Tengah hari tadi me masak simple dishes je..sakit kepala hari ni jadi masak simple jelah..asalkan masak..Act my hubby tak suka sangat makan luar.Kalau boleh hari2 dia nak saya masak.Kalau saya penat, nan hado la..sila tapau kat kedai ye..heheheh..Walaupun hanya telur masak kicap, kalau boleh hari2 la kita masak bagi suami dengan anak makan.Tak bagus sgt hari2 beli je.Air tangan kita ni insyaAllah selalu la kita berdoa moga2 ke mana saja anak2 kita pergi esok, dia akan sentiasa ingatkan masakan ibunya, masakan paling sedap dalam dunia..Korang rasa mcm mana?masakan ibu korang?Smpai sekarang, masakan ibu saya la paling enak dalam dunia.Kenapa?Sebab dari kecik sampai besar hari-hari saya makan masakan ibu saya, sampaikan bila saya duduk kelantan hampir 2 tahun, selalu terkenang2 sambal bilis ibu, udang tempoyak ibu, kari ayam ibu dan macam-macam lagi.yes..my hubby selalu juga bandingkan masakan saya dengan masakan emak dia.kadang2 geram juga saya cakap pi la suruh mak abg masak untuk abg, tak yah suruh bini ni masak *ayat kecik hati.hahaha..but yes..kita memang takkan sesekali lupa masakan ibu kita, sebab kita membesar sihat dengan masakan ibu kita..hebatnya kuasa seorang ibu kan?? :)
Sekarang, kita masing2 sibuk dengan kerjaya, tak macam zaman mak mak kita dulu kan?Kekangan masa buatkan kita jarang memasak kecuali hjg minggu, ada jugak yg mmg setahun 3 kali je masak.ada!Walaupun mungkin ada yg suami tak kisah makan luar hari2, tapi sebagai seorang isteri dan ibu kita sendiri perlu sedar dgn tanggungjawab kita,sekurang2nya ingat anak-anak.Mungkin anak masih kecil, dia tak pandai bezakan masakan ibunya dengan masakan hasil tapau kedai tomyam depan rumah.Jadi bila nanti dia sudah pandai request nak makan itu ini, rajin2 la kita masuk dapur yer..insyaAllah apa saja kita nak buat kalau kita usaha dan istiqamah pasti boleh.Pilihan terletak di tangan kita sendiri, bukan org lain!note to myself too..amennn...
sambal bilis,ayam masak kicap,sayur campur dengan ikan goreng menu lunch tadi..ayam terlebih hitam sebab terlebih tuang kicap akibat kepala pening.hahahah!
thanks sudi baca!
No comments:
Post a Comment