Assalammualaikum w.b.t
Sukar berhadapan dengan segolongan manusia yang bersifat sombong apatah lagi bila melibatkan kerja seharian..Dalam bidang kerja aku, aku sentiasa memastikan melayan pelanggan dengan baik, menegur mereka dgn baik jika terdapat kesilapan di pihak mereka, dan menjawab telefon, memberi bantuan dengan suara yg cukup lembut, mesra seolah-olah sudah kenal lama..itu yang sentiasa aku amalkan..manusia jika kita layan dengan baik, mereka akan layan kita dengan baik juga..human being...mereka ada perasaan seperti kita..tapi bukan semuanya..ada sebilangan kecil yang walaupun kita treat dgn cukup baik dan berhemah, mereka masih sombong, muka kelat dan macam2 lagi riak yg membuatkan kita rasa kurang selesa..*abaikan saja manusia sombong dan degil,keras kepala ;p
Bagaimana berhadapan dengan golongan seperti ini?I just treat them with my own way, sentiasa melayan pelanggan dengan baik walaupun anda mungkin dimarah,ditengking dan sebagainya..seboleh-bolehnya jgn menghamburkan kemarahan kita padanya pula..kalau sakit hati sangat pun, biarlah kita marah dalam hati atau membebel la sorang-sorang marahkan dia, tapi jgn sesekali kita buat depan dia..Cara untuk layan mereka ni, semakin mereka ,meninggikan suara,semakin kita kena lembutkan suara.semakin mereka bersikap sarkastik, semakin kita memaniskan muka dan melayan mereka sebaik mungkin...Anda boleh lihat mereka akan serba salah dan malu kerana kita tetap melayan mereka dgn baik walaupun mereka angkuh dan sombong...Dan percayalah, mereka kemudiannya akan baik dgn kita, tiada lagi sifat garang dalam telefon, tiada lagi sifat suka mengarah kita macam-macam, sebab mereka dah kenal dengan karakter kita..Kesabaran amat perlu dalam menjalani kehidupan seharian..adalah normal jika kita dilayan dengan buruk dan diprovok pula, kita cenderung untuk naik angin dan rasa marah kembali..atas sebab itu, jika kita ingin dilayan dengan baik, maka kita juga perlu melayan orang dengan baik..Walaupun kita berlembut tetapi hati-hati juga dengan perkataan, body language dan vokal (nada suara) supaya orang tidak akan salah faham. *mentang2 aku study komunikasi tetibe masuk vokal bagai kih3. remember, action speaks louder than words..Dan berhati-hatilah dengan saya, sebab saya pandai baca karakter orang, hanya dengan pandangan mata dan nada suara saja pun saya tahu mereka berbohong, tidak selesa dan tidak jujur....hehehehe *kelebihan budak kom ahaha ;p
**semalam jumpa si muka kelat dan bongkak,at last dia berterima kasih juga..oh man.....:)
No comments:
Post a Comment