Kementerian Kesihatan Beri Amaran Agar Tidak Beli Kanta Sentuh Di Pasar Malam
BUTTERWORTH: Kementerian Kesihatan memberi amaran
kepada orang ramai agar tidak membeli kanta sentuh di pasar malam atau
kedai kecantikan yang tidak membuat pemeriksaan mata kerana ia boleh
menyebabkan mata buta.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan mata perlu dilakukan oleh semua pemakai kanta sentuh, sama ada jenis berwarna atau tidak.
"Mereka yang ingin membeli kanta sentuh perlu mendapatkan pemeriksaan daripada optometris terlebih dahulu bagi mengelak kesan sampingan yang teruk sehingga mata boleh buta.
"Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan mereka yang berkaitan agar lambakan kanta sentuh termasuk boleh diperoleh di pasar malam dengan harga yang murah dapat di atasi segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2012 Parlimen Bagan, di sini malam Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan kanta sentuh mudah diperoleh dengan harga murah di pasar malam.
Akhbar itu melaporkan populariti kanta sentuh terutama jenis berwarna yang hangat diperkatakan kini menjadi satu ikon fesyen khasnya di kalangan wanita dan remaja.
Liow berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung permasalahan terhadap kanta sentuh yang dijual di pasar malam.
"Memang kita akui banyak kanta sentuh terutama yang berwarna boleh didapati dengan mudah dan murah termasuk di pasar malam, jadi saya minta orang ramai jangan membelinya kerana kita tidak pasti kesesuaian dan keselesaan kanta tersebut pada mata mereka," katanya. - BERNAMA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya dulu memang suka sangat pakai contact lense sebab saya rimas pakai spec tambah2 kalau pakai spec ni saya rasa susah nak bergaya.Jadi saya jarang la pakai spec kecuali kat rumah jek.Tapi lepas baca contact lense boleh menyebabkan buta plus ada member dah pun kena infection hingga mata sebelah dia buta, saya terus takut nak pakai dah.Yg lebih mengerikan contact lense ni kan diperbuat drp plastik kalau kena panas dia boleh cair dan melekat pada mata, hanya boleh dibuang melalui pembedahan..kesannya maybe mata boleh buta.Dah tgk gambar tu...ngeriiiiii oiiiiiiiiiiii!!terus tak beli lense lagi dah!huhu!So sekarang ni saya banyak pakai spec la ataupun tak pakai langsung.Lense tu maybe la akan pakai kalau nak g function2, nak melaram tak nak pakai spec.spec dah la stylo...hahahahahah..ok, nak pakai boleh tapi janganlah hari2, and one more thing kebersihan kanta tu kena jaga betul2 sebab takut kena infection daripada kuman di tangan kita :)
ade saye pkai contact lens tuk men futsal..ade event2 tertentu la baru pkai..kalo x mls nk pkai..sbb nak jaga remeh kn..nk tdo pon xbleh..hehe
ReplyDeleteNur Lavender:saya pun,ada event2 tertentu baru saya pakai sekarang ni.kalau lupa bukak lps tu tido,bukak mata nak bukak balik melekat punyalah payah nak tanggal.sampai nak nangis la sbb tak bole bukak.hehehe
ReplyDeleteYeke melekat?sbb tu la saya berhati2 sgt bila pakai..yela, yg nak menanggungnya kita..huhu
ReplyDelete