Bagi sesiapa yang banyak masa terluang di pejabat atau bila-bila ada kesempatan, marilah bersama-sama mengerjakan solat Dhuha..selain solat 5 waktu, adalah baik untuk kita amalkan solat sunat yang lain juga, supaya berganda pahala dan keberkatan diberi Allah S.W.T..insyaAllah..bagi yang tidak menghafal niat dan bacaan ketika sujud terakhir mahupun doa selesai solat, boleh la lihat pada buku atau kertas sahaja..tak salah asalkan kita berusaha, Allah akan lebih menyayangi kita atas kesungguhan untuk mendapat keredhaannya..lama-lama nanti kalau dah diamalkan insyaAllah boleh dihafal dengan lancar.
Kelebihan Sembahyang Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis
Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara
faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala
keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat
sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah
solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan
keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku
Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah
mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat
Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada
tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada
tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu
sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai
ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha
.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun
kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”
sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki
dan menolak kepapaan."
Dalam
satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat
Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan
daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar
Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat
Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai
daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu
sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan
sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara
menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang
lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat,
enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya
tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara
tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah
bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan
menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim
dan Ibnu Majah)
Dalam
sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang
menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia
daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan
barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia
daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang
menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari
tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis
baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang
menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya
mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan
Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah
tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih
baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat
At-Thabarani)
sumber:www.islam2u.net
No comments:
Post a Comment