Yang gojes gojes je

Thursday, April 19, 2012

Resipi Pavlova

Assalammualaikum w.b.t


Ada member mintak resipi pavlova kat aku..so aku update la kat dalam blog ni..resipi ni pun aku amik dari MyResipi jugak.kebanyakannya resipi pavlova nih lebih kurang je..Mungkin ada teknik2 yg berlainan mengikut pengalaman dan kreativiti masing-masing.Aku pun baru 1st time buat, bulan lepas kot..Tapi aku tak berapa suka sebab manis..alternatifnya boleh la kurangkan gula kepada sesiapa yg tak suka makan manis tuh yer..



gmbr gugle.pavlova aku buat kalo rjn cari la dalam entry blog nih..hehehee




Bahan-bahan ( 1 biji pavlova (6 org makan) )

  • 8 biji putih telur
  • 250 gula kastor (cadangan aku, kurangkan ke 150 ke 200g shj.ikut selera nti manis sgt)
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil cuka makan
  • *******untuk topping*******
  • 250g whipping cream
  • 30g gula icing
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Buah-buahan seperti strawberry,passionfruit,kiwi,blueberry,pineapple dan sebagainya.

Cara-cara

  1. Pastikan mangkuk anda bersih yer.Putar putih telur sampai keluar 'soft peak' (telur melekat bila terbalikkan bekas mixer tu) ,tambah gula kastor sedikit demi sedikit dan putar sehingga keluar 'stiff peaks'(sama gak melekat). pastikan gula betul2 hancur.masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.kacau semuanya.
  2. Lukiskan bulatan besar pada baking paper dan sudukan adunan ke dalamnya.Panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven.bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.
  3. Untuk topping,putar whipping cream sehingga muncul soft peaks.Maniskannya dgn gula dan esen vanila.
  4. sudukan whipping cream keatas pavlova sehingga menutupi atasannya.Hias dengan buah-buahan. 

No comments:

Post a Comment