Yang gojes gojes je

Tuesday, January 31, 2012

Perlukan stroller baru untuk si lasak!

Susah betul kalau bawak Zaraa dgn Irfan ni berjalan..Zaraa ni punya lasak, dia tak reti duduk diam jalan ikut kita.Dia akan merayap tak takut langsung dgn orang, lepas tu lari dari kita..kalau tak jaga betul2 boleh hilang budak ni..haishhh!kekadang rasa gak dia mcm hyperaktif..ada la sikit..ada jugak ckp dgn hubby.tapi hubby kata dia tgh lasak,bukan hyper.ikut hati nak pi check je..hahaha..tapi dia cerdik la, cepat tangkap apa kita ajar, cuma tahap kelasakan dia tu alahai...org yg tak sabar mmg hbs la kena dera budak ni..mama dia pun kdg2 hlg sbr jugak, mendapat la Zaraa pukulan kat tangan.huhu!Bila berjalan, patutnya adik la kan duduk dlm stroller, ni tak terbalik pulak..kakak yg duduk dalam stroller.sebabnya pnt la hai nak menjaga dai kalau kita nk beli brg..kalau kita pimpin dia jalan pun dia tak reti diam..dia akan buat2 pengsan la,lembik badan la..sabar jela dgn budak nih!Adik lak time kck ok je kan,tp dah cerdik ni, kalau kita dukung dia menjerit nak turun.tangan dia pun tak bg pegang.kalau tak lepas dia pengsan!anak-anak korang camne??haishh

Zaraa kalau letak dlm stroller dia ok pulak.baik je..kaki jela sambil lalu tendang brg2 yg dekat dgn dia.hahaha!Me ckp kat hubby, nyesal dulu tak beli stroller yg untuk kembar tu..sng letak sebelah2, dia ok je asalkan ada kakak dia kat sebelah..bagi mainan senyap lah dia..so dok memikir nak beli stroller baru ke tidak ni..tengah mengira $$$ kalau ada..hahaha..nk jual stroller lama tu la..anyone?baru pakai tak sampai setahun.jom tgk gambar dulu.



stoller lama Zaraa..brand combi empresso..saya nak let go la kalau ada yg berminat pm saya k ;) harga blh dirunding.in a very2 good condition!


saya berkenannya yg ni..my favourite colour...nak ajak hubby tgk harga dia dulu..hahaha..McLaren hrga murah dari combi.

suka combi..tapi harga tu ha tak mampu kot..baik g bercuti dgn duit tu..heheh


Mr parin, jom kita survey stroller baru! *survey je tak beli pun takpe hehe

Monday, January 30, 2012

Minum banyak air untuk kurus??

Penatnya ulang alik toilet dalam tempoh setengah jam sekali..toilet kat ofis ni jauh sikit, kalau korang senak perut, janganlah dilambat2kan ke toilet kalau tidak ada jugak yang tercicir kang..larian pulak mestilah pecut 100meter supaya tepat2 sampai tatkala perut sudah tidak dapat menahan lagi..kat opis ni saya suka g toilet kat bawah, dah la jauh, kena turun naik tangga setingkat..kira salah satu senaman jugak la tu drp duduk melekat kat kerusi.hari ni kan baru la dapat kesedaran nak minum air banyak2..kesian tau, kalau kat opis kdg2 saya minum air masak, sebotol mineral tu pun tak habis..blk umh jela minum tu pun lepas makan dan sebelum tido..patutlah kulit pun cam bermasalah aje sejak dua menjak nih.agknya kurang air kot..ada membe ckp,kalau nak kurus minum air byk2..confirm berat turun.dia dah try.dia minum 5 botol besar air mineral tu sehari..erkkk..ni pun dah kembung perut jek rasa, nak muntah pun ada.hahahah..nak amalkan jugak la, kot brt mau turun..tension lah...tak kurus-kurus pun haa *makan nasik tak benti ada hati mau kurus!;p

Baik, kita cuba ya..dah merayu kat hubby, nak beli jusmate 5 dpt turun 5kg pun cukup dah,barulah kuwus cam dulu..heheheh :p

Jom baca kat bawah kebaikan minum banyak air masak!

1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.
2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.
3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.
4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.
5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.
6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.




7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.
8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.
9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum  bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.
10.  Minum sekurang-kurangnya 2  hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.
11. Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Tak percaya? Tanya pada yang pakar.

Nak masak nasi goreng udang

Tadi dah beli udang besau dan gumuks kat pasar tani..murah...RM10 satu plastik tu..byk jugak la kalau letak dalam nasi goreng, marbeles la!lepas tu beli carrot dgn sawi tuh je..byk ikan segar2 tadi tapi tak nak beli sebab esok hubby takde, kursus kat cameron highlands 3 hari..cuti masak la...hehe..esok cuti duduk rumah jela ye kak long dgn adik,papa takde.petang baru kita g umah onni tido sana..cepatlah anak besar, takde la takut sangat pasal hubby selalu outstation,nak2 lak nti dah duduk semenyih jauh dari rumah ibuku..huhuhu.

Balik satgi sampai rumah terus masak la..adik ipar ada rumah,pkl 10 nak hantar dia kat putrajaya sentral, naik bas balik perlis cuti semester.terliur dah nih membayangkan nasi goreng udangku..tumbuk cili padi, tumis, letak belacan sikit, masukkan perencah nasi goreng udang, hiris carrot nipis2, masuk sawi, masuk telur hancur sikit sedapnyaaa...eh kitorang tak suka sgt mkn nasi berlauk malam2, lebih prefer nasi goreng sebab siang dah mkn nasi berlauk..alahai terpaksa makan la mlm kang..tak jadi diet la okehh!hahahahah!!


