Yang gojes gojes je

Sunday, January 1, 2012

Goodbye 2011,welcome 2012!!

Selamat tahun baru untuk semua!Tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan manis dan pencapaian dalam hidup saya.Antaranya:


1) Hubby dapat transfer ke KL pada bulan Mei.Keluarga bahagia kami kembali bersatu.Syukur..
2)Saya berhijab tanpa disuruh atau dipaksa sesiapa.alhamdulillah.

3) Saya dianugerahkan Pencapaian Akademik Terbaik oleh pihak Universiti atas kecemerlangan mengumpul pointer yang baik setiap semester,dalam majlis penganugerahan Dekan..alhamdulillah..penat belajar hampir 5 tahun berbaloi.
4)Dapat tukar kereta baru.MPV yang selesa untuk family yang makin bertambah ni.
5)Dapat beli rumah baru!alhamdulillah impian nak beli rumah sendiri,rumah teres baru yang agak selesa tercapai.Bulan 3 ni dah boleh duduk kot.yeay!
6)Kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan menggembirakan saya!Sebab gaji suami saya naik hampir 500!hehe.gaji saya pulak...errmmm naik sikit je..apa pun alhamdulillah
7)Baru je beli TV LED Smart TV brand Sony.hahahah!ada 3 bijik tv dah kat umah ni.


itulah antara perkara yang menggembirakan hidup saya.Alhamdulillah rezeki makin murah.Ingat lagi mula-mula kawen 3 tahun setengah yg lalu,hidup kami biasa2 je.Dalam rumah ada peti ais je,mesin basuh pun belum mampu nak beli,kahwin 5 bulan baru la kami beli secara cash dekat KB.Perlahan-lahan mengumpul harta.Sekarang ni alhamdulillah dah lengkap,rumah pun dah beli.Syukur.Moga tahun 2012 membawa lebih makna kepada kami sekeluarga, dan lebih lagi rezeki.InsyaAllah...


4 comments:

  1. Yana, part tv tu aku agak dah..sebab tengok gambar ipan dnd Zara tgk upin ipin..kakakakaa.. weh rumah kita tu, taman permainan dah siap belom??

    ReplyDelete
  2. eheheh.sesaja pi sen q dgn mak mertua aku, cuci2 mata tetiba beli terus.huhuh..aku tak pi tgk rumah pun mgu lps.mgu ni la nak pi kot,hari sabtu ptg pkl 5 jom!

    ReplyDelete
  3. haruih aku p belah pagi, sbb nk check wiring dgn developer..huuuuuuuu...nnt aku roger2

    ReplyDelete
  4. ooo pagi developer ada eh?camtu aku pi pagi jugak la.what time?

    ReplyDelete