Yang gojes gojes je

Thursday, May 17, 2012

Sedih!

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni saya sudah mulakan kutipan derma untuk uzair si yatim piatu,kisahnya pernah saya ceritakan di dalam blog ini..Alhamdulillah ramai yang sudi menderma mungkin kesian dan tahu mengenai ganjaran pahala membantu anak yatim piatu..Namun bukan semuanya yg ikhlas,tidak mahu menderma tidak apa,tapi janganlah pula lantang mempertikaikan qada dan qadar tuhan, siapa yg mahu mati meninggalkan anak yg masih kecil?sudah ajal arwah,jadi usah kita dgn sombong mengatakan dia salah krn memandu laju..ya,mungkin dia tidak merasa kehilangan, sebab itu dia dgn angkuhnya bercakap begitu tanpa rasa simpati...perasaan saya?kesal dan ya,mungkin saya marah lalu menjawab pd si tua itu, usah pertikaikan,apabila malaikat maut sudah ada di depan mata,usaha mcm mana pun untuk lari, kita tetap akan mati, hatta sedang tidur pun kita mungkin akan mati..jadi mengapa perlu sombong??Saya rasa dia lebih dulu makan garam daripada saya cuma saya tak pasti adakah ilmu agama dia lebih kukuh..saya bukan nak cakap saya ni pandai ke apa ke tak langsung..Atas sebab itu la kita perlu menuntut ilmu dan rajin membaca supaya faedahnya kita boleh gunakan ke atas diri kita..janganlah nanti orang cop kita sebagai orang yang dungu!Tapi kalau dah mulut 'takde perasaan' macam tu, susah la nak kata apa..sedih sungguh.saya berharap si dia itu segera la bertaubat dan jaga sikit mulut tu,mungkin tak kena pada keluarga dia..Kalau dia yg merasai dan ada pula orang menyalahkan anak cucu dia bagaimana?Bercakap langsung tak ada perasaan belas kasihan pada anak yatim piatu tu..Kak Jem aka makcik Jem ,jagalah sikit mulut akak tu..orang semua tak suka dengan akak sebab mulut jahat akak tu,insaf2 lah sikit...jangan sombong dgn orang kalau rasa diri tu senang..org lain pun senang jugak tapi merendah diri..pls lah...moga Allah buka kan pintu hati akak tu supaya menjaga mulut..kerana mulut badan binasa,kerana mulut boleh masuk neraka!(kalau dia bc blog aku lg bagus kan!)



**Masih terbayang apa yg si polan ni cakap tadi..mujur saya masih tahan sabar wlupun menjawab juga!
Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

  1. nak derma mesti seikhlas hati...
    sebab mulut badan binasa....

    ReplyDelete
  2. betul,menderma biarlah seikhlas hati tanpa mengharap sebarang balasan.kalau tak mahu menderma eloklah diam saja drp mengeluarkan kata2 yg menyakitkan ht org lain.

    ReplyDelete