MY:Dah sms hubby, malam nanti ajak layan DVD, dah download macam-macam cite nih..:p


pinjam google

Cuti panjang

esok cuti, lusa khamis dgn jumaat adalah hari terakhir saya kerja sebelum bercuti panjang selama hampir 2 minggu.Bukan sesaja cuti, saya final exam start dari 13hb sampai 19hb..untuk hari yg ada exam tu saya dapat cuti tanpa rekod..saya just tambah cuti rehat 3 hari sebelum tu untuk study week..study week sgt kan!hahaha..minggu depan kita cuti Thaipusam dgn Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W, kira saya sambung cuti la, total cuti tak yah masuk opis adalah selama 16 hari!heavennnnyyyaaaaaaa!!So dengan itu untuk bulan mac dgn april saya tak boleh cuti langsung sebab dah amik byk cuti..kena simpan sampai hujung tahun..hopefully takde la perkara emergeny terjadi..sebut pasal cuti, tahun ni mmg saya perlukan byk cuti..nak pindah rumah harus la jugak amik cuti,dah tentu penat mengemas sana sini.bulan 5 jugak brother in law nak bertunang..kalau kena dgn tarikh kami nak pindah tgh sibuk2 tu maybe tak dapat la nak join ke Parit..sebab hari cuti hari minggu tu la me nak mengemas bagai.tak mau kacau time kerja.tu kalau bulan 5 dpt kunci la..lepas tu cuti nak pergi Bukit Gambang pulak.cuti raya aidilfitri,cuti konvokesyen dan lain2 cuti yg tak dirancang..sikitnya rasa cuti 20 hari...hehehehe.

apa pun me dah warning hubby siap-siap.kalau anak sakit ke apa-apa ke dia yg kena cuti,not me..sebab thn lps saya dah byk mengalah anak sakit je saya yg cuti sampai bulan 10 saya langsung dah takde cuti tau.So tahun ni giliran dia pulak, lagipun buat apa nak simpan cuti sampai 34 hari tu kan?Kalau takde perkara penting meeting ke apa ke cuti jelah..dah diberi kemudahan cuti tu, sila la cuti kalau perlu, bukan simpan cuti tuh sampai jadik pekasam..hahahaha *serius nih


MY:cuti akan dihabiskan dekat campus UUM!huhu!

Thursday, January 26, 2012

Hob and hood, aircond dan water heater

Lepas dah kira bajet untuk renovation rumah seperti memasang grill, mengecat, membina tembok, membuat tiles, membuat plaster syiling dan pelbagai lagi (mengikut bajet sendiri) dan juga bajet untuk membeli lampu dan kipas..jangan lupa perlu juga ketepikan sejumlah wang untuk membeli hob and hood..ahah yang ni saya hampir lupa..iye-iye dok mengira itu ini, part yg paling penting sekali *kalau tidak tak boleh masak.heheh kelengkapan dapur kita..pelbagai jenis hob dan hood yang boleh didapati di pasaran dengan pelbagai jenama.Ada yg mahal, ada yang murah.Pilih mengikut bajet dan konsep yang diingini..





























dan tak lupa juga..........




aircond untuk rumah..better psg siap2 sebab kalau pasang kemudian rumah akan berhabuk teruk..we choose panasonic inverter 2hp untuk ruang tamu sebab jimat elektrik.dan guna time panas saja yer..jimatkan elektrik rumah anda..keh3

dan juga water heater...penting ni kalau tak nak menggigil mandi waktu pagi..we also choose panasonic sebab so far yg pakai kat rumah memang tak pernah buat hal ;)


Sedapnya breakfastku..aiyakk!

Assalammualaikum

Alhamdulillah dah hari jumaat hari ni..sok cuti.yeay!Banyak aktiviti cuti ni.tak lain dan tak bukan survey dan survey segala macam untuk rumah sampai pengsan!Errmmm perut sudah kenyang breakfast..Pagi ni menu breakfast saya sangatlah...ermmm tak tau nak kata apa..telan dengan penuh kepayahan.walaupun begitu berjaya juga habiskan..tak tau la camne nak makan benda cenggini hari-hari oi..org yg tengok apa saya makan pun boleh tak lalu makan.kihkihkih..


Saya makan quaker oat semangkuk, air pulak susu higoat yg bau kambing tuh *uwekkk campur dgn nesvita perisa coklat segelas.Nak menghabiskan oat tu alahaii..anggaplah tengah makan mihun goreng+paru goreng*huwwaa nak makan nih baru la boleh telan..ceh cam teruk bebenor je aku nieh.hahaha

Sume sebab kolesterol tinggi punya pasal la ni.sabo jelah..eh org ckp kalau hari2 mkn oat berat badan boleh turun tau *tu yg semangat hbskan oat semangkuk! jadi marilah kita beramai-ramai mengamalkan pemakanan yg sihat terutamanya di waktu pagi kerana kita memerlukan tenaga untuk bekerja sepanjang hari.ceh

Tips untuk kitchen cabinet

ahaaaa..saya nak kongsikan tips untuk memilih kitchen cabinet..saya dapat info ni dan nak share dengan anda semua:)

Step 1 : decide concept



Sebabnya kalau jumpa interior designer pun, soalan pertama meraka ialah “rumah puan konsep macamana?”


a) Modern : biasanya sebut je modern, design yang ada “wooden” element mmg tolak tepi la kan. Oleh itu, material pilihan ialah chipboard 16mm water resistant, acrylic, high-gloss 3D, melamine. Lebih nampak moden gituu.
b) Kontemporari / klasik / oriental : konsep rumah macam ni tak kesah, samaada nak pakai wooden material macam solid nyatuh, membrane pressed, chipboard pun boleh. Ramai jugak orang yang masih suka pada design klasik ni, ada alur2 kayu gitu, mmg klasss. Sebab ada yang berpendapat, kayu lebih tahan lama. Terpulang ok
c) country / english style : raaaaamaaai yang sangat sukakan konsep ni, betul tak? Biasanya dapur yang konsep ni materialnya adalah wooden jugak. Yang hardcore mmg akan pilih warna kayu putih, kemudian nanti dekorasinya sarat dengan bunga-bungaan. Saya memang suka tgk dan memang sangat cantekk. Tapi untuk rumah sendiri, saya yang pemalas ni takboleh bayang macamana nak maintainkan ke’country’an dan ke’english’an dapur kunanti.




Step 2 : at least dalam kepala ada plan ruang kerja anda


a) Mungkin ada rumah yang ada kedua-dua wet & dry kitchen, dan mungkin 1 sahaja. Ada juga yang wet & dry bersambung dalam satu ruang, ada juga yang terpisah.
b) Jadi dalam kepala mesti dah plan nak masak kat mana, sinki kat mana, nak letak refrigerator kat mana, hob & hood kat mana yang sesuai (not too near dgn tingkap ya), nak simpan pinggan mangkuk, nak letak tong sampah, tempat nak terap pinggan etc, tempat tong gas, mungkin juga nak letak water purifying system ke kan. Penting juga pikirkan apa barang2 elektrik yang kita pakai kat dapur & kat mana nak letakkan nanti (kalau ada oven & microwave, toaster, blender tu bagai, mana nak letak).
c) Information ni amat berguna nak tentukan design dapur anda nanti tau, samaada nak buat L shape ke, U shape ke, I shape ke or perlu ade island ke. Nampak macam remeh temah kan? Huhuuu.... Jangan pulak jadi nanti masak kat sini kat wet kitchen... refrigerator nunnn jauh di dry kitchen.. (mentang2 la refrigerator latest design kan? Hehehe..) yang penting kita yang nak masak hari2 (walaupun tak hari2 sbnrnya, haha!) ni selesa nak buat kerja, setuju? 




