Assalammualaikum
Saya nak share sedikit ilmu yang saya dapat semasa mengikuti kursus motivasi bersama Datuk Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah.Saya tertarik dengan part "Maafkan semua orang nescaya hidupmu akan tenang dan bahagia".
Kadang-kadang kita fikir kenapa hidup kita ni tak sempurna macam orang lain.Saya bagi contoh :-
1) Dah lama aku kahwin kenapa sampai sekarang masih belum dikurniakan cahaya mata?
2) Kenapa anak aku degil sangat?macam-macam masalah dia buat.Tak tahu macam mana nak didik dia lagi
3) Kenapa aku selalu je takde duit?Dapat gaji je habis.Hutang keliling pinggang
4)Kenapa aku susah tidur malam?Ada saja perkara yang mengganggu fikiran
5)Kenapa aku ni susah nak bersalin?Beranak je sakit sampai separuh mati,orang lain senang je beranak, tak sakit langsung pun.Aku??Sampai 24 jam menahan sakit tak jugak beranak.Serik!
6)Kenapa pintu rezeki seolah-olah tertutup untuk aku?
7)kenapa suami aku main kayu tiga?kenapa kami kerap bergaduh?kenapa suami aku ceraikan aku?
Itu antara contoh perkara-perkara yang banyak mengganggu fikiran kita sebagai manusia.banyak lagi tapi cukup tu je saya bagi contoh.
Kita tak sedar, dalam hidup ni kita ada melakukan kesilapan, menyakitkan hati orang lain, membuat hati orang terguris dan menangis.
Kita juga tak sedar, kita berdendam pada orang yang pernah menganiaya kita, memfitnah kita, menyakiti hati kita hingga kita tidak memaafkan perbuatannya pada kita.Siap sumpah-sumpah lagi orang tu.
Sedar tak kita buat kesilapan paling besar dalam hidup?Sedar tak dengan menyimpan dendam pada orang lain, Allah tidak akan membuka pintu rezeki pada kita?Sedar tak bila kita ditimpa kesusahan itu adalah petanda peringatan dari Allah untuk kita?Ya..kita tak sedar.
Untuk memperoleh ketenangan dan kebahagiaan hidup, MAAFKANLAH semua orang yang pernah buat salah pada kita.REDHA dan MAAFKAN mereka dengan ikhlas, seikhlas2nya.Selepas anda MEMAAFKANNYA, BERDOALAH pula untuknya.
Memang sukar untuk memaafkan orang lain bukan.Cuba kita fikir bila kita mati nanti kita nak tak orang lain maafkan kita???sudah tentu nak bukan?Jadi kenapa sukar untuk memaafkan orang lain??
Mulai hari ini, MAAFKANLAH perbuatan musuh-musuhmu, doakan musuh-musuhmu supaya mendapat hidayah dari Allah.InsyaAllah hati anda akan tenang, wajah anda akan berseri-seri.Bersolatlah dan amalkan Doa Pembuka Dua Belas Pintu dan lain-lain doa yang boleh diamalkan.
Saya???Ya, saya dapat rasakan ketenangan itu selepas saya memaafkan perbuatan seseorang pada saya.Malah saya mendoakan dia pula.Ketenangan dan kelegaan itu hanya saya yang rasai.Terima kasih tuhan kerana mengingatkan aku yang terleka dan lalai.
"Sebaik mana pun seseorang itu, jika dia tidak bersolat 5 waktu, dia bukanlah orang yang baik".wallahualam
Terima kasih sudi baca
setuju tu...belajar la memaafkan orang lain kerana itu adalah ubat yang terbaik buat hati kita...
ReplyDeletepernah marah pada seseorang, bila hubby kata cuba maafkan dia, jiwa tenang kembali....
ReplyDeleteALLAH maha mengetahui segalanya...
MEKJANGOK:Ya betul tu
ReplyDeleteQHAIFA NUR: kadang2 sukar utk kita maafkan perbuatan org pada kita,tapi bila kita bukak hati betul2 redha, tiba2 kita rasa sayangkan hubungan tersebut.setiap manusia melakukan kesilapan.jika kita maafkan salah org insyaAllah org pun akan maafkan kita