Baik, kita cuba ya..dah merayu kat hubby, nak beli jusmate 5 dpt turun 5kg pun cukup dah,barulah kuwus cam dulu..heheheh :p
Jom baca kat bawah kebaikan minum banyak air masak!
1. Peratusan penurunan berat badan
sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga.
Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi
lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri
dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.
2. Proses pembakaran kalori memerlukan
bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga
mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.
3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh
juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan
membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan
jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air
kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.
4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan
menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen
dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda
pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk
membakar lemak.
5. Selain itu, air juga mambantu
mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak
atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada
mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu
melakukan aktiviti senaman.
6. Pengambilan serat dan protein adalah
amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang
tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami
sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.
7. Minum air juga ada aturannya,
pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan
memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun
tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air
sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum
tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun
berat badan, tetapi juga sihat dan murah.
8. Setiap hari kita akan kehilangan
lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan,
pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang
hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus
meningkatkan kadar metabolisme.
9. Minum sebotol air mineral sejam
sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh
dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi
toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak
akan mendapat berat badan yg diimpikan.
10. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3
liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga
kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang
sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan
harian.
11. Jika anda pernah mengikuti program
pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di
pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air.
Tak percaya? Tanya pada yang pakar.
yana...yanie ada produk yg bagus utk kuruskan badan sekaligus menjaga kecantikan dalaman kita sebagai wanita...bukan x sokong yana beli jusmate5 tu tp yanie sendiri dh try x brape nk suggest la utk yana....hehehe...
ReplyDeleteyanie syg..iye ker??apa dia??pm yana k!!nak cuba!!hehe
ReplyDelete