Step 3 : konsep dah ada kan, ruang kerja pun dah identify sendiri. Now boleh dah pilih material apa nak pakai. Dan budjet nya sekali ya ibuk2, bapak2..huhu! ni pun factor yang kritikal jugak ni kan?

Dua benda kena decide : material untuk TABLE TOP & DOOR



DOOR
:
Untuk step ni, ambillah masa yang secukupnya, perlu rajin survey! Dan jangan ikut cakap orang ok? Katalah memang dah decide nak pakai chipboard water resistant / anti-moisture, pastikan anda dapat harga yang sepadan dengan kualitinya. Jangan chipboard biasa tapi harganya macam anti-moisture. Jangan tertipu ok! Kedai yang murah mungkin cakap saja water resistant, tapi padahal dia bagi chipboard biasa.




Antara acrylic dan 3D high gloss apa bezanya? Acrylic adalah sejenis lapisan plastik berkualiti yang shiny, berbanding dengan 3D high gloss iaitu kaca yang dispray/sembur dengan warna yang dikehendaki.


a) Acrylic : Acrylic boleh dibasuh / dilap, dan kering dengan cepat. Tahan terhadap peluntur, asid & alkali cair, cuaca dan mikrob. Boleh calar, tapi tak teruk kesannya.


acrylic doors



b) Kayu nyatuh/ oak/ semanguk : kualiti berbeza antara jenis kayu tu. Pastikan anda ‘kenal’ mana satu nyatuh, mana satu oak / semangkuk. Sekali lagi, supaya tidak ditipu! Sebab tu saya kata perlu banyak survey, tak kira lah baca majalah, google di tenet, atau masuk kedai satu-satu. Mesti survey!

c) Chipboard : Raaaaamai orang pilih chipboard sebagai pintu KC. sekarang ni dah baaaanyak design yang cantik2. ada woodgrain, solid design, decorative design etc. harga pulak lebih murah dan affordable berbanding acrylic, 3D high gloss dan kayu. kalau boleh, ambil chipboard yang water-resistant / anti- moisture TERUTAMA di WET KITCHEN.

d) Melamine : jenis material ini juga raaamai orang pakai. design yang variety, kualiti yang bagus, harga yang affordable. Melamine ni kualitinya lebih kurang sama dengan chipboard.



Harga memang berbeza2. Itu yang buat pening kepala. Dah dapat yang murah tapi diragui pulak kualiti kerjanya, dapat yang mahal, mahal sangat.

TABLE TOP

Ada banyak pilihan sekarang. Granite / solid surface / water resistant chipboard / tiles / marble /


a) Granite :
Kelebihan : batu granite ni memang kelass, selain tahan lama, ia juga mudah dijaga sebab tidak mudah scratch, tak perlu risau nak letak periuk2 panas direct di atas permukaannya, kalau tumpah apa mudah je lap dengan kain basah. No problem at all 

Kekurangan : Harga granite ni biasanya semakin gelap semakin mahal. Ada yang made in china, Malaysia, india, etc. Pastikan jenis mana yang anda pilih dan sepadan dengan harga ya kawan2


b) Solid surface

Ada 3 jenis solid surface : matte, high gloss, satin.


Kelebihan : biasanya joining antara pieces nya tidak kelihatan. Ia akan Nampak smart dan kemas! Bila join tak Nampak, maka tidak perlu risau dengan kotoran/ daki di celah2 joining. Plus, anda boleh buat sinki customade dengan solid surface ni, mmg sangat smart! 



Kekurangan : penjagaan perlu cermat. Tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaan, tidak digalakkan juga memotong di atas permukaan solid surface ni always use cutting board. Tidak digalakkan berdiri di atas countertop anda ya. Kalau sinki anda pun ialah solid surface, pasti jangan tuang air panas ke dalam sinki, melainkan anda lalukan dengan air sejuk / air paip!

c) Tiles


Paling raaaamai orang suka letak tiles. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga yang ratusan ringgit pun ada

Kelebihan : lebih murah dari granite & solid surface. Banyak pilihan tiles. Tahan lama jugak. 



Kekurangan : Nampak joining antara pieces. So kena rajin sental daki kat celah2 ok?

d) Marble


Marble pun ok jugak sekarang, banyak design baru sekarang, tahan lama jugak. 



Kelebihan : biasanya kalau stone-based material ni tak leceh sangat nak jaga. Sama macam granite.



Kekurangan : Cuma marble mungkin lebih senang scratch berbanding granit. Tapi boleh polished!

e) Chipboard (water resistant / anti-moisture)


Chipboard pun raaamai orang suka juga. Sekarang dah banyak pilihan.


Kelebihan : harga lebih murah berbanding material yang stone-based. Sekarang dah ada yang water resistant & anti moisture, jadi tak perlu risau chipboard anda ‘kembang’ lagi 

Kekurangan : tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaannnya, always pakai lapik. Strictly memang tak boleh memotong direct atas permukaannya jugak ok, always use cutting board. Kalau nak lap, pastikan kain lap tidak terlalu basah, walau dah anti-moisture kita mesti go back to basic di mana material jenis ni bukan stone-based ok? Kalau tumpah kalau boleh lap dengan cepat sebab khuatir akan tinggalkan ‘stain’ yang susah nak dikeluarkan. 



Step 4 : now ilmu dah cukup, pilihan konsep ada, ruang kerja dah ditentukan, material apa pun dah decide. Sekarang tiba masa survey (survey lagi..huhuh) pulak kontraktor yang nak dipertanggungjawabkan...




Jangan risau survey banyak tempat, sebab biasanya kalau setakat depa datang rumah, buat measurement, buat rough planned, it wont cost us anything! Explain kepada mereka, apa konsep anda, ruang kerja macamana yang anda mahukan dan material yang anda minat. Let them buat kerja mereka!



Bila dah dapat harga & rough design dari mereka. Timbang betul-betul apa service yang depa boleh bagi selain dari membina KC kita. Maksudnya, adakah harga yang diletakkan tu termasuk dengan aksesori yang kita nak atau tidak, apa material yang diorg propose untuk engsel2 pintu2 cabinet tu, handle pintu, ada soft-close atau tidak etc.



Kalau ada peluang, mintak kontraktor tunjukkan projek2 yang beliau dah pernah buat. Biar lebih sikit kerja kita, tapi puas hati dengan hasil kerja mereka. Harus ingat pelaburan anda bukan sikit, dan takkan lah nak berganti KC setahun sekali macam langsir kan?:)

Step 5 : observe / monitor kerja-kerja pembikinan KC anda.
Luangkan masa sikit, ambil tahu perkembangan mereka. Biasanya less than 1 bulan dah boleh siap KC anda tu.



info.blog mrsfarizal.

