Yang gojes gojes je

Wednesday, October 31, 2012

lagi rumah dirompak!

Assalamualaikum..


Sakitnya hati bila dapat tahu dari seorang pembaca blog ni yg juga jiran belakang rumah saya, malam tadi rumah kat jalan 11 dimasuki perompak!baru sahaja minggu lepas 2 buah rumah dimasuki perompak dan lebih menimbulkan kemarahan penghuni rumah diikat!mana polis ni?masa saya mula-mula pindah saja dah dengar 3 kes pencuri masuk rumah, termasuk rumah saya sendiri!walaupun hanya laptop buruk sahaja yg dicuri, ia telah membuatkan saya trauma apatah lagi bila dengar berita rompak siap ikat lagi.Rasanya banyak kes tapi kenapa polis masih tak dapat tangkap durjana-durjana ni?takkan lah nak tunggu kami semua buat rukun tetangga sendiri, lepas tu dapat tangkap pencuri tu dgn tangan sendiri?

Sebab tu saya tgk kebanyakan rumah menggunakan alarm system dan cctv..tapi bak kata polis kalau dah nama penjenayah tu pasang alarm system paling canggih pun, dia nak masuk, masuk jugak!sebagai orang islam saya hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah saja..bukan kisahkan sangat barang-barang dalam rumah tu, yg berharga cuma lah tv dan lain2 peralatan letrik..nak kata tak kisah pun tak boleh jugak kan sebab hasil titik peluh bekerja la kita membeli semua tu..tapi apa yg lebih membimbangkan adalah soal keselamatan keluarga terutamanya kanak-kanak dan orang tua..mungkin perompak itu hanya mahu merompak sahaja, tapi kalau dah diri tu tak ubah seperti syaitan, merogol dan membunuh pun tidak mustahil.

Tipu kalau saya tak rasa ketakutan..tidur malam tadi pun macam tak lena, asyik terjaga dan telinga sangat sensitif kalau terdengar bunyi sikit pun.kalau setiap hari macam ni, tahap kesihatan pulak yg akan terjejas sebab tak cukup tidur.sejak kes rumah kami dimasuki pencuri tu pun, tiap hari balik kerja mesti mata akan tengok tingkap bilik utama tu dulu..sebab situlah dulu pencuri tu masuk...yg menghairankan saya, bagaimana perompak yg masuk rumah kat jalan 11 tu boleh lepas guard??waktu malam pulak tu takkan guard tu takde langsung sensitiviti nak periksa?atau mungkin bersubahat?atau perompak masuk melalui hutan pokok sawit kat belakang tu yg hanya dipagar oleh pemaju dgn pagar dawai hijau?

saya cuma berharap polis dapatlah selesaikan hal ni bukan setakat ronda kawasan je..dan pastinya saya hanya mampu berdoa supaya keluarga kami tidak akan menjadi mangsa..terutama sekali anak2 ku yg masih kecil..Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga dari gangguan syaitan dan iblis, serta dari kejahatan manusia.lindungilah juga saudara2 kami yang lain..ameennn..

Tuesday, October 30, 2012

cantiknya.....

cantiknya bracelet ni..sukaaaaa..huhuhu...thx kat kak bi, bagi bracelet yg dibeli masa g korea hari tu..cantik sangat...alhamdulillah..selain bracelet ni kak bi bagi al quran terjemahan, yg sangat la saya suka..sebab kecil, sarung macam diari dan boleh dibawak ke mana-mana sahaja..suka sangat..dan shawl hijau pucuk pisang tu...sgt cantik dan lembut kainnya...mekasih kat kak bi...will always remember u..sporting and always support me...huhuhu...*tak sabar lak nak pakai.lalalala :p

sedih

Assalamualaikum w.b.t


Maka tamatlah jamuan perpisahan..perut pun sudah kenyang makan mihun sup sodap!heheehe..kena bg ucapan pulak....aku dah sebak padahal cakap mintak maaf, mintak halal,terima kasih itu je..kah kah kah...susah kalau hati ni jenis mudah tersentuh..sikit2 nak sedih.hehehe...sebelum balik nanti aku nak salam dan mintak maaf kat semua orang yg ada la..iyelah kita kadang2 tak sedar kita ada mengguris hati org secara sengaja atau tidak kan..kata-kata nasihat drp en shupian insyaAllah akan aku ingat sentiasa..minggu depan majlis perpisahan en pian la pulak tu...

Pas tu dapat hadiah lak drp unit operasi..siap ada hadiah lagi..kerlazzz...huhuhu..dapat hadiah drp kak bi jugak dengan che moh...kak bi cakap dia bagi aku al quran terjemah dgn tudung..dia pesan jadikan al quran ni sbg pegangan dlm hidup...insyaAllah kak bi..aku suka sembang dgn kak bi hal2 keagamaan.agaknya sebab tu la dia bg aku al quran kot..ehehhe...che moh lak bg aku buku bertajuk 'pesona solat tahajud'..ni pun sama..che moh tau aku suka baca buku-buku agama, terus dia bagi aku buku agama..hahahaha...telekung je aku tak dapat..ada sesiapa nak bagi tak??hihihi

Lastly terima kasih kat semua orang atas kerjasama, pertolongan dan tunjuk ajar selama ku berada di unit operasi..mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki dan halalkan makan minum..semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t insyaAllah..

last day

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini adalah hari terakhir aku di unit operasi bahagian kewangan jabatan kerja raya Malaysia..hari ini juga hari terakhirlah aku dihantar oleh suami ke pejabat huhuhu..mulai esok aku kena drive sendiri laaa.....*tetibe menyesal mintak tukar ;p

Hari ni ada jamuan perpisahan..untuk meraikan *eh bunyi mcm suka je kitorang tukar keh3*
aku,fizah,ain dan en shupian yang akan bertukar serentak..mekasih la semua rakan sepejabat yg sudi buat majlis makan-makan untuk kitorang..siap ada hadiah lagi tu..aku nampak diorang pi beli.kah kah kah!

Act sedih jugak..yela dah biasa kat sini.senang kat sini..kat tempat baru entah apalah yg menanti ek?berdebar lak..hahahaha..kerja byk tak kisah, asalkan environment menyenangkan..tau je la kalau pejabat kerajaan ni kan..malas nak sebut.hehehe

Esok pukul 8 aku gerak la ke KDN Putrajaya lapor diri..lepas lapor diri kat sana barulah KDN keluarkan surat penempatan dalaman ke Jabatan Penjara..aku just harap diorang dah prepare surat dan tunggu aku lapor diri je..buatnya surat tak buat lagi, mampus aku kena duduk kat KDN tu sampai dapat surat..huwwwaaaaa tak nak!kalau dpt surat hari tu jugak, lepas lunch hour la aku lapor diri kat penjara.harap2 dpt tempat cepat la..boleh lak aku risau takde meja hahahah..aku decide nak amik WP1 boleh blk awal..hubby tukar amik WP3 sebab nak hantar Zaraa g sekolah pagi tu..Zaraa masuk pukul 8 pagi.jadinya takde la ibu aku kena hantar dan amik..dia just amik Zaraa je dari sekolah..kesian gak kat ibu aku penat nak hantar amik cucu,adik aku lagi, jaga dua kenit yg lasak tu lagi.harap2 semua rancangan ni berjalan lancar..ameennn..

Oh, hubby bgtau aku semalam, terkejut aku..terus trauma aku datang balik..ada dua bijik rumah fasa 2 kena rompak malam..perompak tu ikat tuan rumah dan ahli keluarga lain.satu rumah cina kat corner lot tu, satu lagi rumah melayu..aku agak melayu yg belah hujung corner lot tu jugak sebab umh dia nampak mcm orang kaya la..mujur tak diapa-apakan.aku rasa la indon buat keje ni kot.sbb kalau bab rompak ikat ni selalunya diorang..entahlah..skang mmg aku nampak polis rajin ronda.sabtu ni penduduk nak buat meeting nak buat giliran jaga malam..so far tak boleh nak amik guard persendirian lagi sebab fasa 3 masih tak ramai org duduk..jenuh mahal la nak byr nti..yg ada cuma guard pemaju.guard tu jaga kontraktor keluar masuk je.aku risau jugak..huhu..hubby ckp takde perompak nak masuk rumah kita...tgk rumah pun biasa2 je, perompak pun tau bukan orang kaya byk harta...ehehehe..betul gak kan..tula..kdg2 aku piki umh cantik,mewah,besar2 pun jadi sasaran org jahat jugak..baik la umh biasa2 je,sederhana,tak over, org pun tak bajet oh dia ni nampak mcm kaya, mesti ada something bernilai dlm rumah dia.apa pun kami hanya bertawakal kepada Allah sahaja..ibu aku ada cakap suruh buat pendinding rumah..entahla..keyakinan aku hanya pada Allah je, harta tu semua bukan milik kita kan, hanya pinjaman je..kalau jadi yg buruk, mungkin itu adalah kafarah kpd dosa-dosa kita yg lalu, untuk peringatan kpd kita..insyaAllah, aku yakin Allah akan melindungi kami sekeluarga..ameen...

entry bergambar

daging black pepper..sumber adalah daging korban.ngeh3.

 

dinner malam tadi.simple je.aku takde masa nak masak byk2 kalau hari kerja.:p

 

daging sebelum dibakar.bakar dalam oven je.ni aku potong kecik2 pastu letak kunyit dgn garam je.nak rasa lain aku letak black pepper,white pepper,sikit kunyit dgn garam.

 

bersiar-siar di petang hari.

 

nak menempel gak.hahaha..ondway g ikea sabtu hari tu.


ok tadaaa....

Monday, October 29, 2012

hello tuesday!

Assalamualaikum w.b.t


lamanya nak tunggu jumaat.huhuhu...semalam hubby tunjuk jalan nak g jabatan penjara.pusing la sampai depan guard tu.besar tempat tu..ada maktab dan macam-macam lah..nak masuk pun polis takpun warden yg jaga kat depan tu.orang luar kena tinggal ic.kecuali untuk staff je lah kot.nampak macam best je tempat tu..hehehe..act berdebar jugak ni..macam 1st time lak nak lapor diri masuk keje gomen.kih3..hari khamis ni aku kena g sensorang la putrajaya tu lapor diri kat kementerian dalam negeri.hubby aku pergi court plak.mau aku sesat dalam putrajaya tuh.huhuhu..lepas lapor diri amik surat kena g jabatan penjara lak lagi lapor diri..harap2 semuanya berjalan dgn lancar..ameen..act hubby aku lbh suka aku keje kat kl sbb dia bole hantar.cuma kat kajang ni dekat la,apa2 hal kecemasan ke aku pecut balik je..pastu tak jem.takpe la..sampai bila nak selesa duduk jkr ni kan..muda lagi kena byk amik pengalaman.cayookkk!!hahaha

Aku cirit birit pagi ni..penangan makan sambal belacan kot malam tadi..aku masak udang sambal petai dgn daging bakar,sambal belacan hubby buat..sedap tau dia buat.sebab tu aku suruh dia je..hahahaha..tambah 2 kali nasi laki aku tu..lupa diet terus..pastu sound aku esok jgn masak.kah kah kah..aku pun mkn nasi gak tapi tahan diri tak mau tambah..lambat la aku nak kurus ni..org makan acai berry tu tkde selera makan.sebab tu seminggu boleh turun 3kg.aku lak berselera je makan.hahahaha..takpe la, aku kena gigih joging je kot..:(

Ahad ni sepupu aku, Dr Hilmi nak nikah..beberapa bulan lepas abang dia Dr Fadhli dah nikah..2 kali pak ndak aku dpt menantu tahun ni.hehehe..bakal bini dia cikgu.dia blom hbs pun lg study kat india tu..bulan 12 ni baru hbs..tergedik nak nikah cepat..mak ndak aku ikut kan jelah walaupun hati tak rela sebab anak blom pun keje..hehehehe..

