Yang gojes gojes je

Wednesday, October 31, 2012

lagi rumah dirompak!

Assalamualaikum..


Sakitnya hati bila dapat tahu dari seorang pembaca blog ni yg juga jiran belakang rumah saya, malam tadi rumah kat jalan 11 dimasuki perompak!baru sahaja minggu lepas 2 buah rumah dimasuki perompak dan lebih menimbulkan kemarahan penghuni rumah diikat!mana polis ni?masa saya mula-mula pindah saja dah dengar 3 kes pencuri masuk rumah, termasuk rumah saya sendiri!walaupun hanya laptop buruk sahaja yg dicuri, ia telah membuatkan saya trauma apatah lagi bila dengar berita rompak siap ikat lagi.Rasanya banyak kes tapi kenapa polis masih tak dapat tangkap durjana-durjana ni?takkan lah nak tunggu kami semua buat rukun tetangga sendiri, lepas tu dapat tangkap pencuri tu dgn tangan sendiri?

Sebab tu saya tgk kebanyakan rumah menggunakan alarm system dan cctv..tapi bak kata polis kalau dah nama penjenayah tu pasang alarm system paling canggih pun, dia nak masuk, masuk jugak!sebagai orang islam saya hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah saja..bukan kisahkan sangat barang-barang dalam rumah tu, yg berharga cuma lah tv dan lain2 peralatan letrik..nak kata tak kisah pun tak boleh jugak kan sebab hasil titik peluh bekerja la kita membeli semua tu..tapi apa yg lebih membimbangkan adalah soal keselamatan keluarga terutamanya kanak-kanak dan orang tua..mungkin perompak itu hanya mahu merompak sahaja, tapi kalau dah diri tu tak ubah seperti syaitan, merogol dan membunuh pun tidak mustahil.

Tipu kalau saya tak rasa ketakutan..tidur malam tadi pun macam tak lena, asyik terjaga dan telinga sangat sensitif kalau terdengar bunyi sikit pun.kalau setiap hari macam ni, tahap kesihatan pulak yg akan terjejas sebab tak cukup tidur.sejak kes rumah kami dimasuki pencuri tu pun, tiap hari balik kerja mesti mata akan tengok tingkap bilik utama tu dulu..sebab situlah dulu pencuri tu masuk...yg menghairankan saya, bagaimana perompak yg masuk rumah kat jalan 11 tu boleh lepas guard??waktu malam pulak tu takkan guard tu takde langsung sensitiviti nak periksa?atau mungkin bersubahat?atau perompak masuk melalui hutan pokok sawit kat belakang tu yg hanya dipagar oleh pemaju dgn pagar dawai hijau?

saya cuma berharap polis dapatlah selesaikan hal ni bukan setakat ronda kawasan je..dan pastinya saya hanya mampu berdoa supaya keluarga kami tidak akan menjadi mangsa..terutama sekali anak2 ku yg masih kecil..Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga dari gangguan syaitan dan iblis, serta dari kejahatan manusia.lindungilah juga saudara2 kami yang lain..ameennn..

2 comments:

  1. dekat dengan security pon kene masuk pencuri ke? Kemungkinan besar ni adalah mamat2 pekerja contract yng stay kawasan berdekatan. Rumah jalan 11 tu hujung sangat dan belakang rumah just kelapa sawit. Kemungkinan besar, perompak tak lalu pon depan security.. by the way, kami pon sentiasa pasang telinga kalau ada sebarang bunyi atau kerata yang lalu lalang especially jam 2-3 pg...

    ReplyDelete
  2. bahayalaa sekarang nie..
    mcam2 boleh jadi..

    kt kwasan rumah saya sringkali juga kes rompak berlaku..
    yg paling teruk bila seorang pak guard ditetak kepala dia dengan senjata..nasih baik tidak cedera teruk..

    blogdrifter visit your blog..

    selamat berkenalan cik paripari yang cute ^___^

    from ::Arkitek Hati::

    ReplyDelete