Yang gojes gojes je

Tuesday, December 20, 2011

adik-adik..jgn berlebihan bila bercouple

Dengan adanya laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya, kadang-kadang kita leka menggunakannya.(dah 2 minggu tak bukak fb).Ada yang suka marah-marah orang update status kat fb, yg feeling2 pun sama, macam2 la..susah jugak nak komen sebab kita bukan baik sangat nak cakap hal orang kan,lagipun itu dah fb dia, suka hati dia la.tak payah kita pulak nak sentap sorang-sorang.

Cuma apa yg saya tengok sekarang ni muda mudi tak segan silu dah meluahkan rasa cinta pada pasangan masing-masing melalui facebook.Belum bertunang (ada juga batas2nya) apatah lagi kahwin, tapi semua orang tau kita bersayang2,berhubby2,berdaling2,berbaby2,berhoney2 dan macam2 lagi panggilan manja giteww.

Kita dulu bercinta jugak, tapi panggilan manja tu hanya kau dan aku sahaja yang tahu.Bimbang kalau dengar kat org lain boleh rasa malu+kegelian..kekekeke..teringat zaman bercinta dulu la..ahaks.lepas bertunang panggilan manja sikit takde saya awak lagi.Tapi ada org pelik kenapa panggil mcm tu.kawan2 pun tanya.ahahaa..sampai sekarang lekat 'abang' 'adik'..susah nak ubah dah.MIL tegur anak dia suruh ubah panggilan tu.dah kawen panggil bini adik lagi.haha.dah try, tak boleh rasa janggal sangat.huhu!

Back to the topic!Sekarang ni dah tak segan silu.kekadang meluat pulak kita yang baca ni..bukan meluat apa la,rasa geli miang kot..agaknya sebab kita rasa benda tu janggal pada kita.Mungkin org lain rasa benda tu normal.tak kisah bersembang sayang2 baby2 honey2 bagi semua orang baca!

Zaman bercinta dengan zaman berkeluarga memang jauh bezanya.Cinta itu tetap sama, tapi dalam definisi dan pengertian yang berbeza.sangat berbeza.kadang2 bila ingat balik time2 bercinta dulu, rasa nak gelak pulak.Ada jugak buat benda2 bodoh macam tu kan.Dunia remaja kan.haha!

Bila dah berkahwin,ada anak, bila ingat semua tu balik rasa sweet je, boyfriend romantic giler, caring giler, sayang giler, semua giler la senang!Bila dah kawen, romantic,caring,sayang tu sangat berubah pengertian dan maksudnya.isteri2 paham sendiri la ye..bandingkan rasa cinta dulu dan sekarang (yg dah kawen+ada anak) mesti korang rasa perbezaannya kan? :p

So pls adik adik tolong ada rasa malu sikit, bukan ada ikatan sah lagi, jangan terlalu mengagung2kan cinta anda berdua, bila tak jadi malu nanti,orang pun mengata.Simpan saja semua tu dalam hati, tau tengah bahagia, tapi berjaga-jaga ya...:)



4 comments:

  1. hahahahahahahhaahhaaa....

    aku pun dah lama tak update fb..baca blog lagi baguih kot

    ReplyDelete
  2. Guwa setuju. Kalau guwa, guwa post status cinta guwa pada sungai jerr. Ingatlah cintailah sungai kita seadanya pun hadui. Hahah.
    :D

    ReplyDelete
  3. hehe... betul kak Rai... memalukan.. apa lagi kalau mak bapak dgr, apa dorg rasa?? kakak2 & abang2 dorg???? heshhh... geli aaa.. maluuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete