Yang gojes gojes je

Monday, April 9, 2012

Dah daftar MUET

Assalammualaikum


Pagi ni hujan.sejuk!Alhamdulillah..bagi aku setiap kali hujan, adalah hujan rahmat.Cuma manusia yg menyebabkan air hujan dicemari, lalu menyebabkan muka aku gatal-gatal.huhu!Aku tidur langsung tak sedar yg hujan start pkl 3 pagi ibu aku cakap..sampaikan niat aku nak bgn buat solat tahajud pun entah ke mana..subhanallah...leka tidur sangat.hurrmmm..Eh,aku dah selamat pun mendaftar ujian MUET..InsyaAllah bulan Julai ni exam..lega aku..tunggu exam tuh je.aku amik kat sekolah menengah aku dulu..Sek Men Keb Perimbun..rindunya nak masuk sana!sekarang dah jadi antara sekolah terbaik dah..sekolah bestari..tapi bekas anak muridnya ni tak bestari pun..kih3..Aku harap result MUET tu keluar cepat so aku boleh konvo bulan Oktober nanti.bukan aku sorang je amik, ada lagi sorang membe pun sama.kami ni ketinggalan.awal2 tak nak amik..act MUET adalah syarat untuk anda layak konvokesyen..walau result gempak sekalipun kalau tak amik MUET, memang tak dapat nak konvo la..semalam aku kol uum, tanya bila result exam keluar..depa pun tak tau lagi bila keluar..tak dpt maklumat lagi..aku rasa end of this april the result will come out and hopefully aku lulus semua subjek dengan jayanya..huhu..gementar pun ada..tipu la kalau aku ckp aku tak kisah nak konvo..mestilah kisah!6 tahun aku amik degree ni oit..dari sebelum kawen sampai ada 2 anak baru la habis..aku rasa aku dah lalui byk pengalaman berharga sepanjang menjadi pelajar luar campus dan bertemu ramai kawan2 dari pelbagai bidang dan latar belakang..semua tu pengalaman yg cukup berharga..mungkin salah satu pencapaian tertinggi aku..setelah pernah dihina,dicaci oleh saudara sendiri....ada ke kata aku tipu aku amik degree??tak patut betul la..huhu!kadang2 kan aku heran, aku tak pernah pun kacau orang, nak dengki2 dgn darah daging sendiri..sikit pun tak!bagi aku, setiap orang tu ada rezekinya..cuma ada yg lebih ada yg kurang..biarpun kehidupan aku sekarang semakin baik, tak pernah pun aku nak pandang rendah kat orang lain apatah lagi membandingkan diri aku dgn org lain.salah satu penyakit manusia akhir zaman ialah perasaan hasad dengki yg meluap-luap sehinggakan keluarga sendiri pun boleh dijadikan bahan untuk dikeji dan difitnah.bagi aku, diam lebih baik.tak guna melenting kan.asalkan ibu,ayah dan suami aku sayangkan aku cukuplah..asalkan kami bahagia cukuplah..aku ckp ni bukan nak perli atau nak cari gaduh dgn sesiapa..tapi inilah realitinya..jgn lah suka dengki2 dgn orang, percaya bhw perjalanan hidup kita telah dirancang oleh Nya..sebagai manusia kita perlu bersyukur dan berbuat baik sesama manusia..kalau hati kita ikhlas insyaAllah tuhan akan berikan rezeki yg kita tak nampak..kalau dah senang jgnlah pula lupa padaNya begitu juga waktu susah..Jangan menganiaya org lain, kelak di dunia juga kita akan mendapat balasan.hidup yg tak sempurna, rezeki yg tidak kunjung tiba dan macam2 lagi dugaan..setiap dugaan yg berlaku, cubalah kita renung pula diri sendiri.apa salah yg aku buat sampai dihukum begini??tanya la pada tuhanmu, mengadulah pada Nya, nescaya kamu akan mendapat jawapan, setidak2nya ketenangan..hidup kita di dunia tak lama.entah esok lusa kita akan mati..jadi selama diberi peluang bernafas, janganlah bermusuh dgn sesiapa, jgnlah memfitnah dan 'hitam' kan hati tu hanya kerana tidak senang melihat org lain,apatah lagi menunggu masa untuk menjatuhkan org lain..apa yg aku ckp ni, peringatan untuk aku jugak..aku pun sedang berusaha menjadi hambaNya yg lebih baik..andai kata apa yg aku cakap ni mengguris hati sesiapa, aku minta maaf byk2..bukan niat aku nak cari gaduh..tapi ingatlah, cukuplah berdengki dgn adik beradik, saudara mara sendiri..hentikanlah kata-kata fitnah atau apa saja yg blh menghitamkan hati tu.apa yg kita dapat kalau buat mcm tu?dosa je yg dapat,lepas tu hati sendiri tak tenang sbb fikirkan psl org lain yg tgh hidup bahagia..jadi pesanan aku, ingat2lah..kalau rasa nak mula fikir buruk psl org tu cpt2 istigfar byk2..aku bukan nak tunjuk baik kat sini..aku pun byk dosa..tapi sama-sama lah kita kurangkan dosa.ok aku dah melalut..hari ni aku puasa ganti tapi tak taulah boleh bertahan ke tak, sebab dari semalam aku tak brp nak sihat, migrain je sampai kena makan ubt yg plg kuat..maybe sebab aku banyak fikir sgt kot lately..Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan seharianku dan limpahkanlah rahmatmu ke atas ku dan seluruh umat Islam supaya iman kami kekal terpelihara..Amin..

No comments:

Post a Comment