Sedapnyaaaaa oi....

Saja nak bagi korang telan air liur petang-petang cenggini..ahaks..nah tepek gambo kek..sedapnya la hai....kalo boleh skang jugak nak order pastu makan sorang-sorang (tak mo share) hahahaha..



siyes cantik dan yummyliciousss!!

aduhai kek...mengapakah kamu sangat comel?harus order dapat gaji nanti lah..RM90 2kg punya.

hollaaa my feveret red velvet!!harus tak tido malam dok teringat si merah baldu nieh!

pavlova...yummy....


cupcake..comel lah..bila la nak belajar buat sendiri nih?one day one day *sila percaya :p

nak tengok lagi banyak kek,cupcake,coklat dan mini muffin sila layari www.myminimuffin.blogspot.com eheh tlg promote pulak :)

Wednesday, January 25, 2012

quotation sudah diterima...wawawawa

Ahaaa..pakcik kontraktor call saya, dia sudah email quotation untuk keseluruhan menda yang nak direnovatekan...hukhukhuk..totalnya RM24,000..saya share ni mana la tau korang nak renovate rumah kan,bole buat panduan..bukan nak menunjuk ke apa ke ye..tak langsung..saya pun byk rujuk blog org lain and banyak idea dan panduan saya dapat untuk buat belanjawan...Dalam quotation ni menyebut:-


1) Kerja menaikkan dinding pagar kiri dan kanan dan memasang jubin di bahagian hadapan   RM3000

2) Menukar pintu pagar baru (rough iron) dan memasang auto gate (anggaran 3k)                   RM7000

3) Memasang awning di bhg hadapan 22x10 dgn tiang besi dan atap polycarbonat                  RM5000

4) Membina table top termasuk kerja menyambung jubin (tak termasuk kabinet)                     RM2500

5) Kerja memasang cornis,biding dan bunga satu rumah                                                           RM2000

6) Memasang grill pintu dan tingkap                                                                                          RM3000

7) kerja2 pendawaian elektrik utk lampu,plug,aircond dan water heater                                
RM1500


Nak pengsan jugak lepas tengok..tapi setakat yg saya survey dan tanya orang, harga yg pakcik ni bagi memang ok la...tak mahal dan cekik darah..pakcik tu ckp, kalau saya nak jimat kos, tak pyh tukar pagar, guna je pagar yg ada (cuma design memanjang tak sama dgn grill pintu lah) dorang akan cat wrna putih, kosnya dlm 3k++..saya blh jimat 3ribu lebih..dia kata saya boleh buat kat kitchen cabinet bg elok2 punya.sebab pagar tu bila2 ada duit boleh tukar ke rough iron..errmm betul jugak..suka la kontraktor ni..dia bg byk tips utk kurangkan kos..kalau utk KC dgn awning dan auto gate je dia tak bg guna murah punya sebab tak tahan lama.ada kontraktor ni suruh tambah itu ini la..saja nak amik duit kita..ceh..lepas tu tang bunga cornis tuh tak paham..sebab saya tak nak design bunga-bunga, nk yg biasa je..kalao bunga2 tuh lagi mahal..so kat situ rsnya boleh cut cost lagi kut...ehehehe..untuk kitchen kabinet anggaran kos dia suruh kira, kita amik satu kaki biasanya Rm350 (yg elok punya) kalau yg murah sikit 1 kaki RM250..ikut material apa kita nak..untuk dapur saya tu pakcik tu anggarkan 12 kaki (belum ukur lagi tunggu dapat kunci) so kalikan la dgn 350 atau 250 tuh.tak lebih 5 k la..so kalo campur dgn table top dekat 7k jugakla buat kc nih..pengsan!!Kalau korang ada cadangan ke experience ke atau rasa harga ni terlalu mahal ke atau boleh mintak kurang kat mana-mana part(mintak kurang no 1 ahahah) share la dgn saya ye...kalau dah over bajet nih tak dapek la nak tukar sofa dgn meja makan baru...huhuuhuu :p




Bau hamis kambing jugak laaa...

Saya try susu higoat ni..untuk turunkan kolesterol dan lain-lain penyakit *mcm byk penyakit je :p



satu kotak ada 15 sachet RM27.50 *esok baru bayo hehe
Dekat luar kotak ni ada tulis tiada bau hamis kambing!Tapi bila saya minum, ada jugak la rasa 'kambing' tu..huhuh..nak muntah,tak lalu langsung dengan tekak saya.so saya campur dengan nestum.barulah boleh telan..sekali ni jelah beli oi...hahahha

Kitchen Cabinet idamanku...

Ho aloh..kontraktor yg akan renovate rumah saya nanti tu tak buat kichen kebinet ler pulak..dia cuma buat table top saja..kalau nak dia blh subkan dekat kontraktor lain untuk buat KC..huhuhu...kena cari sendiri jugak la..bukan apa kalau bukan yg direkemen org lain, kita tak tau hasil kerja dia mcm mana lagi,kang sakit hati je duit dah byk habis,tapi hasil tak semenggah kan..Hari sabtu ni kitorang nak pi survey kedai2 KC area Semenyih mintak quotation dulu.Kalau payah sangat amik jela kontraktor yg direkemen tuh, mesti la ok kan kalau idak takkan dia suggestkan..Design dah ada, just nak tanya berapa $$$ je la..tak mau terlebih bajet..tapi tak mau jugak terlalu murah tapi hasil tak memuaskan..alah..ukuran dapur tu pulak yg tak pasti berapa kaki panjang..lantaklah..yg penting kena berangan dulu.ahaks



kalau over bajet buat kayu camni jelah

ruang atas tu tinggi,banyak brg boleh letak kan..



berkenan gak patern camnih..pemegang tmpt bukak almari tu tak nak buat..nak yg kosong je..bg ruang nampak lagi luas.

kalo boleh nk yg material camni..nampak cam cermin.kalo melebihi bajet tkpe la kem salam.heheheh

patern ni pun ok..tapi pendek.umh yg dapur kecik buleh la.

ni pun ok gak..maybe pnjg dapur umh saya tu lebih kurang gini kot..cuma takyahla buat tmpt letak fridge tu sebab bkn nak sampai mati pki fridge ukuran yg sama.


