Yang gojes gojes je

Thursday, December 15, 2011

Wishlist 2012

Assalammualaikum


Dah nak masuk tahun baru mesti korang ada azam dan impian masing-masing kan?cuba tanya diri sendiri azam-azam tahun sebelumnya tercapai tak?hahahha..saya nak tanya diri sendiri gak.ahaks

Errmmm rasanya takde la azam apa-apa sangat sebab setiap hari adalah hari untuk menanam azam dalam diri supaya menjadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik dan sempurna.

Cuma ada la sket angan-angan nak dapatkan apa tahun depan ek?Mestilah yang rasa-rasa mampu dimiliki.Takkan nak berangan beli ferrari lak.Sampai mati pun tak dapat.hehe..my wishlist for 2012 is...


1)Hias rumah baru
   InsyaAllah tahun depan boleh pindah rumah baru dah.tak tau bulan berapa dapat kunci.Sekarang pun dah  90% siap dah.Jadi saya bercita-cita nak renovate,beli perabot baru dan hias rumah secantik mungkin mengikut kreativiti sendiri dan juga mengikut bajet yang ada.yang paling tak sabar nak buat,nak decorate kolam kecik depan rumah.Lepas tu bela ikan dalam tu.syioknyaaaaaa :p..petang2 lepak minum teh dan cekodok bilis sambil tengok kak long dengan adik main kejar-kejar.bahagianya...amennn ;)

2)Berjimat cermat
   Saya berazam mahu berjimat cermat, tak nak boros macam sekarang.Sebab tahun depan dah kena bayar duit rumah sebanyak 1K, iaitu sekali ganda dari sewa rumah sekarang.huhu!Jadi saya kena belajar berjimat dan berfikir sebelum berbelanja pada sesuatu yang tidak penting.yes!haha!

3)Banyak membaca buku-buku ilmiah dan novel inggeris
   Februari tahun depan dah habis study insyaAllah, jadi tak perlu lagi la nak mengadap modul dan asmt.Dah lama sangat tak meneruskan minat membaca buku2 ilmiah dan novel inggeris.sejak keje gomen ni dah jarang gunakan bahasa inggeris.nak praktikkan kang org ckp aku eksyen lak nak speaking bagai kat opis.hahaha!lidah ni dah liat sebab dh lama tak speaking.huhu!

4)Nak bercuti dekat pulau
   Tak lupa jugak nak bercuti bersama family.target nak pi pulau perhentian.takpun pulau kapas.yang cantik2 la.nak g Bali tak mampu.haha!

5)Kereta kecik baru
   Kalau tahun depan dapat kerja lain yang sesuai, nak beli kereta viva yang comel tuh.(bagusnya nak tmbh hutang lagi kan!)Sebabnya senang bwk kete kecik nih.Bwk kete panjang jadik tak cekap.nak reverse pun terhegeh2,masuk parking pun tersemput2.haha..hubby bila nak pasang reverse camera?

6)Beli Ipad
   Bukan sebab nak ikut orang beli ipad kita pun nak beli.tak..tapi nak beli bagi anak-anak main.Sebabnya dorang suka main hp je,lama-lama kang rosak lak.jadi kena beli Ipad so boleh la dorang main game (rasa2nya perlu ke bagi budak kecik main bende ni?)

7)Pasang TV dalam kereta
  Ni pun penting jugak ni sebab my kids bukan duduk diam dalam kete.Kalau psg tv bagi tgk kartun hrp2 la dorang bole duduk senyap.harap-harap ye.haha!

8)Nak kuruskan badan
   Ni azam yang paling susah dicapai.Mulut kata diet, makan pun cuba kurang2kan tapi tak kurus2 pun.kakakakaka

9)Tukar motor baru yang selesa
   Saya kan naik motor g keje dengan hubby.sakitnya la bontot ni ha sementara nak sampai rumah.Atas motor tu memang kebas la bontot ni sampai peha.kira kalau cucuk jarum time tu memang tak rasa la.hahahah!jadik saya suggest kat hubby carik motor yg kusyen dia selesa dan confirm tak sakit.So hubby cadangkan skuter yg besar gedabak tuh.sebab kawan dia ckp mmg selesa tak sakit bontot,tak lenguh langsung.tak dapat bygkan la naik skuter tu.cam kelakar je,hahaha!hubby, nak dating naik superbike eh?ehem-ehem..huhu! :p

Sekian saja angan-angan nak beli semua kat atas..kita tgk nti tercapai ke tidak.hehehehe..insyaAllah kalau ada rezeki ;)



Thanks baca!

3 comments:

  1. Yana..toksah viva2..ko kan dah ada kelisa weh..
    kelisa lagi comey..

    aku berazam nak beli viva lepas tengok ombak rindu..maya karin bawak viva wana biru..
    kahkahkah..motip utama nk bagi nampak cun macam maya karin..huuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. kelisa tu ayah aku sambung bayar,ayah aku amik la.tak jadik kete aku dah.hehe.tu nk beli baru tu..klu ada byk duit.takde duit tgu hbs byr alza la baru beli.kih3

    ReplyDelete
  3. owhh ingatkan kelisa tu dgn hang lagi..kekekeke..
    weh 31 hb balik dak kenduri kawen bugih??

    ReplyDelete