Assalammualaikum
Seronok dengar cerita kawan2 yang bersalin.Teringat la experience sendiri dulu.Setiap orang ada bahagian masing2.Ada yg mudah bersalin, ada yang payah bersalin.
Alhamdulillah saya kategori mudah jugak kot.Sakit tetap sakit.Siapa kata beranak tak sakit?Siapa yang tak rasa sakit langsung tu memang bertuah la dipilih Allah untuk tidak merasa kesakitan itu.
Sebenarnya kesakitan itulah nikmat bagi perempuan yang sedang bertarung nyawa melahirkan bayinya.1st time bersalin dulu, lama jugak sakit sebab anak sulung kan.dekat 8 jam jugak contraction baru la saya teran kak long lebih kurang 8 minit baby keluar.
Masa tu memang gamble la bersalin betul2 secara alami dan semulajadi.Tanpa bantuan epidural,gas etonoks dan juga induce.bertuah kan.
Anak kedua pulak cepat sikit,sebab dah ada laluan kan.Sejam lebih contraction yang amat menyakitkan, irfan pun keluar.Sama jugak teran beberapa minit je.Nasib baik pandai teran.huhu
Beza keduanya, lahirkan adik sakit berganda2 drp kak long.orang kata anak lelaki mmg lagi sakit eh?tak tau la.Masa tu mintak something utk bg kurang sakit.Tapi tak mintak epidural sbb kalau boleh tak nak cucuk.Jadi nurse senaraikan la pilihan2 yg ada.Saya amik gas etonoks.
Seriously gas etonoks langsung tak membantu saya.Saya jadi lemah,mengantuk dan nak pitam ada la.Tiap kali sedut gas tu, saya rasa khayal nak tertido.pening sgt.tapi sakit tu kejap je hilang lepas tu contraction tu rasa balik.Nurse asyik suruh sedut gas bila dia tgk saya dok menahan sakit.Tapi saya tolak je gas tu sebab langsung tak membantu pun.Bimbang dok sedut saya pengsan terus dah tak boleh nak meneran nanti.
Bukaan masih 6cm, saya tak tahan mintak epidural jugak.lantak la.yg penting sakit ni dapat kurang.Bila nurse check bukaan dan 7cm, dah tak boleh cucuk epidural.Hampa!contraction ni datang sekali sentap!dulu dia datang sikit2.Tapi sebab sekali sentap sentap tu la saya cepat bersalin.means tak lama la saya tahan sakit tu.
Alhamdulillah baby selamat dilahirkan..siapa kata beranak tak sakit?bagi saya kesakitan beranak adalah sakit paling sakit dalam dunia!sebab tu orang kata perempuan bersalin ni bertarung nyawa antara hidup dengan mati.zaman dulu teknologi dan alatan perubatan tak mencukupi, peratus wanita mati melahirkan anak memang tinggi.Sekarang ni dah mudah, uri sangkut ada caranya, tali pusat lilit kepala baby pun ada caranya.tak usah risau.ajal maut di tangan tuhan.
Tahu tak , kesakitan tu adalah nikmat paling berharga.Sebab itu syurga di bawah tapak kaki ibu.Dan hari ini pun bila tengok anak makin besar daripada meniarap,merangkak,berjalan terkedek2, serius bila ingat balik saat kesakitan tu secara automatik air mata akan mengalir.Kenapa??sebab 'kesakitan' itulah..hasilnya?tersenyum bahagia bila tgk si kecil.
Saya tak pernah rasa serik untuk mengalami kesakitan itu lagi.Kerana kesakitan itu telah mengajar saya banyak perkara yang baik, yang saya lupa atau lalai selama ini.
Sungguh, saya mahu merasai kesakitan itu sekali lagi bila tiba masanya.dan harapnya untuk kali ketiga nanti suami dapat menemani saya.tak mahu 'sakit' seorang diri lagi ;(
Suami-suami, pls..hargai isteri anda dan sayangi mereka sepenuh hati.Siapa tengok isteri beranak?Kalau korang tak rasa insaf tak tau la..hehehe
p/s:kita hanya merancang,Allah jua yang menentukan.
Thanks baca!
No comments:
Post a Comment