Assalamualaikum w.b.t
Hari ini adalah hari terakhir aku di unit operasi bahagian kewangan jabatan kerja raya Malaysia..hari ini juga hari terakhirlah aku dihantar oleh suami ke pejabat huhuhu..mulai esok aku kena drive sendiri laaa.....*tetibe menyesal mintak tukar ;p
Hari ni ada jamuan perpisahan..untuk meraikan *eh bunyi mcm suka je kitorang tukar keh3*
aku,fizah,ain dan en shupian yang akan bertukar serentak..mekasih la semua rakan sepejabat yg sudi buat majlis makan-makan untuk kitorang..siap ada hadiah lagi tu..aku nampak diorang pi beli.kah kah kah!
Act sedih jugak..yela dah biasa kat sini.senang kat sini..kat tempat baru entah apalah yg menanti ek?berdebar lak..hahahaha..kerja byk tak kisah, asalkan environment menyenangkan..tau je la kalau pejabat kerajaan ni kan..malas nak sebut.hehehe
Esok pukul 8 aku gerak la ke KDN Putrajaya lapor diri..lepas lapor diri kat sana barulah KDN keluarkan surat penempatan dalaman ke Jabatan Penjara..aku just harap diorang dah prepare surat dan tunggu aku lapor diri je..buatnya surat tak buat lagi, mampus aku kena duduk kat KDN tu sampai dapat surat..huwwwaaaaa tak nak!kalau dpt surat hari tu jugak, lepas lunch hour la aku lapor diri kat penjara.harap2 dpt tempat cepat la..boleh lak aku risau takde meja hahahah..aku decide nak amik WP1 boleh blk awal..hubby tukar amik WP3 sebab nak hantar Zaraa g sekolah pagi tu..Zaraa masuk pukul 8 pagi.jadinya takde la ibu aku kena hantar dan amik..dia just amik Zaraa je dari sekolah..kesian gak kat ibu aku penat nak hantar amik cucu,adik aku lagi, jaga dua kenit yg lasak tu lagi.harap2 semua rancangan ni berjalan lancar..ameennn..
Oh, hubby bgtau aku semalam, terkejut aku..terus trauma aku datang balik..ada dua bijik rumah fasa 2 kena rompak malam..perompak tu ikat tuan rumah dan ahli keluarga lain.satu rumah cina kat corner lot tu, satu lagi rumah melayu..aku agak melayu yg belah hujung corner lot tu jugak sebab umh dia nampak mcm orang kaya la..mujur tak diapa-apakan.aku rasa la indon buat keje ni kot.sbb kalau bab rompak ikat ni selalunya diorang..entahlah..skang mmg aku nampak polis rajin ronda.sabtu ni penduduk nak buat meeting nak buat giliran jaga malam..so far tak boleh nak amik guard persendirian lagi sebab fasa 3 masih tak ramai org duduk..jenuh mahal la nak byr nti..yg ada cuma guard pemaju.guard tu jaga kontraktor keluar masuk je.aku risau jugak..huhu..hubby ckp takde perompak nak masuk rumah kita...tgk rumah pun biasa2 je, perompak pun tau bukan orang kaya byk harta...ehehehe..betul gak kan..tula..kdg2 aku piki umh cantik,mewah,besar2 pun jadi sasaran org jahat jugak..baik la umh biasa2 je,sederhana,tak over, org pun tak bajet oh dia ni nampak mcm kaya, mesti ada something bernilai dlm rumah dia.apa pun kami hanya bertawakal kepada Allah sahaja..ibu aku ada cakap suruh buat pendinding rumah..entahla..keyakinan aku hanya pada Allah je, harta tu semua bukan milik kita kan, hanya pinjaman je..kalau jadi yg buruk, mungkin itu adalah kafarah kpd dosa-dosa kita yg lalu, untuk peringatan kpd kita..insyaAllah, aku yakin Allah akan melindungi kami sekeluarga..ameen...
No comments:
Post a Comment