Yang gojes gojes je

Thursday, May 17, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t


walaupun tadi saya sedikit terkilan dgn sikap manusia yang tidak tau erti belas kasihan, alhamdulillah kutipan derma untuk Uzair nampaknya berjalan lancar..Sampul berisi duit tu masih belum saya terima sebab telah diedarkan ke setiap unit pada mesyuarat pagi tadi..saya tunggu sampul itu dikembalikan kepada saya sahaja..dan alhamdulillah, beberapa orang rakan turut meminta no akaun saya untuk dimasukkan duit untuk diberi pada Uzair atau Boolat...Syukur, bukan sedikit jumlah yang diberikan tu...kepada yang berkenaan, semoga Allah merahmatimu dan menolongmu sebagaimana engkau telah berbuat baik kepada anak yatim piatu ini...Amin...dan jumlah keseluruhan saya akan kumpulkan, untuk diberi pada nenek Boolat yang kini menjaga si kecil itu..sekurang2nya boleh menampung susu Boolat untuk beberapa tempoh tertentu..alhamdulillah, rasa tak sabar nak ke rumah mereka, teringin sekali saya nak memeluk Boolat, moga diri ini tabah tatkala menatap wajah kecil itu..;(

No comments:

Post a Comment