Next week hubby kursus kat PD..duduk hotel best pulak tu.sebab kursus ni hubby aku yg buat.dia nak ajak aku sekali sebab dia dok bilik sorang, malangnya kursus tu hari bekerja...aku mana ada cuti lagi dah.huwwaaaaa....saja je kan.sob sob sob..

Ok lah..aku nak habiskan keje yang datang ni.buat selagi sempat la..ada aku buat.takde aku melopong.meja dah kemas,barang2 aku semua dah bwk balik.kira dah ready la nak tinggalkan ofis ni.ngeh3..selamat bekerja untuk semua.kerja rajin-rajin tau ;p

Sunday, October 28, 2012

nak jual rumah??

Sembang-sembang dengan hubby pasal rumah..tetiba hubby cakap kalau ada orang nak beli rumah kitorang ni offer harga 320k dia nak jual..lepas tu nak beli rumah lain..nak cari rumah semi D tapi maybe jauh sikit la drp umah sekarang.pengorbanan umah jauh dari tempat keje tapi nak umah yg selesa.hahaha..tak sanggup aku kalau jauh sangat.habis duit ke minyak tol ok lagi..penat tu yang tak tahan.so far ada orang tanya nak beli umah aku tu..ejen selalu call hubby aku tanya tak nak jual ke?so far harga dalam 300k.mahai gila kan....ramai nak cari rumah setingkat yg besar.so far belum la lagi piki nak jual..selesa dah dgn rumah skang ni..cukup luas dgn 2 orang anak ataupun kot bertambah lagi sorang pun..cukup la peluh aku menitik2 time vacum dgn mop..rasanya kalau rumah besar lagi tak termampu aku nak mengemas kot.hahahaah..buat masa sekarang belum fikir nak beli rumah lain yg lagi besar..yg ni pun aku takut tinggal sensorang kalau hubby kursus..tak pernah kot hubby takde aku duduk rumah ni.mesti balik umah mak aku..hehehe..ke depan ke depan tak tau la kan..kot ada rezeki..aku tak kisah pun kalau duduk kat sini sampai la pencen.sebab dah selesa sgt, suasana tak hiruk pikuk macam kat kl, rasa mcm duduk kat kampung je..memang tak rasa duduk bandar kecuali kau pergi kl lah kan.hehehe..tambah2 pasni opis aku kat kajang je, lagi la aku selesa.tapi kalau dah mmg rezeki Allah tu atur, tak tau lah kan.aku cuma berhajat kalau dapat 41 aku nak beli apartment area cheras lepas tu nak sewakan..pelaburan untuk masa depan..memula aku ckp kat hubby nak beli kereta lg satu sebab sng untuk aku kalau hubby outstation tak yahlah aku pinjam kete ayah aku.berangan nak beli vios baru la kononnya.hahaha..beli kereta mmg best tapi kereta bila jual tak dpt untung byk pun,tetiap bulan kena byr lak tu.lama2 akan rosak.kalau beli rumah, slip gaji mmg kena tolak loan rumah, tapi kalau dapat sewakan harga lebih tinggi drp loan dah untung balik..rumah pun dah tentu hak milik kita..memang berhajat sangat la nak beli rumah ni..masa memuda dulu membazir je pandai.beli gadget lah,shoping lah.seronok habiskan duit.tak piki kalau simpan duit tu drp benda tak berfaedah, akan senang la di kemudian hari...cis!menyesali kesilapan adalah guru terbaik untuk kita sebenarnya.hahaha..harap-harap murah rezeki lagi lepas ni.ameen...

CUTI AIDILADHA

Assalamualaikum w.b.t


Pukul 7.30 pagi kitorang dah sampai rumah ibu aku..awal kan..heheh..lepas mandi, solat subuh terus gerak anak suruh mandi, siap pakai baju raya..ewah...baju raya aidilfitri hari tu je..takdenya nak berbaju2 baru..:)

Ibu aku masak laksa dengan rendang daging je..ada la ketupat dgn dessert lain..hubby dengan ayah aku g masjid sembahyang,aku melantak kat rumah.keh3..pukul 12 kitorang balik la sebelum solat jumaat..lepas tu mak su,mak lang dgn sepupu aku terjah umah ibu aku makan laksa..diorang mmg hantu laksa.boleh licin.hahaha.

hari sabtu kitorang pergi ikea je, mengidam nak makan meatball.10.30 dah sampai parking.punya ramai orang..aku beratur nak beli makanan ada la dalam 35 minit..kalau lewat lagi tu, mau berkubur hajat aku tu.pastu makan masuk shoping sikit..ada harga diskaun best untuk member card..carpet berbulu tebal NP dlm 249 tinggal 99 rgt je untuk sesiapa yg ada card.aku dah tergedik nak beli.hubby kata tak payah, tunggu la minggu depan gaji beli.hehehe..ok....;p

Balik tu singgah umah ibu nak tinggal bebudak ni kejap, kitorang g tgk taken 2 kat the mines..hehehe..dah lama tak tgk wayang berdua..dalam 3 jam je tinggal.lps tu amik bebudak tu terus blk rumah..joging pun tak petang tu sbb dh malam.tapi kitorng bakar lemak dgn buat keje umah..hubby sibuk drill dinding nak pasang hasil shopingan tadi, aku vacum mop, mengelap..berpeluh2 sampai menitik atas lantai.kah kah kah!janji keluar peluh kan.