suka ar yg ni..putih suci je..nak mencuci mati.hahaha




Didik anak dengan cara berhikmah

Assalammualaikum..
Didik anak harus dengan cara yang sangat berhikmah.
Tetapi sekarang ni ibu bapa lebih memberi kasih sayang yang teramat sangat hingga menjejas usaha mendidik itu. Maksudnya, kasih sayang itu akhirnya menjadi punca anak-anak merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja hingga tidak sesuai dengan norma dan tatasusila sekarang.....
Macam saya dan suami, memang kami pukul jugak anak..si Zaraa tu..kalau dia tak dengar cakap, melawan, cakap bukan-bukan (pengaruh anak2 jiran) memang kami cubit pipi dia.papa dia pulak akan pukul tapak kaki atau tapak tangan dia.Biasanya suami akan rotan dengan hanger kecik..sebab doktor cakap jgn biasakan pukul anak dgn menggunakan tangan kita.Nanti dia tak tahu nak bezakan sama ada pukulan tu pukulan marah,sayang atau benci..Kalau papa dia pukul tapak kaki dia, dia mmg akan menangis berbeza kalau pukul dekat tmpt lain..kenapa beza?sebelum ni (silap saya), bila saya marah, saya cubit dia ataupun tampar punggung dia.Walapun dia menangis, nampak dia mcm menangis tu melawan..tapi bila papa dia rotan tapak kaki, dia akan menangis hiba dan sedih.Saya rasa mungkin dia dpt pengajaran daripada situ..Tapi selalunya lepas kami biar dia puas menangis, papa akan pujuk balik and explain dekat dia kenapa papa pukul dia..contohnya dia suka main bedak sampai habis..so kita explain kat dia, kita pukul sebab dia main bedak,habis kotor.Itu cara kami..Ibu2 yang ada cara lain untuk mengajar anak supaya berdisiplin, kongsilah di sini supaya kita dapat memanfaatkan bersama.Pada pendapat saya la, walaupun anak masih kecil, kalau kita tak pernah marah langsung pun tak boleh jugak..melentur buluh biarlah dari rebungkan..jadi dari kecil kita kena bagi dia pendedahan apa yg boleh dan tidak boleh..Cthnya kalau anak saya pukul anak org lain, saya akan marah dia..Kalau dia pukul adik dia pun,saya akan pukul tapak tangan dia.Sebab kalau kita biar, dia tak rasa benda tu salah dan dia akan terus buat perkara yg sama berulang kali.Saya tak pasti la sam ada cara saya ni betul atau tidak..cuma saya rasakan itu lah caranya untuk mendidik anak..kalau saya silap tlg betulkan..saya masih lagi belajar bagaimana nak menangani kerenah anak ni..insyaAllah tahun depan saya berniat nak sambung master dalam bidang psikologi khususnya untuk kanak-kanak dan remaja ni..moga impian saya tercapai la..amennn ;)




Jadi bagaimana nak mendidik anak kita mengikut cara terbaik? Dalam Islam, telah ada panduan serta syariat mengenai cara bagaimana mendidik anak-anak, dan di antaranya ialah menghukum dengan merotan anak-anak. 

Walaupun merotan atau memukul anak ini dibolehkan, ia perlu menepati beberapa panduan dan syarat berikut:

5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
  1. Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
  2. Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
  3. Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
  4. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
  5. Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)” (H.R Abu Daud)

Walaupun ada syarat dan pukulan itu dibenarkan, harus ingat bahawa hukuman ini hanya boleh diberikan jika telah dilakukan nasihat, teguran dan diberikan amaran akan apa yang mereka lakukan.


Sumber Asal (diedit kembali mengikut pengalaman penulis MY): Didik Anak Harus Berhikmah | 5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak | HASRULHASSAN.COM™

Alahai anak-anakku...

Cuti Chinese New Year kita tak jalan mana pun.Malas betul la mama..duduk rumah je..tu pun mama rasa macam tak cukup je cuti 4 hari.Kita just pergi taman, pergi tgk rumah kita..jalan dekat-dekat je la..Cuti 4 hari pun mama tak habis kemas rumah..hehehe..

nak cerita sikit la pasal adik..kelakar je adik sekarang..kalau dengar lagu dah pandai menari pusing-pusing..siap nyanyi lagi tu..nyanyi apa mama tak paham..hehe..ni mesti selalu tgk kak long kan..ada cikgu tukang ajar kat rumah tu :) Bila bawak g taman, tak bagi org pegang tangan langsung.Kalau pegang jugak dia duduk terus menjerit-jerit marah.Tukang sepah paling versatile kat rumah tu,adik la.Kak long pun takde pulak suka menyepah,kumbah pinggan mangkuk dalam almari mcm adik..lepas tu siap ketuk2 periuk atas lantai..Mesti jiran marah ni sebab bising..huhu..mcm-mcm la keletah adik byknya kalau mama nak cerita.lain kali lah yer...

Kak long pulak??errmmm tak dengar cakap.kadang2 hilang sabar jugak mama.tapi mama cuba ingat balik, kak long kecik lagi..belum pun 3 tahun..memang masa ni la tak nak dengar cakap,degil,suka bagi mama marah.Suka tumpahkan air dengan sengaja, main bedak wlpun dah byk kali kena dengan papa,tak serik-serik jugak..kdg2 kesian jugak asyik kena marah je..kalau ckp elok2 lagi la langsung tak dengar..bila kita bagi nasihat, tau pulak kata paham..lps tu buat balik..huhuhu..mcm2 la Zaraa ni..budak2 memang cenggini kan..tak blh jugak kalau tak marah lgsung, nti dia ingat apa dia buat tu betul..kene explain la kat dia,mcm bg nasihat kat budak besar.padahal budak tu kecik lagi..bila kita tanya paham tak?dia kata paham..entah apa la yg dia paham kan??Tapi kdg2 nampaklah sikap sebagai seorang kakak tu..kalau adik main kat dapur mama tgh bsh pgn ke msk ke, mama suruh dia tarik adik bwk g depan, dia terus dtg letak blk pinggan2 periuk yg adik sepahkan, letak blk kat tmpt asalnya,lps tu tarik adik bawak g tgk tv.2,3 kali jugakla dia buat mcm tu sampaikan dia dah bosan..sebab?biasala adik, tarik bwk depan,2 minit japgi dtg dapur sepah balik..heheheheh



Tengah makan coco crunch dgn honeystar..bekas air tu pun berebut bergaduh2..selalu adik kalah la..menangis tak ingat la..mama bg bekas lain pulak.nsb baik la dia tak mintak yg sama..sebab beli satu je..lps ni kene beringat la, beli kena dua2 sama.berebut tu yg tak tahan tu.pening mama..huhuhu

Tuesday, January 24, 2012

Pening buat checklist!

