Sejak dua menjak ni, ku jatuh cinta dengan konsep hiasan moden tropika..moden tetapi ada unsur-unsur kayu dalam tata rias rumah..bila dicampurkan keduanya mmg nampak seimbang..kalau moden je semua mcm bosan lak aku tengok.hahaha..so wishlist baru nak dapatkan perabot dan hiasan dalaman ala2 kayu atau resort pulak..**hamboi byk duit aku :p
Takde benda besar pun nak beli sebab perabot basic dah ada, maybe nak tambah atau tukar baru jelah...tengah aim dapat bonus nak cari kerusi mcm kat bawah ni.
berkenan sungguh aku dengan kerusi mcm ni..nak beli siap dengan kusyen duduk tu,pastu carilah bantal warna warni kat jusco.heheheh..aku rasa yg ni macam mahal je..tak kisah janji dapat ala2 gini yg murah je cukup..ada nampak kat nilai ritu..harga dalam 600 blom mintak kurang..nanti nak g survey sana lagi..hehehe..oh duniawi sungguh ;p
*rasa happy dan tenang bila balik tengok rumah cantik.nak tgk sendiri je, bukan nak bg org tgk kan ;)
berkenan jugak yg ni. letak kat depan rumah..salah satu wishlist ku jugak..pun dah survey harga kat nilai 3..kalau ada rezeki beli la..tak de pun takpe..angan je kan..tak stress pun kalau tak dapat.errmmm mcm kecewa je bunyi nya ye?kah kah kah!psstt brg2 kat umah aku ni mostly aku beli guna duit sendiri, tak mintak duit suami.benda kecik2 je suami beli atas persetujuan bersama, bukan mintak2 sampai guling kat lantai. ;p
nak cari frame2 gini la..kat nilai banyak..lops ni aku tak jejak ikea dah sangat la..jejak nilai 3 pulak.kih3...
well uolss pernah pergi kaison tak?orng ckp brg2 hiasan rumah cantik2 dan murah sesangat..teringin gak nak jejak, nak cari frame cantik2..kalau bunga tu aku kurang sikit kecuali la ada pokok buluh yg dikeringkan warna coklat baru aku nak..dah lama cari tp tak tau nak beli kat mana..jumaat ni cuti kan nak ajak hubby cuci mata kat kaison lah ;)
kaison..bunga cantik2..tapi ku kurang minat bunga2 ni..semak.hehehe
mcm best je tengok...harus terjah ni..hehehe
**well,dah mintak jpa faks surat pertukaran.1 hb ni insyaAllah aku akan berada di tempat baru sebab ada pengganti serentak.tak perlu tangguh..sorang membe ofis fizah pun dapat tukar balik kg kat johor..pulang ke pangkuan ibu ayah..hehe..bestnya..alhamdulillah..tumpang happy untuk kengkawan :)
rabu depan adalah hari terakhir aku di sini..sedih juga..moga dpt pengalaman baru kat kajang,yg penting lebih dekat dan mudah untukku..insyaAllah...:)
No comments:
Post a Comment