dia tu mengekek2 saya gelak.kak long kak long..
Dah la makin gemuk, badan montok2 je dah.pipi dah cam belon, nampak mulut dgn hidung tu tenggelam.kakakakaakak.Makan banyak budak ni skang.Lps makan bubur nasi semangkuk penuh siap mintak biskut lagi.kat rumah mesti ada je stok biskut dgn roti waffle tu sebab dia mmg mintak tak kira waktu.papa cakap kak long gemuk sampai dah nampak tetet!kuangkuangkuang
hahahhaa..pandai la Zaraa...
ReplyDeletehahahhaa...