Assalammualaikum w.b.t
Syukur alhamdulillah, masih lagi diberi ruang untuk bernafas di muka bumi, masih diberi kesempatan untuk menghayati keindahan ciptaan Ya Rabb, masih lagi berkesempatan meraih kebahagiaan di dunia ini..Hari ini, 8 Mei genaplah usiaku 27 tahun...alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...di usia yang masih muda ini, aku telah memiliki keluarga yang sangat membahagiakan, miliki suami yg penyayang,miliki 2 orang anak yg lincah,comel dan cerdik,miliki ibu bapa dan adik beradik yang tiada galang gantinya,miliki keluarga mertua yang amat menyenangkan, miliki sahabat-sahabat baik yang sentiasa di sisi memberi sokongan, miliki segala-galanya...rasanya tak ada apa lagi yang aku perlukan dalam hidup ni..ijazah pun sudah digenggam..rumah kereta,harta benda dunia pun sudah lengkap sekadar mengikut kemampuan diri sahaja..apa lagi yer?Untuk mencapai tahap yg lebih baik dalam hidup?itu sudah semestinya...dan...yang paling penting sekali, menambahkan amal ibadat kepada Maha Pencipta..tanpanya, tiada lah rezeki yg tidak putus-putus, tanpa restu Nya, tiadalah kebahagiaan yang amat menenangkan jiwa..terima kasih Ya Allah di atas kurniaMu...
Sempena ulang tahun kelahiran aku ni, aku ada beberapa impian hendak dicapai..heheheh..macam azam lah pulak kan..impian ni, kalau boleh dan ada rezeki, ingin dicapai apabila usia menginjak 30-an...Pertama, aku nak sambung belajar lagi, mungkin amik master selama 2 tahun dan mungkin juga amik diploma dalam bidang berbeza, sekadar untuk tambah ilmu...Kedua, aku nak menunaikan umrah...teringin sangat menjejakkan kaki ke sana..Jika diizinkanNya dan ada rezeki, dan satu lagi, nak tambah ahli keluarga...hihihiihi...Pagi ni tgk kat wall fb, ramainya kawan-kawan yg wish happy birthday...terima kasih atas ingatan kalian semua..tapi org yg pertama sekali wish dah tentulah suami yg tersayang ;) nak tunggu hari ni ada suprise tak from hubby..kui3...act me dah dapat hadiah pun..in advance tuh..hahahaha...hadiahnya.biarlah rahsia...hope hari ni dapat oreo chesse cake ke kan...en hubby, u tau kan i suka oreo cheese cake??kalau u beli kat i, i sayang u banyak-banyak..teheeee ;p (hope hubby baca entry ni haha)
selamat hari lahir..semoga pjg umur, murah rezeki, semoga sentiasa diberkati Allah swt, semoga berbahagia hendaknya...amin ^__^
ReplyDelete