Ahad, aku masak bagai nak rak sebab dpt 3 kg daging korban..daging black pepper, daging bakar,air asam,sambal belacan dgn sup cendawan.tambah 2 kali.hahaha..petang aku bakar daging lagi, meratah je..zaraa pun join sekaki.pastu daging lekat celah gigi.hubby nak korek jari dia besar.last2 aku yg korek..hahahaha

Lepas makan rilek2 jap kitorang kelaur joging dan exercise.hubby tgh gigih nak kuruskan badan tu..harap2 usaha kami ni berhasil la..hehehe

Lepas ni, hari2 aku boleh joging kot sebab balik awal..khamis ni dah mula kerja kat jabatan penjara kajang..maybe amik WP1 lah kot..yg tak bestnya aku kena drive la..takde hubby nak hantar amik lagi.huhuhu..jarang drive, aku agak gementar esp kalau bawak anak2...Ya Allah,permudahkanlah urusanku..ameennn..

Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum


Semua half day hari ni.Tinggal aku dengan EO la jap lagi..huhuhu..mati kutu aku sorang-sorang kat luar.Kalau bawak kete tadi dengan aku sekali half day..hahahha..nampaknya hajat aku nak tido japgi tak dpt dilaksanakan.kalau aku tido dlm surau sapa nak jaga opis kang orang masuk ke kan..mencinya...dah la mengantuk tak ingat nih..huhuhu..tak aci betoll...

Pagi tadi pukul 6.30 ibu aku dah hilang ke pasar beli lauk pauk nak memasak..yela ada 2 org budak kenit tu camne dia nak g pasar kan...gelap2 lagi dia dah takde kat umah..terbaekk.kikiki..aku suruh dia masak.aku malas masak.hahaha...masakan mak kita lah yg paling sedap sekali, kalau boleh hari2 nak makan..sebab tu aku paksa dia masak..hehehe

kepada yg balik ke kampung, memandu la dengan berhati-hati yer..jgn bawak laju-laju.kpd yg tak blk kampung, bergembiralah di rumah anda..heheh..selamat hari raya aidiladha buat semua ;)

Tuesday, October 23, 2012

dah amik surat

Assalamualaikum..


Alhamdulillah dah amik surat pertukaran kat JPA.jeng jeng jeng..aku salah dengar ritu..dapat surat tengok bukan penjara kajang..tapi jabatan penjara..aku duduk HQ..wee....tau dah keje tak banyak..hahahah..aku suka ;p

EO kat opis mintak tangguh sebab budak lantikan baru masuk 14hb sedangkan aku kena lapor diri 1hb..aku kata ok..tapi aku takkan buat surat..diorang nak senang kat sini nanti keje aku bertangguh lak kat sana.fizah pun tak nak tangguh..dia cakap jgn ikut sangat cakap eo..lagipun kitorang dah terima surat dan arahan no hal lah.Yg aku baru dgr diorang nak suruh bos aku pn fad masuk keje lepas cuti bersalin 2 bulan sedangkan pn fad apply cuti 3 bulan..alasannya sebab keje byk, orang bertukar dan bos aku lg sorang gred 48 pun bertukar.kesian kat puan fad menangis dia,dah la dlm pantang..ermm entahlah..setau aku cuti bersalin tu hak pegawai mana boleh paksa orang datang keje kalau org tu dari awal dah mohon cuti 3 bulan kan.

Bos aku yg gred 48 tu bertukar ke putrajaya dia naik pangkat 52 tuuu..tahniah en pian...hehehe..dan kalau aku ditanya hntr srt tangguh ke tidak aku nak cakap jabatan penjara tak bg tangguh sbb diorang nak orang segera..ok tak?kih3..

Apa pun keje aku hampir settle, kerja yg bulan semasa je la blom settle esok la baru aku print baucer..sebab last aku kat sini hari rabu.insyaAllah settle semua kerja.Ya Allah permudahkanlah urusanku ameenn..

apa-apa je.

Assalamualaikum

Tak tau nak letak tajuk apa..apa-apa je lah.hahaha..

ragam anak-anak aku masa kat jusco semalam..geram betoi aku..dalam supermarket pun nak tutup awning tu.kalo panas tu takpe la..buang air liur je bebel..buat dek je..pastu gaduh sorang nak tutup sorang nak bukak.kekekeke..ermm kalau korang perasan apa agaknya atas bumbung stroller tuh??kah kah kah..aku baru perasan terupload gambo yang ada benda alah kat atas tu..nasib baik yg 'bhg atas' punya aku tak letak atas bumbung..hahahaha.

tadi aku pegi kaison..benarlah bagai di kata rambang mata masuk situ..bab bunga2 aku tak minat.sape yg suka english deco ok la...aku beli punya la byk tapi bila nak bayar Rm104 je..kalo byk tu kat ikea mau dah 300 hape..frame besar nak ajak hubby beli jumaat ni sebab bsr kan tak bole bawak nek moto.keh3..lawa sgt frame tu..design abstrak lukisan atas kanvas.sesuai dgn konsep tropika.ewah..kena beli 2 bijik..nanti aku dah siap deco semua brg yg aku beli aku upload lah dlm blog ni..saja simpan buat kenangan.bila2 boleh tgk n baca blk blog sendiri.ada yg mintak aku upload gmbr deco umh kat fb..(kwn2 yg tak tau aku ada blog)..aku penah upload sekali je tu pun sekeping gambo campur kecik2..maaflah aku tak nak upload gmbr dlm umah lagi kecuali kat blog ni je sebab blog ni pun blog peribadi dan hak aku..kalau kat fb tak nak lah sebab ramai kawan..risau nti org kata nak menunjuk pulak..hahahaha..mcm lah umah banglo sangattttt..

