Yang gojes gojes je

Tuesday, May 1, 2012

Puding marble

Assalammualaikum w.b.t


Dah biasa buat puding marble, ikut resipi asalnya rasa puding ni ada macam coklat sikit sebab kita letak koko....saja nak buat kelainan, kita warna kan puding itu!hehehe..senang saja, asingkan dalam mangkuk berlainan warna lepas tu tuang je suka hati dalam loyang asalkan nampak warna warni itu wujud!hehe :)


puding marble warna warni!

 

lawa tak?tak susah pun buat bentuk ikan tu..beli je bekas kat kedai bakery lepas tu tuang kan je!hihi...



RESIPI PUDING MARBLE

bahan-bahan

satu paket agar-agar kering
2 1/2 cawan gula
6 sudu besar tepung kastard
8 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
sedikit esen vanila
satu tin susu cair
secubit garam
8 gelas air
1/2 cawan serbuk koko
setengah cawan butter


CARA-CARA

Masak agar-agar di atas api dengan 8 cawan air.masak hingga agar-agar hancur dan kemudian tapiskan supaya tidak berketul-ketul (kalau rajin)

pecahkan telur dan campurkan bersama tepung jagung dan kastad..kacau hingga sebati.

Apabila agar-agar telah hancur masukkan hasil campuran telur tadi ke dalam periuk dan kacau hingga pekat.masukkan secubit garam.

masukkan gula dan kacau lagi.agak sudah sebati masukkan pula butter dan kacau hingga sebati.boleh masukkan satu sudu kecil esen vanila ke dalam periuk dan kacau dengna api perlahan.

ambil serbuk koko dan bancuhkan dengan setengah cawan air hingga sebati.agar2 yg telah masak tadi boleh dituang ke dalam loyang yg dibahagi dua..satu loyang tersebut dicampurkan dengan koko yg telah dibancuh dengan air tadi..jika mahu warna warni, tambahkan loyang mengikut jumlah warna yg dikehendaki dan hiaslah mengikut kreativit anda..sejukkan di dalam peti sejuk.







No comments:

Post a Comment