Bukan senang jugak ye..beli rumah pun bukan senang.rumah nak siap, nak renovate pun lagi tak senang.huhu!Banyak betul benda kena fikir dan plan untuk renovation..pening sebab piki sorang diri.Kalau ada org lain tlg pikikan sama takpe jugak.Dah berapa malam tak lena tido asyik dok ingat asal renovate rumah je boleh?parah dah nih.hahahaha *kalau duit banyak tak pyh piki apa2 buat je apa pun kan!

Rasanya kitorang dah kena beli siap2 lampu dan kipas yg nak pasang dalam rumah nanti.Uolss kalau tau kedai2 lampu murah buat sale pl inform ye..Dah beli nanti nak simpan dalam kotak.Lepas dapat kunci baru la bawak ke rumah untuk orang pasang semua..Nak pilih lampu pun pening jugak tau..banyak ruang sana sini nak letak.Mujur la dok godek2 blog org yg suka deco rumah ni, dapat jugak sikit2 information dan kedai2 yg jual lampu murah dan idea untuk renovate nanti.Rumah setingkat pun, dikira2 kipas pun untuk satu rumah dah 7 buah,tu kira secara kasar.Belum tgk betul2 lagi wirering yg ada dan yg nak tambah.Masa buat wirering hari tu,kitorang caca marba je suh letak tak tgk blk betul2 mana nak letak lampu bagai.skang umh pun dah siap, bila dah nak psg lampu2 barulah sedar wirering tak cukup.nak tak nak nti kena buat jugak la..huhuhu..kos lagi :(

Cuti raya cina kitorang g IKEA, survey kitchen cabinet la kononnya.alih2 satu pun tak berkenan.hahaha buang masa je..lepas tuh dok membelek2 la perabot bagai.cam biasa masuk dalam checklist!Beli ke tidak lain cite.kui3..lampu2 kat IKEA tak byk choice lepas tu mahal lak tu.Better g kedai pemborong lampu hiasan kat puchong tu,bleh dpt benda yg sama harga murah lebih dari separuh drp kat IKEA.

Gaji bulan depan nak start membeli dah..yg dah masuk checklist dan akan dibeli ialah:-


ni lampu Ikea rege RM549..kat kedai lampu biasa bole dapat design yg sama harga tak sampai seratus pun!yg ni nak beli untuk letak kat ruang keluarga.

disebabkan meja makan dgn kerusi nih boleh dilipat dan disimpan,maka nak beli siap2 lah..ni nak letak dekat dapur.buleh potong2 bawang atas nih.kekeke..amik kaler merah la of cos.

yg ni beli untuk letak kat ruang keluarga.RM89

yang ni untuk letak kat meja makan.amik hitam la takde nampak kotor sgt kan.RM179

rug pnjg nih utk letak kat dapur.ni pun beli siap2 ye dan simpan.poyo.haha

kerusi ni murah je kat Ikea tak silap RM69.nak beli 2 untuk letak kat ruang bersantai2 baca majalah.sekali lagi poyo.
~
~
~
sekian wishlist untuk hari ni.sory la klu korang bosan baca..tengah excited nak deco rumah.kui3.:p






Monday, January 23, 2012

Dah jumpa kontraktor

Pagi tadi dah jumpa dengan kontraktor yg nak renovate rumah tu, pak cik Jaafar..semua berjalan lancar la..yg penting kitorag dah cakap bajet untuk renovation..So pandai2 la pakcik tu buat quotation nanti.hehehe..lega tak yah buat plaster syiling,buat cornice sahaja,Pak cik tu cakap syiling rumah pemaju dah bagi siap elok,tak pyh bazir duit buat plaster syiling lagi.tambah cornice satu rumah je kos sikit je..kalau buat plaster syiling ruang tamu saja mau habis 3k katanya.Cuma lampu downlight la tk boleh buat sebab tak bwk turun bwh.tapi dia suh cari lampu tu seakan downlight jugak cuma dia letak di luar je la..tu tgk dulu kan byk choice kalau pergi kedai lampu..dah jimat kos :)...lepas tu buat auto gate sekali.Pak cik tu promote la pagar mcm2 jns kayu la itu la ini la tapi kitorang nk buat simple je jenis moden punya.haaa kalau yg tu pakcik tu ckp lagi murah..jimat kos lagi.alhamdulillah...huhuhu..untuk kitchen cabinet nak tak nak kalau amik yg agak2 elok juga siap la dalam 5 atau 6k.ingatkan buleh dpt dlm 4k je..huhuhu...auto gate pun pak cik tu ckp kene amik yg elok,jgn amik made in china,mmg murah tapi cepat rosak.ok takpe la sebab dlm bajet juga tu lps dah tolak kos tak yah buat plaster syiling..untuk awning pun amik yg elok punya pun dalam bajet kitorang jugak..dan yg lain2 tu kalau kira secara kasar kontraktor cakap in bajet kitorang la..spare ler sikit duit kot kena tambah sikit ke.Lepas dapat kunci je boleh suruh dah org buat kerja..Pak cik tu cakap 3minggu atau plg lewat sebulan je siap la sebab sikit je kitorang buat..yes yes tak sabar..huhu..nanti pemaju bg kunci dia suh mintak kod2 warna cat dan tile sebab nak pecah simen kat depan porch tu nak tambah tile yg sama warna dgn pemaju bagi dekat depan tu..tembok pulak kitorang buat je la sebab tak kenal org sebelah pun lagi.hopefully mmg bln dpn la dpt kunci sebab pak cik tu pun ada projek lain jugak..hope sume berjalan lancar la..amennnn