cuti 3 hari ni kami plan nak pi jalan kat melaka tapi cancel sbb malas,jauh dan penat..pastu nak g akuaria tp mahal lak nak masuk..budak pun kena rm25..membazir saja..jadi insyaAllah kami akan ke Zoo Negara..hehehehe..dan semestinya Kaison lagi ngeh3

Sunday, October 21, 2012

idamanku

Assalamualaikum


Update blog lagi.takde keje gamaknya..keje blom datang.hehehe..jom jamu mata..aku suka sangat perabot kat bawah ni..comel..ada rezeki nak realisasikan kat rumah..kalau panjang umur la ;)


lawa..kalau ada 2 ruang tamu yg besar boleh la beli.mana lak nak campak sofa merah haku tu.
 

comel..aku jatuh cinta sungguh dgn kerusi ni.wawawawa

 

yg ni la aku tanya kat nilai ritu..tanya je..tak kena bayar pun.hehe

 

kat porch buat camni best gak kan..aku angan nak letak lantai kayu kat sebelah porch.tu pun kalau dah siap tutup dgn awning.buat macam bawah pergola la..berangan...berangan....berangan....muehhehe

 

nak gak yg ni..tapi mahal la..

 

pic anak sapa la aku google nih..ampun..kih3..aku nak cari kerusi mcm ni dulu untuk 1st edition.hrp2 jumpa harga yg mampu milik..al maklumlah laki bini ni keja gomen je..huahuahua

 

cumelsss

 

lawa...besar ni makan ruang..tunggu lah aku beli umah semi d kat perlis.kah kah kah berangan.ok babai!

jatuh cinta dengan konsep moden tropika

Assalamualaikum



Sejak dua menjak ni, ku jatuh cinta dengan konsep hiasan moden tropika..moden tetapi ada unsur-unsur kayu dalam tata rias rumah..bila dicampurkan keduanya mmg nampak seimbang..kalau moden je semua mcm bosan lak aku tengok.hahaha..so wishlist baru nak dapatkan perabot dan hiasan dalaman ala2 kayu atau resort pulak..**hamboi byk duit aku :p

Takde benda besar pun nak beli sebab perabot basic dah ada, maybe nak tambah atau tukar baru jelah...tengah aim dapat bonus nak cari kerusi mcm kat bawah ni.


berkenan sungguh aku dengan kerusi mcm ni..nak beli siap dengan kusyen duduk tu,pastu carilah bantal warna warni kat jusco.heheheh..aku rasa yg ni macam mahal je..tak kisah janji dapat ala2 gini yg murah je cukup..ada nampak kat nilai ritu..harga dalam 600 blom mintak kurang..nanti nak g survey sana lagi..hehehe..oh duniawi sungguh ;p
*rasa happy dan tenang bila balik tengok rumah cantik.nak tgk sendiri je, bukan nak bg org tgk kan ;)



berkenan jugak yg ni. letak kat depan rumah..salah satu wishlist ku jugak..pun dah survey harga kat nilai 3..kalau ada rezeki beli la..tak de pun takpe..angan je kan..tak stress pun kalau tak dapat.errmmm mcm kecewa je bunyi nya ye?kah kah kah!psstt brg2 kat umah aku ni mostly aku beli guna duit sendiri, tak mintak duit suami.benda kecik2 je suami beli atas persetujuan bersama, bukan mintak2 sampai guling kat lantai. ;p

 

nak cari frame2 gini la..kat nilai banyak..lops ni aku tak jejak ikea dah sangat la..jejak nilai 3 pulak.kih3...

well uolss pernah pergi kaison tak?orng ckp brg2 hiasan rumah cantik2 dan murah sesangat..teringin gak nak jejak, nak cari frame cantik2..kalau bunga tu aku kurang sikit kecuali la ada pokok buluh yg dikeringkan warna coklat baru aku nak..dah lama cari tp tak tau nak beli kat mana..jumaat ni cuti kan nak ajak hubby cuci mata kat kaison lah ;)


kaison..bunga cantik2..tapi ku kurang minat bunga2 ni..semak.hehehe
 


mcm best je tengok...harus terjah ni..hehehe


**well,dah mintak jpa faks surat pertukaran.1 hb ni insyaAllah aku akan berada di tempat baru sebab ada pengganti serentak.tak perlu tangguh..sorang membe ofis fizah pun dapat tukar balik kg kat johor..pulang ke pangkuan ibu ayah..hehe..bestnya..alhamdulillah..tumpang happy untuk kengkawan :)

rabu depan adalah hari terakhir aku di sini..sedih juga..moga dpt pengalaman baru kat kajang,yg penting lebih dekat dan mudah untukku..insyaAllah...:)
 

Makin sihat

Assalamualaikum


Pagi semalam aku pergi darus syifa' teruskan perubatan..5 kali dah la pergi..Yang pegi tu sebab ada sesuatu berlaku kat aku masa kat rumah..jumpa seorng ustaz ni..mula la proses pengubatan..nak cite panjang..Alhamdulillah ustaz tu kata jin tu belum keluar habis lagi..tapi katanya aku dah banyak pulih tak seperti sebelum ini..Gembira sangat dengar..sykur pada Allah, sekurang2nya usaha aku dan doa ku termakbul..Sedih nak menangis pun ada...huhuhu..ustaz tu cakap, kita kena yakin dan percaya pada Allah..segala yang datang ni adalah dari Dia juga..Dia takkan uji kita kalau kita tak mampu dan hadapi dan menanggung ujian itu..sungguh aku terharu....dan aku kena kuat melawan.lama2 benda tu akan 'panas' dan tak mau ganggu kita lagi..katanya, banyak sebab mengapa jin ni mengganggu..macam kes aku ni katanya, jin tu 'berkenan; kat aku..huwwaaaaa tatoottttt ;p

