Assalammualaikum...
Tahun ni umur aku dah masuk 27 tahun..Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan meraih bahagia di bumi ini..27 tahun muda lagi kan?ahaks..umur 30 sekalipun aku tetap anggap umur aku baru 17 okeh.kakakakaka..yg penting kena ceria-ceria selalu, barulah nampak awet muda.aku baru potong rambut pendek, hubby aku cakap dah macam rupa budak sekolah.kalau tak pakai tudung, memang muka aku nmpk mcm budak-budak.oh perasan sungguh aku!kekekekeke
Umur semakin meningkat maka kita sebagai wanita terutamanya yg dah beranak pinak, perlulah menjaga kesihatan dalaman..mcm aku, jamu tu memang dah jadi amalan harian..bagi aku jamu sangat penting untuk wanita lepas bersalin supaya dapat menjaga enjin dalaman kita..kesannya mungkin bukan sekarang,tetapi apa salahnya kita menjaga enjin kita sejak usia muda?Selain jamu, aku baru mula amalkan minum susu anlene, untuk menjaga tulang..kadang2 aku rasa tgn kebas, kaki kebas..itu petandanya tak cukup kalsium lah tu..so aku pun beli la susu anlene tu.aku amik perisa coklat.kalau perisa asli tu takdenya aku nak minum..huhuhuhu..semalam aku lupa minum sebab aku penat sgt, makan pun tak lalu..tak lalu?ceh,ptg kang aku update story makan steamboat lak.hahahah!diet aku hancur sudah cis!takpela, selagi hidup makan puas2, kang dah mati tak dpt lak nak makan sedap2 dah kan..huhu!
Korang, jom minum susu untuk mengelakkan kerapuhan tulang.di antara khasiat susu anlene ialah:
aku amik perisa coklat, untuk umur 19 hingga 50 tahun,kalau yg lbh 50 thn, amik yg untuk 50 thn ke atas..ayah aku sejak eksiden thn lps dah mula minum anlene ni wlpun ibu aku kata dia culas.hahaha!
Menurut Pengurus besar Fonterra Brands Malaysia Sdn. Bhd., John McKay, minum susu biasa mungkin tidak mencukupi. “Ini kerana hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kebanyakan wanita Malaysia hanya mendapat 50 peratus daripada keperluan kalsium harian mereka. Sebahagian rakyat Malaysia tidak menggemari rasa susu biasa. Oleh itu kami melancarkan Anlene™ Concentrate Coklat,”
Selain memenuhi keperluan kalsium harian anda, perisa coklat yang lazat adalah satu kelebihan. Pihaknya, menurut McKay berbangga memperkenalkan produk baru kepada rangkaian produk susu berkalsium tinggi sedia ada.
Jisim tulang memuncak pada umur 30 tahun dan mula merosot. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi daripada makanan harian adalah amat penting. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dan jika berterusan boleh menyebabkan osteoporosis terutama di kalangan wanita yang usianya telah meningkat.
kalsium”Anlene™ percaya langkah pertama untuk memiliki tulang yang sihat adalah mudah. Minum susu yang sesuai dengan kandungan kalsium yang mencukupi. Perubahan yang kecil dalam amalan pemakanan harian anda boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan tulang anda di masa hadapan,” ujarnya.
Anlene™ merupakan satu- satunya susu tepung berkalsium tinggi yang telah diuji secara klinikal. Hasil penyelidikan menunjukkan kadar kehilangan jisim tulang di kalangan wanita yang meminum susu Anlene™ adalah lebih rendah berbanding wanita yang tidak meminum susu Anlene™. Hasil kajian itu telah dicetak oleh The Journal of Bone and Mineral Research pada 2001, menyokong status Diuji Secara Klinikal Anlene™ di kalangan kumpulan kesihatan yang berpengaruh._PETIKAN DARI UTUSAN-
euuww.. xsuka susu..! xsdap..
ReplyDelete