Yang gojes gojes je

Sunday, April 15, 2012

ketagih makan ketam

Assalammualaikum w.b.t


Moga semua umat Muhammad S.A.W dirahmati Allah...

Korang suka makan ketam tak??Frankly speaking, aku baru-baru ni je masak ketam.sebelum ni mmg tak pernah beli dan masak, sebab aku tak reti nak menyiang ketam itu..kikiki..Baru bulan ni la aku try masak, tu pun sebab kat pasar tani opis aku ni, dia dah siang siap2, ikan ke apa ke, just balik masak je.Mudah kan?sebab tu aku rajin beli kat sini..harga pun ok la..skang ni tetiap minggu aku makan ketam..seminggu pasar tani 2 kali makanya 2 kali la aku masak ketam..hehehehe.

So far aku buat masak lemak ketam dengan nanas atau aku goreng dulu ketam tu lepas tu aku masak 3 rasa.kuah tu last sekali aku tuang atas ketam tuh..sedapnya..meleleh air liur aku ni sambil menaip *tipu 


Nak pulak hubby aku puji sedap sampai menghirup kuah masak lemak tu, bertambah rajin la aku masak ketam je..bangkrap kalau tetiap hari makan ketam!hahahaha!esok pasar tani, harus la aku beli ketam lagi.LOL



ketam masak lemak..jgn lupa letak nenas, lebih mantop rasanya.slurrrppp!tapi kan aku sebenarnya bukan reti mkn ketam sgt.aku makan isi kat badan dia je..kaki tgn ketam tu aku tak reti makan.part tu hubby aku yg tolong settlekan.kih3..hubby aku cakap kalau gitu caranya aku makan ketam, 20 ekor aku sorang pun tak cukup!kah kah kah!

 

biasanya kalau aku masak ketam, aku mesti buat siakap atau kerapu 3 rassa..ni ikan kerapu saiz kecik2..aku nk cari yg besar tak de lak..tak puas makan ikan kecik.hehe..


switch to another story....aku baru dapat surat anjakan gaji nih..cepat pulak..terkejut mak.pelarasan gaji tahunan aku setiap bulan april..tabik hormat sungguh aku pada mereka yg bertanggungjawab mengeluarkan surat ni..sungguh aku kagum akan kecepatan pegawai kerajaan ini membuat kerjanya..tahun lepas punya surat pun aku tak dapat..tetiba thn ni lak..same month pulak tu..motif?hehehe..bersangka baik yana!subhanallah.....;p apa pun alhamdulillah la, kat situ tulis prestasi aku baik...kikiki

 



switch to another story lagi, semalam kan boring, aku ajak hubby g ikea, motipnya aku kepingin nak makan puff dia tuh je..tapi terbabas shopping sampai seratus lebih.nampak sangat tujuan asal ke sana dah terpesong!huhu..:)

Aku beli baru semua yg kat atas meja tuh.aku rasa bosan pulak asyik merah je kat dalam rumah ni, so aku try la warna hijau, nampak segar sikit mata..lari daripada kebiasaan..cewah!Aku beli baru alas atas meja yg colourful tu, pasu baru, bunga baru 3 batang (selebihnya yg sedia ada), tisu baru warna hijau (sebelum ni warna merah) dengan alas mcm bentuk daun tu..semua murah2 belaka je..sebab tu aku beli..kakakaka..lps tu aku beli kabinet tv untuk letak dlm bilik..kabinet lama tu aku dah let go kat ibu aku, sebab panjang sangat, menyemakkan ruang bilik jek..hhhurrmmm puas ht bila tgk meja makan cantik begini..tapi percayalah keadaan mcm ni hanya smentara je..maklumlah aku kan ada 2 orang anak kecik yg aktif dan cergas.huhu! 

 ~
~
~
tu je aku nak story..aku dah malas sikit nak update blog setakat cerita2 syok sendiri yg tak penting (wlpun aku tau ni blog aku hak aku nak tulis apa pun) hehehe..sekarang ni ntah kenapa la aku berubah sikap, dah malas nak bercakap dgn orang.bukan aku sombong ke apa ke..tapi aku rasa lebih elok berdiam diri kalau takde benda penting yg nak dicakapkan..sebab aku bimbang kalau byk bercakap dan bersembang akan menjerumuskan aku ke arah umpatan dan bercerita hal org lain tanpa disedari atau tidak.bukan bercerita je,dengar orang mengumpat pun sebolehnya aku nak elak.jadi kengkawan sila jgn mengumpat psl org lain kat aku ye..aku tak sudi nak tadah telinga dan tambah dosa.tak guna solat 5 waktu sedangkan mulut kita laju je suka cerita buruk pasal orang dan dengar orang mengumpat..apa pun jgn pandang kebaikan diri kita je bykkan juga menilik keburukan diri kita supaya kita sentiasa menjadi hambaNya yg beriman dan menjauhi dosa-dosa besar..amennn...
 



2 comments:

  1. Yana, aku ni anjakan gaji bulan january, sekeping surat apa pun tarakkk..hahahahaa

    ReplyDelete
  2. Haa..lambatlah tu hang dpt anjakan gaji.hehehe..aku dpt bulan 6, depa tunggu lps anugerah cemerlang bulan 5.kira cpt jugak la..thn lps bulan 11 baru aku dpt tunggakan tuh.pelik jugak sbb cepat.haha

    ReplyDelete