Ustaz tu cakap, bukan mudah dan amik masa aku nak pulih..sebab dah lama sangat benda ni ikut aku.pendinding diri kita adalah solat,al quran dan amalan2 yang baik..sejak aku tau aku 'sakit' ni, alhamdulillah bukan nak riak atau apa sekalipun..demi Allah, aku semakin dekat denganNya..mungkin ini juga satu tanda baik untuk aku, sebagai peringatan yg kita ini hanya lah hambaNya yang kerdil, hidup di dunia yg hanya pinjaman sementara..Bila2 masa saja malaikat Izrail akan cabut nyawa kita.Banyak perubahan berlaku pada aku, rohani dan jasmani..aku lebih sayangkan akhirat berbanding dunia..aku sedar suami dan anak2 ku hanyalah pinjaman,bukan milik aku selamanya.aku sedar,kereta,rumah dan harta itu satu hari nti akan tinggal kenangan saja apabila kita mati..tidak kekal..kita sibuk berlumba2 kumpul kekayaan tapi kita lupa untuk mengumpul harta sebagai bekalan akhirat..dulu, aku mudah marah, mudah naik angin.orang kata hot temper la..tapi sekarang, banyak betul yg merubah diri aku..aku seperti telah temui diri aku yg sebenarnya..aku tenang, dimarah sekalipun aku tetap berdiam dan tersenyum, tak seeprti sebelum ni kalau org marah aku,aku sembur balik..hehehe..di kepala aku sentiasa positif,hari2 aku lalui dgn gembira tanpa masalah.ada masalah sekalipun aku pandang kecik je masalah tu....bagi aku setiap hari adalah hari yg terbaik dan aku lakukan yg terbaik seolah2 ia hari terakhir aku di dunia.syukur sgt..ada hikmahnya semua ini..Allah sayangkan aku..aku sangat yakin dan percaya pada Allah yang Satu.

Begitu hebatnya gangguan makhluk halus ni kan sampaikan bila kita dah teruk, kita dah tak jadi diri sendiri..subhanallah...dan aku teruskan amalan2 yg ustaz tu ajar, sebelum tidur,selepas solat dan lain-lain lagi..hubby ada ckp try berubat dgn someone ni dekat rumah mak aku..tapi aku tak nak,,aku leibh percaya ustaz yg ubatkan aku..sebab aku tak percaya ada ubat lain selain ayat-ayat suci al quran..Ya Allah, kau sembuhkanlah aku, jauhilah aku dari gangguan syaitan dan iblis yang terkutuk, serta lindungilah aku dari kejahatan manusia..amennnn..

masak,makan,joging

breakfast di pagi sabtu..bangun pagi gigih masak kuewtiaw seafood basah.Linda, rugi hang tak singgah umah aku.kekekek..weh cantik grill umah hang..hihihi

 

preparing for dinner..tak masak nasi langsung.tengah hari makan laksa dgn cendol kat semenyih yang sedap tu.ni nak masak apa ntah..main reka-reka resipi je.gunakan apa yang ada.hehehe

 

tumis bawang putih yg dicincang halus, masukkan 4 sudu besar sos spaghetti.kacau,masukkan cendawan butang dan cili merah yg dihiris halus,masukkan garam,serbuk oregano,parsley,black pepper dan mixed herbs.gaul sampai cukup masak.
 

dengan menggunakan frying pan, pukul 2 bijik telur sebijik pun bole...telur tu dicampur dgn satu sudu besar mayonis dan taburkan daun parsley sikit..

 

masukkan daging cincang tadi ke atas telur dan bungkus secara bulat..tak nak bungkus pun boleh...

 
hasilnya..taburkan sikit sos thousand island..boleh dimakan begitu saja atau....

 

dijadikan sebagai inti roti..serius sedap!asyik guna sardin , telur je kan...sesekali ubah selera macam ni memang terangkat.hihihihi..oh mlm tadi dinner sandwich telur..muka pun dah macam telur.kah kah kah

 

burger ayam..roti burger takde kat tesco so aku guna roti biasa je.salad dah amik pastu bole tertinggal kat tesco kih3..aku tak letak dlm troli sebab ipan dok cabut daun salad tu..bila dah pegang singgah amik itu ini tetinggal plak..dengan udang sekali aku tinggal.kah kah kah

 

makan coco crunch sambil layan Rio..tau tak, sehari dok ulang Rio dari pagi sampai malam.tension aku..skang dua beradik ni memang lepak kat dapur je tgk Rio.tak jemu-jemu pulak tu.heran aku.ni mesti bil elektrik tinggi bulan ni sampai dua bijik tv bukak pagi sampai malam.hahahaaha


 
see...rumput dah bercantum, dah cantik..weeee...yg belah kena  makan ulat tu mmg tak sesuai tanam rumput sebab bila hujan aku tgk air bertakung sikit..rumput takkan hidup sihat dan ulat pun mula menyerang..kat situ nanti aku deco guna batu dgn kayu2 ke kan..so far biarkan je dulu.

