Yang gojes gojes je

Sunday, May 20, 2012

Update Boolat

Assalammualaikum w.b.t


Ok, sambungan citer tentang 'bayi terbang' yang selamat dalam kemalangan tragis 'lancer vs insspira' di LPT 6 Mei lalu...inilah dia, bayi berusai 7 bulan yang diselamatkan oleh malaikat dengan izin Allah, terpelanting keluar daripada kereta dan terhempas di atas jalan raya, namun tiada kecederaan serius!Alhamdulillah, Allah masih mahu Boolat hidup dan menikmati keindahan dunia ciptaanNya..Namun atas kehendakNya juga, mama dan abah boolat terkorban dalam nahas tersebut ;(

Untuk pengetahuan, arwah Nani ibu boolat adalah rakan sekampus..arwah merupakan senior saya tetapi arwah mengambil kursus pentadbiran awam..al-fatihah untuk nani dan kimi..Allah lebih sayangkan kalian berdua...nasib kita sendiri belum tahu bagaimana...

Buat masa ini, Boolat dijaga oleh makcik nya sendiri kakak kepada arwah nani dan tinggal di Bandar Seri Mahkota, bersama atok boolat sekali..alhamdulillah boolat sudah ada penjaga yang sah dan harapnya boolat akan disayangi dan dijaga dengan baik...menurut atok boolat juga, arwah ada meninggalkan sedikit bekalan untuk boolat..i mean insurans dsb..alhamdulillah (kita kena beringat juga)..

Kami turut sampaikan sumbangan yg diperolehi untuk Boolat dan telah diberikan kepada atok boolat.dari JKR dan juga UUM..jumlahnya biarlah saya rahsiakan,bimbang ada yg tersalah anggap nanti.Apa pun semua tu untuk keperluan Boolat untuk beberapa tempoh.Alhamdulillah ;)


me and boolat..dia semakin sihat..cuma tinggal parut akibat luka terkena jalan raya..memang ajaib, boolat bayi istimewa..walaupun kini yatim piatu, boolat ingatlah bahawa ramai yg ambil berat tentang boolat...jadi anak yg soleh ye..doakan mama dan abah boolat...
 

baik je, tak byk ragam.masa kami datang ni,boolat selsema sikit..dah pandai meniarap dan pusing balik.laju betul dia berguling-guling..boolat suka tgk upin ipin kata atoknya..pandai pandang kamera bila org amik gambar dia..atok boolat ckp arwah nani suka ambil gambar boolat ;) frankly speaking saya memang sebak bila melihat Boolat, alangkah sedihnya, usia sekecil ini, hilang kasih sayang ibu dan ayah..alangkah sedihnya, mama dan abah boolat tak sempat tgk boolat berjalan kan...apakan daya takdir tuhan tiada siapa dapat menghalangnya..

 

geng UUM..saya dukung boolat, sebelah tu En Amin, our Director yg turut sama melawat boolat..di sebelah en amin tu ialah datuk boolat, bapa kepada arwah nani..mereka tinggal bersama sebelum ini...menurut kata atok boolat, rumah arwah kini kosong...dia tidak sanggup duduk kat sana katanya...kita fahamlah, dah tentu dia teringat anak dan menantunya kan ;(

**itu serba sedikit yg saya rasa boleh kongsikan,selebihnya bukan untuk pengetahuan umum..maaf gambar dari kamera tab saya tak banyak..cuma ada kat facebook je yg diupload oleh rakan-rakan yg lain...insyaAllah bulan puasa nanti saya bercadang nak melawat boolat lagi, dah niat nak belikan boolat baju raya..secara rasminya saya dah ada anak angkat yg pertama..iaitu boolat ;)



Semoga nani dan kimi tenang di alam sana, dan diampunkan segala dosa-dosa..Kenangan ini akan kekal sampai bila-bila, hingga boolat satu hari nanti akan mengerti..insyaAllah...

**bagi saya, peristiwa ini byk membuka mata saya..kehidupan kita tidak kekal, oleh itu usahlah kita leka dgn keindahan dunia..harta,rumah,kecantikan,pangkat,kuasa, bila-bila masa sahaja boleh diambil balik..oleh itu hiduplah secara sederhana,bimbang byk harta buatkan kita lalai...aku bersyukur dgn kehidupan sekarang dan sudah tiada rasa dan perasaan nak beli umh lg besar,kete lg besar, nak beli itu ini, angan macam-macam lagi..terima kasih Allah, kerana membuka mataku.Marilah kita menambah amal ibadah kita, selagi masih berpeluang..Ya Allah ,ringankanlah seksa kuburku..amin....
 

 











3 comments:

  1. alhamdulillah, semoga niat murni Nur Raihana diberkati olehNYA....

    semoga kedua ibu bapanya tenang disana...

    ReplyDelete
  2. Yana, sedihnya wei..tatau nak cakap apa..sian sangat baby ni..huhuhuhuhuhu......seb baik atok nenek dan mak sedara ada lagi...huhuhuh..sedih weii..tengok muka Boolat tu lagi sedih jadiknya..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Qhaifa Nur:isyaAllah kak, tak lain tak bukan apa yg saya buat hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah..

    Linda:sedih linda, tak tau nak cakap mcm mana..semalaman aku ingatkan boolat je..bila tgk dia depan mata, rasa nak tersembur keluar air mata..apatah lagi keluarga diorang sendiri kan..itu lah, boolat masih beruntung sbb ada atok dan makcik2, boolat pun ada sedikit harta peninggalan arwah mama dan abahnya..sedih linda bila tgk mata dia ;(

    ReplyDelete