Yang gojes gojes je

Tuesday, April 24, 2012

Ciri-ciri orang munafik

Asalamualaikum w.b.t


Hari ni kita ambil tahu tanda tanda seseorang itu orang Munafik ( Munafiq ) . Ciri ciri orang munafik banyak tersebut dalam Al Quran Dan Hadis Nabi . Orang Munafik boleh juga di ibaratkan musuh dalam selimut . Waspadalah dengan golongan orang munafik ini kerana banyak helah mereka dan tipudaya mereka .

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. Riwayat Ahmad.

Disini beberapa lagi….. tanda tanda orang munafik menurut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w untuk peringatan renungan kita :

Malas beribadah kepada Allah , Lupakan kepada Allah , Lalaikan solat fardhu , Mempercepat perbuatan semasa mengerjakan solat , Gemar meninggalkan solat berjamaah , Meninggalkan solat Jumaat , Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf , Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi , Menyembunyikan ilmu pengetahuan , Dusta ,Fitnah , Mengumpat , Mencaci maki , Mungkir janji , Riak , Hasad dengki , Bakhil , Sombong antara sesama manusia , Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya , Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai , Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya , Mengengkari Takdir Allah , Enggan berjihad dijalan Allah , Mempersendakan kesucian Agama , Menghina sahabat Rasullah , Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar , Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup , Menangguhkan pembayaran Hutang , Keluh kesah apabila ditimpa musibah , Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah , Menipu dalam jual beli , Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman, Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak) , Membuka rahsia orang lain , Membuat kerosakan dimuka bumi , Duduk dan bercampur dengan orang orang yang memperolokan ayat Allah , Mengubah dan menyalahgunakan ayat ayat Allah. Memakan harta anak yatim , Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam , Bermuka dua , Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang , Melampaui batas yang digariskan oleh Allah , Menghalalkan perkara yang haram , Bersumpah dengan selain nama Allah , Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin , Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim , Menuduh orang beriman bodoh , Memutuskan hubungan silaturahim , Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa dan Menghianati sesuatu amanah … Wallahu a’lam .

No comments:

Post a Comment