 

aku ajak hubby pergi ikea hari sabtu nak makan meatball, tapi dia tak nak..ada ke jauh nak pergi semata nak makan meatball?dia cakap kita pergi jumaat ni, boleh shoping barang rumah sekali..what???yes!hahahahaha **part ni aku suka wink wink :p
pasu besar aku ipan bagi pecah dia terbalikkan console meja.ganas tak??pasu kecik ni je yang hado..nak cari pasu la ni kat ikea nanti.hehe

 

dinner malam jumaat kat restoran beranang cafe corner...boleh tahan la makanan dia, harga pun murah..kitorang makan nasi dgn beberapa jenis lauk.
dah makan nasi byk memalam, sabtu tu aku berjaya joging 10 round kat taman.hebat kan?kekekeke..pastu buat sit up 50 kali, buat senaman guna peralatan gym kat taman tu, pastu buatlah lain2 senaman utk otot..serius sedap rasa badan..semalam pun berjaya jugak exercise.gigih lps hujan terus berlari pusing padang.kih3..dua hari buat senaman esp sit up,memang terasa perut fit, kempis awwww...tahu tak, bila dah mula exercise kita akan jadi ketagih kalau tak dapat keluarkan peluh.hahaha..hari kerja tak dapatlah nak berlari, maybe lps pindah opis ke kajang ni dapatlah berlari sebab balik awal dah.yes!


 
oh cendol yg sedap..sayangnya pulut habis..huhuhu..makan dengan laksa.sedappp.......
**nanti aku update cite pasal gangguan jin tu.

Friday, October 19, 2012

hujan...sejuk...

Assalamualaikum


Minggu ni petang je hujan kan..ofis pun sejuk semacam sampai kebas-kebas jari jemariku yang tembam nih.kikiki..pukul 12.30 tadi masuk surau tidur tup tup dah pukul 1.40.Bangun solat lepas tu makan maggi cup!sangat heaven hujan-hujan makan maggie uolsss...hehehe..tak sabar nak balik rumah ni..nak ajak hubby singgah tesco beli cool blog!i'm very addicted ok!chatime pun ok jugak tapi lepas 1st time beli macam was-was pulak status halal nya sebab made in Taiwan all the ingredients.staff yang jual tu pun all chinese.So agak was-was la..better beli cool blog sebab dapat halal from Jakim.hihihi.sanggup tu balik keje nak singgah.takpun lepas maghrib ajak hubby la, makan luar sekalik..minggu ni  aku tak msak langsung tau.hahahaha dasar pemalas.eh malam tadi masak, home made special burger.hehehe.

Esok pagi nak pergi darus syifa' semenyih,teruskan perubatan ku tu..so far alhamdulillah banyak perubahan walaupun belum pulih sepenuhnya.Lepas tu nak pergi kerja kejap, ada kerja yang perlu disettlekan..aku tak pernah claim ot, aku claim tambang perjalanan pergi balik je..jauh tu kalau tak claim..hehehe..lepas tu petang nak joging kat area taman.semangat ni nak kurus dan sihat!cayok yana!hehehe..Linda..kalo datang tengok rumah roger2 aku, nak pi usya umah hang..kekekeke..

Thursday, October 18, 2012

9 hari menggunakan sf beauty

  
gambar ihsan google.Dah 9 hari aku gunakan sf beauty..patutnya bila kita mula guna produk ni kalau boleh jgn campur dengan kosmetik lain seperti compact powder.kena pakai dia sahaja.lepas seminggu baru la boleh pakai bedak.Aku pulak sangat tak yakin tanpa bedak atau bb cream..huhuhuh..iyelah kulit tak flawless pun..pastu baru lepas period dan jerawat tumbuh, bekas masih belum hilang.memang tak pernah keluar rumah tanpa bedak di muka..tapi bermula semalam ku yakinkan diri keluar bekerja tanpa secalit bedak.hanya pakai day cream sf beauty sahaja..dan sampai la hari ni..mula rasa yakin..bukan sebab kulit dah cantik..tapi rasa macam warna kulit muka mula nak sekata..nampak cerah sikit.bila belek2 kat cermin, nampak pipi kemerah-merahan.awwww..perasannya!hahahaha..belum yakin nak letak gambar muka ye..baru 9 hari..akan teruskan pakai sf beauty dgn konsisten hingga 2 bulan.harap2 dapat seperti hasil testimoni pengguna dan seperti kulit makcik ku juga yang sangat cerah dan gebu sekarang ni..heheh..maklumlah kulit aku ni lain mcm sikit.orang pakai ok aku pakai tak ok.kih3...tunggu dan lihat saja...well sesiapa nak order boleh tinggalkan komen kat entry ni k..harga RM70 sahaja untuk sabun pencuci,day cream and night cream ;)

Wednesday, October 17, 2012

musim peplum

Assalamualaikum


Sekarang ni trend colour blocking kan untuk baju muslimah ataupun bukan muslimah..Pastu trend peplum lak sekarang..Aku berkenan sungguh..Tengah kumpul2 peplum dengan maxi skirt sekarang ni..First kain lycra sangat selesa dan sejuk.tak tebal dan tak nipis.Second, bila pakai blouse atau peplum dengan skirt nampak lebih ayu dan sopan..at least tak lah kita pakai skinny jeans tunjuk bentuk kaki punggung kita kan..dan kebanyakan peplum pun labuh tutup punggung..ok, skang ni tengah menggila membeli peplum dgn skirt pulak..stop lama dah shopping kat poplook.hahaha..aku ada jumpa satu kedai ni kat metro point kajang.Ada jual baju2 begini dengan harga yg sangat murah.of course rabun warna tengok baju2 kat situ..kikiki..cepatlah 22 hb nak beli baju lagi...hahahahaha



yang ni cantik...nak beli!
 



poplook punya memanjang out of stock ;(
 

sopan.pergi kenduri kawen,ke ofis pun boleh pakai.
 

ku order ni..tunggu reply dari ownernya..hehehehe

ke tesco

mengidam cool blog sampai ajak hubby pergi tesco semenyih!hahaha..my favourite chocolate tu.best seller.suka tambah black pearl tu sedap..cappucino hubby punya.masuk tesco jap beli daging burger,cheese, dengan jajan2 sikit.kak long skang suka pau nak beli itu ini.aiskrim la gula-gula la..gigi pun dah nampak mcm ada rosak sikit even dia rajin berus gigi.
 

alololo budak comel mulut muncung baju kotor habis minum cool blog.dia minum pastu sembur habis baju dengan seluar.geram je dgn budak ni.gggrrrr..

