Assalammualaikum w.b.t
Kadang-kadang kita sebagai manusia, sering melakukan kesilapan tanpa disedari atau tidak..kadang-kadang juga kita tidak sedar sikap kita membuatkan orang sakit hati atau membenci kita..adalah baik kita sering merenung keburukan diri daripada mencari peluang menilai keburukan orang lain..kerana jika kita bersikap begitu, ia bermakna kita orang yg sombong dan hanya menganggap diri kita saja yg betul dan terbaik.Seterusnya rezeki tertutup sama ada dari segi kewangan, tidak dikurniakan anak dan sebagainya..rezeki untuk mengecapi kebahagiaan juga sukar dicapai..oleh itu jika inginkan ketenangan hati, buangkanlah dahulu sifat mazmumah yg ada dalam diri kita.Adalah lebih baik melakukan perubahan secara perlahan-lahan daripada terus hanyut dengan keegoan diri.
Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan rasa bahagia di hati kita ialah:
1.
Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak tenang.
2. Pendendam - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul
lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang
untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang
pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad Dengki - Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4.
Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya, sentiasa berdalih
mengatakan dia tiada duit (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama dengan menderma). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi Allah benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana
walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain
kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.
5.
Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau
berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Lagipun orang tamak
selalu rugi. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita ialah bila ia
dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,
bermakna itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang
lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan
iaitu yang dapat dimanfaatkan.
6. Tidak Sabar - Andainya perkara
yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih
besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan.
7.
Ego - Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang itu menjadi
paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - Terseksa sendiri kerana
sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di hadapan
orang. Jika dia dipuji, dia akan menambah amalnya. Tetapi jika dikeji,
dia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak dan takabbur
dengan apa yang kita ada.
9. Cintakan Dunia - “Tidak ada harta,
menderita. Dapat pun menderita!” kerana bila sudah dapat harta, susah
pula untuk menjaganya. Berharta tidak mengapa, tetapi kawal perasaan
hati supaya jangan diletakkan pada harta itu. Apabila mati nanti, kita
cuma membawa amalan dan doa anak kita yang soleh/solehah. Cinta dunia
merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan
barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan
dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat
dibawa mati.
Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan
sebenarnya bukanlah secara keseluruhan yang disebabkan kemiskinan,
musibah, kesibukan dan lain-lainnya. Tetapi ialah kerana sifat-sifat
MAZMUMMAH. Makin tinggi sifat mazmummah seseorang itu, makin ia TIDAK
BAHAGIA. Samada bermujahadah atau membiarkan sahaja mazmummah itu,
kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan
dibantu Allah dan akan bahagia jua di akhir. Jadi, sama-samalah kita
senantiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Andai kita terleka
dengan dunia buruklah padahnya padahnya. Wallah'hualam...
No comments:
Post a Comment