Yang gojes gojes je

Sunday, October 28, 2012

CUTI AIDILADHA

Assalamualaikum w.b.t


Pukul 7.30 pagi kitorang dah sampai rumah ibu aku..awal kan..heheh..lepas mandi, solat subuh terus gerak anak suruh mandi, siap pakai baju raya..ewah...baju raya aidilfitri hari tu je..takdenya nak berbaju2 baru..:)

Ibu aku masak laksa dengan rendang daging je..ada la ketupat dgn dessert lain..hubby dengan ayah aku g masjid sembahyang,aku melantak kat rumah.keh3..pukul 12 kitorang balik la sebelum solat jumaat..lepas tu mak su,mak lang dgn sepupu aku terjah umah ibu aku makan laksa..diorang mmg hantu laksa.boleh licin.hahaha.

hari sabtu kitorang pergi ikea je, mengidam nak makan meatball.10.30 dah sampai parking.punya ramai orang..aku beratur nak beli makanan ada la dalam 35 minit..kalau lewat lagi tu, mau berkubur hajat aku tu.pastu makan masuk shoping sikit..ada harga diskaun best untuk member card..carpet berbulu tebal NP dlm 249 tinggal 99 rgt je untuk sesiapa yg ada card.aku dah tergedik nak beli.hubby kata tak payah, tunggu la minggu depan gaji beli.hehehe..ok....;p

Balik tu singgah umah ibu nak tinggal bebudak ni kejap, kitorang g tgk taken 2 kat the mines..hehehe..dah lama tak tgk wayang berdua..dalam 3 jam je tinggal.lps tu amik bebudak tu terus blk rumah..joging pun tak petang tu sbb dh malam.tapi kitorng bakar lemak dgn buat keje umah..hubby sibuk drill dinding nak pasang hasil shopingan tadi, aku vacum mop, mengelap..berpeluh2 sampai menitik atas lantai.kah kah kah!janji keluar peluh kan.

Ahad, aku masak bagai nak rak sebab dpt 3 kg daging korban..daging black pepper, daging bakar,air asam,sambal belacan dgn sup cendawan.tambah 2 kali.hahaha..petang aku bakar daging lagi, meratah je..zaraa pun join sekaki.pastu daging lekat celah gigi.hubby nak korek jari dia besar.last2 aku yg korek..hahahaha

Lepas makan rilek2 jap kitorang kelaur joging dan exercise.hubby tgh gigih nak kuruskan badan tu..harap2 usaha kami ni berhasil la..hehehe

Lepas ni, hari2 aku boleh joging kot sebab balik awal..khamis ni dah mula kerja kat jabatan penjara kajang..maybe amik WP1 lah kot..yg tak bestnya aku kena drive la..takde hubby nak hantar amik lagi.huhuhu..jarang drive, aku agak gementar esp kalau bawak anak2...Ya Allah,permudahkanlah urusanku..ameennn..

No comments:

Post a Comment