 

eksyen lebih nak makan mihun sup last2 ipan yang habiskan.yg best kat foodcourt tesco ni, makanan untuk budak disediakan dalam mangkuk yg kecik..kira tak membazir la..untuk bihun sup ni RM2.50 je.sedap jugak.

 

anak-anakku sayang
 


wajib la kalau dah nampak menan kan..tu pun masa turun nak balik ada menatang2 yg boleh tunggang tu, hubby cepat2 bawak lari ipan hahaha..tu pun dia nampak tertoleh2 ajak naik.nasib baik tak pengsan atas lantai.hahahaha..

 

oppsss mama nak masuk blog jugak.hahaha..ya ampun gemuk sungguh aku ni..cepatlah turun berat badan..tengah usaha diet ni walaupun tak berapa nak gigih sangat.at least ada usaha kan!hehehe..daaaa..

Seminar Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum


Sape2 berminat nak ikuti seminar bersama Dr Muhaya cepat2lah daftar yer..Saya dapat rasakan bagus seminar ni..sedangkan saya yg selalu ikut ceramah Prof dalam u tube, dengar IKIM fm dan selalu baca post2 yang positif dari facebook Dr Muhaya pun sangatlah terksesan dan merubah hidup saya apatah lagi kalau dapat attend seminar macam ni..belum ada rezki lagi nak attend, nak kumpul duit..lepas tu ajak suami sekali ;)




Tuesday, October 16, 2012

belum ada rezeki

Assalamualaikum


Hari ni rajin nak mohon jawatan kosong..ku bukak semua website agensi yg ada.mara,lhdn,matrade,mpkj,mpaj,ukm,uitm dan lain-lain..tapi takde iklan jawatan kosong lagi..lepas tu baru teringat aku ada mohon kat uitm bulan mei lalu, untuk jawatan pen pendaftar gred N41..pastu aku call terus uitm shah alam tanya status..diorang baru je lepas interview..aku tak dipanggil pun..kenapa tah..kelayakan tak sesuai dgn jawatan ke..ye la aku amik communication..maybe kot..tapi at least panggil lah interview kan..huhuhu..takde rezeki...dia suruh isi lain..tapi malas lah.jauh tu uitm dari rumah.hehehe..takpe la, maybe belum ada rezeki lagi..aku dah ada kerja tetap dalam kerajaan pun, cuma nak la upgradekan diri lepas penat lelah amik degree selama ni..untuk keluarga jugak, untuk mak ayah jugak..teringin sgt nak bagi lebih walaupun ayah berduit dan tak pernah mintak duit anak, tapi sbg anak siapa yg tak nak balas jasa ibu ayah kan?kalau boleh bagi banyak, memang nak bagi banyak..insyaAllah..

Lepas tu SPA dah pun reply emailku..diorang dah terima pun permohonan aku tu..tunggu la panggil exam..tapi tahun ni takde katanya..tahun depan lah tu..harap2 ada rezekiku..tak kisahlah dapat jawatan tak berkenaan dengan bidang pun janji dapat..kerja boleh dipelajari kan..harap murahlah rezeki aku sekeluarga..ameenn...

bila mama lipat kain

aku tengah lipat baju kat depan, dapatlah 2 bakul.anak dara ni sibuk nak tolong lipat baju jugak.pastu aku cakap pergi amik buku baca lagi elok.hahaha..pastu dia terus masuk play room amik buku.pastu suruh aku bacakan.aku pun layankan jap la..pastu aku sambung lipat kain, dia baca sendiri.pandai tu baca buku english..campur cakap jerman dengan perancis.muahahahaha
 

ni sepah2 ni japgi aku gak la yang kena kemas..kak long ni tak reti jaga barang.play dough dia tu tak simpan dalam bekas, kena angin jadi keras.bila main dia jadi hancur-hancur.yg ipan pulak pegi pijak2 tenyeh kat lantai dgn kaki dia..geramnya..pastu aku sapu je buang terus yang keras-keras tu..beli buang.banyaknya duit mak ko nak oi...

 

ni dia tengah main cikgu-cikgu sensorang dia.siap marah anak murid tu..garang betol.hahahaha

 

eh tetibe gambar carpet pulak..kikiki..aku baru beli ni kat nilai 3..yg carpet gebu kat depan sebelum ni aku bawak masuk master bedroom.sedap sikit bila solat tak sakit lutut masa sujud.

 

zoom dari jauh plak.hahahaha..murah je carpet ni.RM109 kat kilang yg aku cakap sebelum ni.memula nak pi beli kat ikea, tapi tak jadi sebab malas nak ke sana.baik aku beli kat sini, lagi tebal lagi lebar lagi murah.yg kat ikea tu RM139.jimat di situ..heheheh..aku berkenan ada carpet gebu2 sedap pijak tu..harga RM500.tapi tu tunggu raya la, nak ganti carpet gebu dekat ruang tv.carpet gebu tu susah jaga.tak boleh sapu kena vacum kalo kotor.untuk ruang laluan mcm ni aku lebih suka guna carpet yg biasa, senang sapu.tapi silap pilih warna la..banyak warna cream, ipan pun dah kotorkan dgn susu perisa coklat dia..gigih aku mengelap.huhuhu...