Moga Kasih sihat

Assalammualaikum

Anak kepada sepupu saya, Kasih berusia 5 tahun masih di dalam ICU selepas pembedahan selama 8 jam semalam..dan doktor mengatakan dia hanya akan sedar dalam tempoh seminggu..doktor masih memantau keadaannya di Hospital Alor Setar,Kedah..Dah sebulan Kasih tak makan,dia mengadu sakit tak blh telan.Lepas bawak ke hospital dan doktor masuk kamera untuk tgk saluran pernafasan dia,doktor tak temui apa2 yg menyebabkan dia sakit..Badan Kasih kurus kering, sampaikan doktor nak amik darah pulak tengok apa sakit dia.Syukur Kasih meronta2 dan jururawat tak boleh nak amik darah terus refer pd doktor and doc decide x-ray saja..lepas x-ray barulah tau...apa penyebab tekak dia sakit dan tak blh telan makanan..Ada duit syiling 5 sen dalam tekak dia..menurut doktor duit tu dah lama berada dalam tekak Kasih hinggakan isi telah hampir menutup duit syiling tersebut..Patutlah doktor tak nampak duit syiling tu hinggalah dia di x-ray..kesian Kasih..She's only 5 years old!!Sedang operation dijalankan baru doktor tahu yg saluran tempat menelan makanan tu mmg sempit, mungkin sejak lahir mcm tu..sepatutnya duit syiling 5 sen tu blh masuk terus,takkan sangkut..Lalu doktor menjalankan pembedahan untuk membetulkan saluran makanannya sekali..Dalam tempoh ni,dia akan diberi makanan dan minuman..tetapi bkn melalui mulut.Perutnya ditebuk untuk membolehkan makanan disalurkan..Ya Allah..kesiannya tubuh kecil itu menanggung kesakitan!Saya cuba membayangkan jika anak saya sendiri begitu.tak sanggup rasanya..anak org pun saya rasa sebak, itu belum tgk dia lagi..kalau dekat,saya dah pergi tengok dah..To all readers, doakan keselamatan Kasih ye..moga dia cepat sedar dan sihat seperti biasa..dan juga untuk anak seorang rakan saya yg berada di hospital kerana jangkitan paru2 yg serius..moga Zarra juga sihat seperti biasa..Ya Allah ya tuhanku,engkau peliharalah kesihatan anak-anakku...ameennnnn....


MY:Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita,dan dia ingin kita menjadi hambanya yg lebih bersyukur..lantas bersujudlah padaNya supaya ringan rasa bebanan di dalam dada.

Sunday, January 22, 2012

Hari ke tiga cuti

Bosannnyaaa....duduk rumah.hehehe..pagi tadi buat breakfast nasi lemak..Dah lama tak masak nasi lemak ni.Tapi guna santan dalam kotak tu tak berapa nak 'mantap' sangat la..santan kelapa parut tu jugak yang sedap.Apa pun tibai 2 pinggan tadi.hahaha..gemokss!Tadi g hntar sikit rumah my mom dengan Zaraa lepas tu dia tak nak balik pulak.Dah dia ikut atok dia nak pergi jalan.Biorkan jelah...tadi dah call kontraktor,esok dah set apoimen dgn pak cik tu..even tak dpt msk dalam pun dia nak tgk luar rumah pun ok,blh agak je..so esok pagi jumpa kat semenyih la..berdebar jugak nak tgk berapa kos untuk renovation tu.act dah bajet siap2,kalau blh tak nak lbh drp bajet yg diperuntukkan la..so esok kena bawak cth design yg kita nak,dgn gmbr dlm rumah sekali sebab tak blh masuk kan.kene save dalam lappy siap2 la,esok just tunjuk je kat dia...haisssshhh pening jugak memikirkan psl rumah ni.haha..well saya nak let go kabinet dapur still in a good condition,meja makan 4 kerusi also in a good condition,kabinet dapur 2 pintu dgn katil queen size(tak brp nak elok tp sapa nak beli brg yg lain i bagi free je hhehe)..untuk semua ni ingat nak jual dgn hrga RM300 shj...sesiapa berminat blh gtau ye...nanti saya akan upload gambar la kalau nak tgk.meja makan dgn kabinet dapur ni mmg nmpak mcm baru lagi sebab saya sgt jaga perabot2 saya..dah guna 3 thn setengah.anyway happy holiday semua...:)



MY:tunggu en suami bgn nak ajak g jalan2 :p

jatuh cinta dengan The Smurf :p

Saya sudah jatuh cinta dengan The Smurf yg comei..tadi kat carrefour nampak ada jual patung tu.comel dan gebu sebijik cam dlm filem tu.RM15 je tak mahal pun.tapi hubby tak nak belikan.geram je.Tak pernah pun mintak dia belikan anak patung selama ni.Adakah aku sudah buang tebiat??hahahah

Sejak tgk DVD cite tu me trus tnya hubby ada tak jual patung dia.nak2 td nampak yg comei lak.kalau ada yg besar mesti lg comei.Alahai..mesti dapatkan jugak ni.huhu!







Tuhan menguji ada sebabnya

Assalammualaikum


Mengapa tuhan menguji kita dengan kesusahan,kesakitan,kematian dan bermacam lagi dugaan?Ada 2 sebab sahaja.Pertama Allah menguji kita kerana manusia yang leka,lalai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mukmin.Kedua,Allah menguji kita kerana dia sayangkan hamba2nya yg beriman,Maka diturunkan ujian untum melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan hambanya menerima musibah.Bila kita ditimpa musibah seperti kesakitan,kematian,kecurian,rompakan dan sebagainya..itu tandanya Allah sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana keimanan kita dan untuk menyedarkan kita akan kesilapan atau dosa yg pernah kita lakukan padaNya atau pada manusia lain.Sebagai manusia kadangkala kita hanya nampak kesalahan org pada kita,tetapi tidak nampak kesalahan kita pada orang lain,dan kita hanya nampak keburukan org tetapi tidak keburukan diri kita sendiri..Wallahualam...Ketika saya ditimpa apa-apa musibah (setakat ini belum musibah yg besar), saya akan merenung kembali,apa salah saya buat,kenapa Allah membiarkan saya menangis.Apabila saya mendapat jawapan,baru saya sedari akan kesilapan saya,Ya,manusia itu ego,sukar mengaku kesalahan.Sebagai hamba yg hanya menumpang di dunia ini,bila2 shaja kita akan mati,Sebelum kita mati,berbuat baiklah pada org lain,maafkan kesilapan org lain pada kita,kerana kita juga tidak sempurna.JIka kita rasa ada org menyakiti hati kita,percayalah kita pun pernah menyakiti orang tu.Oleh itu,saya sentiasa maafkan perbuatan buruk orang lain pada saya.Memang sukar untuk melupakan tapi jangan sukar untuk memaafkan..Ingat,bila2 masa shj kita akan mati,ikhlaskan diri kita dan jangan sesekali menyimpan dendam pada orang lain kerana kita tidak berhak menghukum dan mengadili org lain kecuali Allah S.w.t..semoga Allah merahmati keluarga saya,kawan2,musuh2(jika ada) dan semua orang..amennn..

Saturday, January 21, 2012

Selamat bercuti

Assalammualaikum

Ramainya pergi holiday sana sini sempena cuti CNY ni kan..saya tak g mana pun.hari ni.My parents g jalan-jalan kat Melaka..Kitorang tak jadi ikut...almaklumlah nak simpan duit nak pindah nanti ni..heheheh...Hari ni ada wedding nak attend,staff hubby kawen kat puchong,lps tu kitorang nak g survey kedai lampu yang murah dekat puchong tu pulak.Apa pun selamat bercuti untuk semua..and Happy Chinese New Year!

Sudah siap!

