Yang gojes gojes je

Thursday, May 3, 2012

Baked macaroni

Assalammualaikum w.b.t


Aku nak share resipi macaroni bakar...act first time aku buat, aku tak refer resipi pun..aku lebih suka buat resipi sendiri, jadi ke tidak itu belakang cerita.hahahah!!Lebih kurang je pun resipinya, cuma macam aku cakap tadi macaroni ni adalah resipi rekaan aku sendiri yer...alhamdulillah hubby aku cakap sedap dan dia request suruh aku buat lagi semalam....hehehehe


ini yg 1st aku buat..yang kat bawah ni yg kedua..dan aku ada ubah sikit resipi..aku tambah susu cair..dan macaroni bakar ni 2 in 1 sebab aku guna instant lasagna..kelebihannya dpt mkn lasagna dengan macaroni serentak...heheheh
 

after modified sikit.lebih banyak cheese lebih sedap tau..lps tu aku tambah sosej yg dihiris nipis, aku letak kat lapisan pertama..ikut suka la nak buat ke tak, depends on ur creativity.tambah sos thousand island pun boleh kat lapisan atas sekali tu.lagi sedap :)


RESIPI MACARONI BAKAR

Bahan-bahan

Macaroni (ikut sukatan mengikut keperluan)
4 keping instant lasagna (aku guna brand san remo)
setengah cawan susu cair
satu mangkuk daging cincang/daging kisar
kuah spagheti siap dalam botol perasa tradisional (brand kimball atau prego)
parmeesan cheese
oregano herbs
white pepper
mixed herbs
daun parsley 
sedikit butter untuk menumis
2 ulas bawang putih
seulas bawang merah
sepotong bawang besar

Cara-cara

1) rebus macaroni dan instant lasagna hingga lembut dan tapiskan airnya.

2) panaskan butter sebagai minyak masak secukupnya dan tumis bwg putih,bwg merah dan bwg besar yg tlh ditumbuk halus.

3)masukkan kuah spagheti mengikut keperluan dan tumiskan sekejap.Masukkan daging cincang tadi,sedikit garam dan kesemua campuran spices tadi serta susu cair dan gaulkan hingga separuh masak.ketepikan.

4) dalam loyang susun kepingan lasagna di lapisan paling bawah dan kemudian ditutupi dengan daging cincang tadi.selepas itu taburkan parmesan cheese ke atasnya..ulang langkah yg sama hingga 3 lapisan atau lebih.di lapisan yg paling atas sekali, letakkan macaroni yg sebelum itu digaulkan dengan sedikit sos spagheti.

5) taburkan kesemua spices sekali lagi pada lapisan atas dan daun parsley..akhir sekali taburkan parmesan cheese menutupu macaroni dan bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.


~
~
~
Selamat mencuba!
 

 

No comments:

Post a Comment