Assalammualaikum..
Macam saya dan suami, memang kami pukul jugak anak..si Zaraa tu..kalau dia tak dengar cakap, melawan, cakap bukan-bukan (pengaruh anak2 jiran) memang kami cubit pipi dia.papa dia pulak akan pukul tapak kaki atau tapak tangan dia.Biasanya suami akan rotan dengan hanger kecik..sebab doktor cakap jgn biasakan pukul anak dgn menggunakan tangan kita.Nanti dia tak tahu nak bezakan sama ada pukulan tu pukulan marah,sayang atau benci..Kalau papa dia pukul tapak kaki dia, dia mmg akan menangis berbeza kalau pukul dekat tmpt lain..kenapa beza?sebelum ni (silap saya), bila saya marah, saya cubit dia ataupun tampar punggung dia.Walapun dia menangis, nampak dia mcm menangis tu melawan..tapi bila papa dia rotan tapak kaki, dia akan menangis hiba dan sedih.Saya rasa mungkin dia dpt pengajaran daripada situ..Tapi selalunya lepas kami biar dia puas menangis, papa akan pujuk balik and explain dekat dia kenapa papa pukul dia..contohnya dia suka main bedak sampai habis..so kita explain kat dia, kita pukul sebab dia main bedak,habis kotor.Itu cara kami..Ibu2 yang ada cara lain untuk mengajar anak supaya berdisiplin, kongsilah di sini supaya kita dapat memanfaatkan bersama.Pada pendapat saya la, walaupun anak masih kecil, kalau kita tak pernah marah langsung pun tak boleh jugak..melentur buluh biarlah dari rebungkan..jadi dari kecil kita kena bagi dia pendedahan apa yg boleh dan tidak boleh..Cthnya kalau anak saya pukul anak org lain, saya akan marah dia..Kalau dia pukul adik dia pun,saya akan pukul tapak tangan dia.Sebab kalau kita biar, dia tak rasa benda tu salah dan dia akan terus buat perkara yg sama berulang kali.Saya tak pasti la sam ada cara saya ni betul atau tidak..cuma saya rasakan itu lah caranya untuk mendidik anak..kalau saya silap tlg betulkan..saya masih lagi belajar bagaimana nak menangani kerenah anak ni..insyaAllah tahun depan saya berniat nak sambung master dalam bidang psikologi khususnya untuk kanak-kanak dan remaja ni..moga impian saya tercapai la..amennn ;)Didik anak harus dengan cara yang sangat berhikmah.Tetapi sekarang ni ibu bapa lebih memberi kasih sayang yang teramat sangat hingga menjejas usaha mendidik itu. Maksudnya, kasih sayang itu akhirnya menjadi punca anak-anak merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja hingga tidak sesuai dengan norma dan tatasusila sekarang.....
Jadi bagaimana nak mendidik anak
kita mengikut cara terbaik? Dalam Islam, telah ada panduan serta
syariat mengenai cara bagaimana mendidik anak-anak, dan di antaranya
ialah menghukum dengan merotan anak-anak.
Walaupun merotan atau memukul anak ini dibolehkan, ia perlu menepati beberapa panduan dan syarat berikut:
5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
- Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
- Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
- Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
- Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
- Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)” (H.R Abu Daud)
Walaupun
ada syarat dan pukulan itu dibenarkan, harus ingat bahawa hukuman ini
hanya boleh diberikan jika telah dilakukan nasihat, teguran dan
diberikan amaran akan apa yang mereka lakukan.
No comments:
Post a Comment