Assalammualaikum w.b.t
Dalam Harian Metro hari ni, terpampang berita mengenai kemalangan yang meragut nyawa sahabat sekampus, arwah Siti Rohani atau lebih dikenali sebagai Nani di kalangan teman rapatnya...suaminya turut terkorban..mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan patah leher..Saya baru tau, anaknya berusia 6 bulan tercampak keluar dari dalam kereta dan mengalami kecederaan parah di kepala akibat terpelanting di atas jalan raya..Ya Allah ya Tuhanku..beri kekuatan untuk aku terus menulis tanpa mengalir sedikit pun air mata...khabarnya, bayi tersebut masih berada di ICU dan keadaannya dilaporkan stabil...Sesiapa sahaja yang mungkin membaca blog ini, saya minta kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada keduanya dan berdoa supaya anak kecil itu selamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius,berikutan kepalanya terhentak dan berdarah..Melalui sahabat saya bernama Syikin, anak arwah masih menyusu badan...di usia 6 bulan dia sudah amat mengenal bau ibunya...sudah semestinya dia tercari-cari ibunya untuk menyusu..dan apabila disuapkan botol susu, dia akan menolaknya, kerana puting botol susu tidak sama dgn puting ibunya, yg bisa menghilangkan dahaganya...rasa susu formula juga dah tentu tidak sama dengan rasa susu ibunya yang menyuapkannya sejurus selepas lahir ke dunia..dia tentu berasa pelik, mana seseorang yg setiap hari memegang,memeluk,mencium dan bercakap dengannya?Mana seseorang yang sentiasa menemaninya tidur malam dan mendodoikannya??Di manakah kedua wajah yang amat menenangkan hatinya tatkala dipujuk ketika menangis inginkan susu?Di manakah wajah yg biasa dilihatnya setiap petang apabila keduanya pulang dari kerja??Tiada lagi wajah itu...kerana ibu dan ayahnya telah pergi meninggalkannya..dan takkan kembali..pergi mengadap Pencipta..pergi dengan perasaan terkilan kerana tidak sempat membesarkan anaknya yang baru berusia 6 bulan...inilah takdir tuhan, ajal maut yg tidak kita duga, bila-bila masa sahaja kita akan meninggalkan insan yang tersayang...beri aku kekuatan untuk terus menulis...Ingin sekali aku berjumpa dengan si kecil itu dan memeluknya...ya,dia bukan anakku, tetapi setiap bayi kecil itu aku anggap seperti anakku sendiri...sesiapa sahaja yang akan menjaga si kecil yatim piatu itu, tolonglah jaganya dengan penuh kasih sayang, sebagai pengganti ibu dan ayahnya..Dia tidak mengerti apa-apa..untuk beberapa hari pertama dan mungkin makan masa beberapa minggu, dia pasti akan mencari ibunya....pasti...semoga roh keduanya dirahmati dan diampuni segala dosa-dosa mereka..amin....dan kehendak ilahi, kedua mereka sama-sama terkorban...Betapa sucinya cinta mereka berdua, janji sehidup semati..saya mendapat berita,mereka dikebumikan bersama dalam satu liang lahad..moga dipertemukan di JannatulFirdaus..al-fatihah..
No comments:
Post a Comment