Tadi pergi tengok rumah.Alhamdulillah dah siap pun..round2 la kat area taman tu tadi.Takde indon buat kerja dah..so tunggu jela dapat kunci..happy ;)


nama taman ditukar kepada The Greens Semenyih Mewah 3..sedap jugak...boleh la..hahahha

Friday, January 20, 2012

Checklist rumah

Berdebarnyaaa...pemaju cakap bulan depan boleh dapat kunci kot..tetibe pening kepala pikir nak buat itu ini sedangkan 'ongkosnya' tak berapa nak ada pun.hahaha..alah angan tak salah kan, kita buat la sikit-sikit...serius tak sabarnya..macam la beli umh banglo..umah setingkat jek pun..hikhikhik...janji umah sendiri kan...macam-macam idea dah nak buat ni, idea pun mesti kena dengan bajet la ye dak..


Ini lah rumah yg saya beli...eh silap hubby la beli dah loan dia kan..hehehe..rumah ni kami beli bulan 3 tahun lepas..teres setingkat je yang mampu, 4 bilik tidur dgn 2 bilik air.22X80.masa ni beli harga RM214k..Sekarang double storey kat situ dah naik 300k ke atas, padahal thn lepas masih 250++ je..huisshhh!!Area semenyih ni..area kl??lu pikirlah sendiri.tak tercapai dek akal ku.hahaha..
Untuk ruang depan ni, saya nak tambah tile dekat porch.tgk tu,pemaju bagi setengah je bertile (tak nmpk sbb kotor berhabuk)..so nak tmbh smpi pagar depan tuh baru la cantik kan..untung beli umh setingkat pasal tak byk nak psg grill tingkap.jimat sket kos.hehe..nak psg grill kat pintu, tingkap depan,tingkap bilik master bedroom,tingkap dapur,tingkap bilik no 4 dgn pintu dapur dan juga toilet dlm bilik..ada tingkap bg keluar bau busuk!hehehehe..byk jugak kan..entah berapa la kosnya..bajet utk grill dalam 3k je kot.mintak2 lagi kurang la.haha.



mcm ni la lbh kurang nak buat grill.nak kaler putih jugak..sesuai dgn konsep moden untuk dalam rumah.simple je kan.kos pun tak tinggi mcm pagar bunga2 tuh..untuk gate tu kene tukar la nmpk gayanya sebab gate tu menegak.nanti tak sama lak kan..huhu..nanti suh kontraktor tu trade in pgr lama tuh haa..errm hubby nak buat auto gate.tu pun tgk klu dalam umh dah settle renovate.



ruang tamu depan..untuk feature wall tu (nak letak kabinet tv) saya nak letak wallpaper..ruang lebar jugak maybe perlukan 3-4 roll bajet dalam RM1200. 



plaster syiling maybe buat camni.saya tak minat corak bunga-bunga tu.suka simple2 je..kene discuss dgn kontraktor dulu..kalau over bajet buat kat dining dgn living jek.kalau in bajet buat sampai dapur ler.sama jugak guna downlight.



wallpaper latest design 2012..saya rasa mcm sesuai dgn konsep rumah saya nanti.tema merah+hitam.


jalur2 ni pun berkenan jugak nampak rumah tinggi sikit.Saya dah deal dgn owner nya..tunggu dapat kunci je buleh dtg pasang..hehhe.design mungkin berubah kot nanti sebab blom tgk album penuh lagi :)


ruang ni boleh buat ruang tamu kedua.tapi me n hubby decide nak letak meja makan kat sini


hah kat sini letka meja makan, lepas tu ingat nak buat divider mcm kat bawah ni


so nti ruang tu boleh dibahagi dua sebijik cam dlm gmbar nih.tapi tgk bajet jugak la,kalau mahal beli divider jek kat carvenzi tuh.heheheh..kerusi makan pun nak beli yg sebijik camnih.sama ada kaler hitam atau merah.sume nak beli *mcm byk duit je huhuh


ruang dapur..nampak pendek dlm gmbr nih..hubby ckp nak buat ruang keluarga letak tv kat tepi tu.tapi tak bole letak sofa panjang ler..letak kabinet tv dgn tv,carpet n sofa bentuk jari yg besar tuh je.sebab dekat hujung tuh nak buat kitchen cabinet.kalau KC panjang tak jadi ler buat ruang tgk tv.buat kat depan la sebelah ruang makan.me nak letak meja mkn kat dapur tp hubby iye2 nk ltk depan..buat semak je kan..huhu.tgk cmne nanti bila dah masuk perabot bagai.


KC rasanya nak buat lebih kurang pnjg mcm ni la..iyelah rumah pun bukan besar mana sgt nak buat lebar2 kan..camni rsnya dah ok.nak buat kaler merah+hitam..tapi tak taula brp bajetnya.kami bajet dlm 5k jek..huhuh *nak wat camno duit paras2 idung :p


nak merah camni.yg putih tukar hitam..kaler putih cpt kotor tak sesuai bg saya yg malas nih.huahuahua 



cat rumah??of coz ler kaler merah..mcm dlm pic ni.merah terang.tapi bukan semua ruang ler nti nmpk sempit dan merimaskan.cat merah untuk feature wall kat ruang makan, kat dapur tmpt yg plan nk ltk tv tuh, dgn dekat belah tepi luar master bedroom.selebihnya putih je kot..pastu dlm bilik pun cat kat feature wall utk kepala katil kaler merah gaks smpi cat hbs hiks.idea mcm2 jgn nti jadik caca marba sudehhh...


and lastly dekat luar nak psg awning dekat ruang porch.itu je untuk starting.nanti bila2 dah ada fulus kita tmbh ler lagi.yg pntg plaster syiling kat dlm sbb buat benda tu mmg berhabuk dan kotor,cat rumah pun blh kotor.jadi jgn cat dulu, siap plaster syiling baru blh cat.kos untuk awning nih bajet dlm 5k..cam biasa mtk2 ler buleh dpt murah lagi..huhuhuh..and tak lupa jugak nak buat tembok batu tepi rumah sebab pemaju bagi pagar hijau tu jek..tapi kalo jiran sebelah nk buat,biar dia je lah buat.jimat duit.ngeh ngeh ngeh


dan kalau ada duit terlebih-lebih lepas renovate and beli perabot sikit..nak buat mende nih..

suka sgt tgk.kalau nk buat pun tkde la lebar camnihsbb rumah tak besar mana pun.dpt kecik pun jadi la..boleh hlg penat tgk air2 mcm ni,mcm jugak ikan2 kat dlm akuarium kat umh ni.leka je tgk berenang2..hehhehe..insyaAllah.tak sabarnya huhu :p